Untuk part I, (https://iiumc.com/tentang-nafkah/).
Mungkin semua orang fikir, (terutama Muslim), masing2 dah ‘advance’ nafkah ni apa?, masing2 kurang membincangkannya.
Faktanya banyak masalah rumahtangga berlaku kerana kurang faham tentang nafkah.
1. Ya ka duit bukan nafkah?
Betul duit bukan nafkah yang digariskan dalam Islam. Akan tetapi jika pemberian duit kepada isteri akan menggembirakan isteri, tidakkah duit itu termasuk sebagai nafkah batin yang diperlukan oleh isteri untuk rasa dihargai, dilindungi, dikasihi & selamat serta dipercayai?
Mengapa isteri perlukan duit lagi. Jika semua kelengkapan & keperluan telah disediakan suami? Tidak bersyukurkah isteri? Dalam tempoh 24 jam apakah semua nafkah yang digariskan telah suami berjaya lunaskan? Bagaimana jika tiba2 berlaku kecemasan / kemalangan?
Amatlah mustahil 24 jam sehari pasangan suami isteri sentiasa bersama-sama. Apa suami tidak perlu keluar bekerja? Duit perlu untuk memudahkan urusan seharian. Nak cantik, perlu duit. Nak makan, perlu duit.
Kita bukan hidup zaman dahulu kala, nak cantik ambil saja rempah ratus di dapur. Itu pun jika ada ilmu untuk gabungkan semua rempah ratus di dapur sebagai bahan kecantikan. Hidup zaman ini lebih praktikal beli saja produk kecantikan & kebersihan diri.
2. Jenuhlah jika semua suami kena sediakan? Habis tu isteri buat apa saja? Isteri patuh setiap permintaan suami. Ada hikmah perintahNya sedemikian. Jika faham betul2 tentang nafkah tak akan wujud pertikaian itu ini.
3. Urus rumah tangga tanggungjawab siapa? Utama tentu suami. Isteri hanya sebagai pembantu suami. Pada adatnya memanglah isteri yang selalu masak, makan, dsbg. Semua kaum memang isteri yang lebih banyak di dapur. Lebih2 lagi jika isteri suri rumah.
Kemahiran memasak, mengemas, dsbg yang berkaitan, kadang kala lebih kepada suami & ada ketikanya lebih kepada isteri. Kemahiran yang perlu dipelajari. Jika masing2 sama2 buat, aman rumah tangga. Isteri tak perlu jadi ‘feminisme’, suami tak usah jadi ‘king’.
4. Bahagia. Tiket untuk bahagia bukan letak pada taraf hidup kaya atau miskin. Bahagia akan hadir jika ada sikap tolak ansur & persefahaman.
5. Kesedaran. Wahai kaum lelaki, zaman ini, ramai sekali isteri yang lebih kaya daripada suami. Walaupun ikut data negara Malaysia, jumlah lelaki lebih ramai daripada wanita, tetapi yang penuh di IPT, lebih ramai wanita.
Biarlah isterimu lebih kaya, namun 3 nafkah zahir yang digariskan dalam agama Islam tetap menjadi tanggungjawab lelaki. Jangan sesekali pertikai ketentuanNya. Bolehkah minta isteri redo sahaja? Apa2 pun tetap kena lunaskan ikut kemampuan.
“Sepatutnya isteri jangan bekerja”. (antara nasihat netizen yang terlebih bijak). Apakah ada jaminan, suami akan direzekikan lebih pendapatan jika isteri tidak bekerja? RezekiNya ada kala melalui isteri, ada kala melalui suami.
Siapa kita untuk tentukan rezeki suami atau isteri? Sebelum membuat keputusan yang lebih parah, berpijaklah atas fakta.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bagi je la duit kat bini tu, kesian gak kt depa, klu susah sgt, tak yah la kawin, senang crita, takdak masalah nk bayaq nafkah ka apa ka…
Masalahnya apa yang terjadi sekarang ni, kalau tuhan turunkan rezeki lebih melalui isteri, duit tu akan jadi milik isteri sepenuhnya dan dia akan mula merendah-rendahkan suami pulak kalau dia yang contribute lebih untuk keluarga. Sebab itu la islam dah gariskan yang mencari rezeki dan memberi nafkah itu lelaki atau suami. Dah kalau banyak perempuan yang mendominasi bidang pekerjaan bergaji tinggi dan dapat jawatan tinggi sebagai pengurus, ketua, memang jadi tak stabil la rumahtangga. Islam dah bagitau lelaki itu pemimpin, still ramai perempuan yang dijadikan manager, leader etc. Walaupun perempuan ni kalau beranak cuti sampai 3-4 bulan dan orang kena cover. Pastu banyak masalah kesihatan berkaitan orang perempuan, selalu m.c. Lagi pulak terbatas, kalau ada kerja fizikal memang dorang boleh mengelak sepenuhnya. Tapi kalau dah rezeki tu tertulis untuk dorang, sapalah kita untuk menidakkannya.
Tapi nak bagitau, ini la punca ketidakstabilan dalam rumah tangga. Akal perempuan susah nak grasp concept yang dalam rezeki yang tuhan turunkan kat dia lebih lepas berumahtangga ada rezeki suami jugak. Walaupun ada bukti jelas yang sebelum berkahwin, rezeki dia biasa2 je. Lepas berkahwin bertambah2. Untuk yang rezeki tuhan turunkan lebih pada suami takde masalah ni, sebab orang lelaki memang sepatutnya mind set pemimpin dan provider. Cuma yang tak berduit dan diuji dengan rezeki kurang la susah nak jalankan tanggungjawab sebagai provider.
Saya minta maaf, mngkin ‘teori’ awk itu ada benarnya, yg rezeki isteri itu ada bhagian suami dan juga ank2.. dan secara ‘realiti’nya, jika seorang suami itu memberi cukup nafkah batin (ianya termasuk menjaga hati dan juga kebajikan isteri dgn benar2 ikhlas), insha Allah seorang isteri yg ada ‘nilai kemanusiaan’ juga akn sanggup berkongsi rezeki yg dia dpt dgn kluarganya.. tp yg slalu mnjadi ‘isu’ ialah; suami yg tidak atau kurang menjaga kebajikan isteri (or isteri2) n ahli kluarganya, tetiba minta berkongsi atau lebih parah mnyerahkan hampir kesemua tanggungjawab suami di bahu isteri.. istilah nya pon “tanggung jawab”, so maknanya dia yg kna tanggung, dan dia juga yg nk menjawab di depan Tuhan d Akhirat nt, kecuali lah isteri dan ank2 nya redha dgn perbuatan nya itu.. ingatlah para suami2 n bapak2 org semua.. walau pon kmu solat cukup, (berjemaah d surau lg), ibadah n zikir bnyak, pegi haji lg.., tp harap jgn terlalu ‘confident’.., sbb mngkin shj saat kaki mu bakal melangkah mnuju ke Syurga, saat itu juga lah isteri2 & ank2 kmu akn mengheret kmu mnuju ke Neraka dan insha Allah akn dpt rasa lah pedihnya kehidupan d Sana, lantaran pengabaian ‘nafkah’ yg pernah dianggap perkara yg ‘enteng’ semasa di dunia dulu.. wallahu a’lam bissawab..