assalamualaikum readers.
Tujuan aku tulis confession kali ni sebab aku nak minta tolong dari mana-mana pelajar perubatan atau sesiapa sahaja yang ada penyakit macam aku dan dah berjaya sembuh dari penyakit ni.
Al-kisahnya, aku ni merupakan seorang pelajar fakulti pergigian dekat salah satu IPT di Malaysia ni. Aku baru je habis Tahun Satu dan akan masuk ke Tahun Dua insyaAllah. Aku sekarang sangat risau dengan penyakit yang aku alami ni. Aku ada masalah tangan ketar yang agak teruk. Macam semua org tahu, kalau dah namanya pelajar pergigian, tentulah tangan yang akan mainkan peranan yang sangat penting sewaktu di klinik nanti. Awal-awal dulu aku tak lah terlalu risau dengan masalah ni. Mungkin pemikiran yang singkat buat aku pilih bidang ni tanpa fikir komplikasinya. Tapi sejujurnya aku memilih bidang ni hanya kerana mak dan abah. Aku langsung tak berniat untuk memasuki bidang pergigian kerana aku sangat meminati bidang kejuruteraan kimia satu ketika dahulu. Tapi, disebabkan mak dan abah berharap agar aku dapat menjadi doktor gigi, aku ikutkan jua kata mereka.
Alhamdulillah, walaupun aku tak berminat dengan bidang ni di awalnya, tapi sekarang aku dah mula rasa sayang dgn bidang ni dan sangat berharap aku dapat menamatkan pengajian ku ini empat tahun lagi insyaAllah. Tapi, masalah tangan ketar ni sangat mengganggu aku. Mak baru perasan tahap keketaran yang agak teruk ni, jadi dia mula risau. Aku takut mak jadi serba salah menyuruh aku masuk ke dalam bidang ni sebab ni semua bukan salah dia. Aku dah cuba berubat dgn homeopathy, berjampi, dan aku even dah buat blood test utk tgk sama ada aku ada hyperthyroidism atau tak…tapi result blood test tu adalah normal. Aku buntu sangat sekarang sbb ada doktor yang merawat aku pernah terlepas cakap yang aku patut tukar course. Sungguh, aku taknak sbb aku taknak kecewakan mak abah. Aku tahu akan ada yang cakap pentingkan masa depan diri sendiri dahulu, tapi aku sendiri pun dah jatuh sayang dgn bidang ni. Aku takut ada doktor pakar yang tak boleh terima masalah aku, atau aku akan menyakitkan pesakit sendiri atau aku akan lambat menyiapkan kerja aku nanti. Aku keliru sangat sekarang. Aku dh tak tahu nak luah pada siapa lagi sebab aku taknak mak dan abah risau tgk keadaan aku yang serabut ni.
Jadi, aku minta kalau-kalau ada any medic student yang tahu jalan penyelesaian untuk masalah aku ni, atau kalau ada sesiapa yang ada masalah mcm aku tapi dh berjaya jumpa jalan keluar, tolong ye. Terima kasih semua:)
– miss S
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit