Assalamualaikum semua. Aku Mi Amor (of course bukan nama sebenar). Umur aku awal 30-an. Belum pernah berkahwin.
Aku nekad nak share story aku di sini dengan harapan ada yang boleh bantu aku. Sorry kalau cerita aku terabur, sebab tak tahu nak start cerita dari mana. Tapi aku akan cerita semua point-point penting.
Aku sekarang rasa sedih dan buntu sangat. Sebenarnya aku tengah usaha untuk mencari jodoh. Selama ni jujur cakap aku dah malas fikir. Jarang sangat aku terfikir pasal jodoh atau kahwin. Aku just jalani hidup aku pergi balik kerja je.
Walaupun mak aku selalu la juga hint-hint, tapi aku biasanya akan jawab, kalau ada jodoh ada la. Atau aku seloroh suruh mak aku yang carikan.
Beberapa bulan lepas, aku tak tahu la kenapa tiba-tiba aku rasa aku nak mencari jodoh. Rasa macam bosan sangat hidup aku ni. Tak ada siapa chat, tak ada siapa kisah pasal aku.
So aku decide untuk join F* dating dan juga join dating apps M*** dengan niat nak kenal-kenal orang dan as ikhtiar aku untuk mencari jodoh.
Tapi baru beberapa bulan je ni aku join, aku dah rasa fed up dan nak give up. Apps M*** tu aku dah uninstall, so tinggal satu je lagi which is yang tu pun aku dah rasa nak delete.
Walaupun dalam beberapa bulan ni dah berkali-kali aku on off benda tu, tapi ntah aku rasa nak kena delete baru aku tak fikir apa kot.
Masalah dia sekarang aku masih tak jumpa yang betul-betul serious. Ramai je yang chat tapi chat gitu jelah, chat yang tiada hala tuju pada aku, dan tersangatlah susah nak jumpa yang decent.
Aku tak la memilih sangat. Sampai kadang nak match tu aku dah tahap ha match jelah, chat jelah dulu kenal-kenal even profile dia entah apa-apa.
Tapi kalau yang memang profile merepek sangat aku tak match la juga. Aku bukan desperate gila sampai nak settle for less. Biasanya la bila dah chat tak boleh g tu memang aku unmatch jelah. Aku serabut nak layan chat ramai-ramai sangat.
Lepas tu ada la a few times aku rasa orang berminat nak kenal dengan aku tapi nanti aku pulak tak berminat dan sebaliknya.
Ada seorang ni awal dulu dia minat nak kenal aku. Aku pulak biasa je. But then dah lama sikit kenal, aku pulak macam beriya nak kenal dia tapi dia dah tak nak pulak dah. Hmmm.
Mungkin sebab aku serious mencari, jadi aku tak minat orang yang chat sendu sangat, tak bertanya apa. Halahhh, letih laa. Aku ke yang terlalu strict? Hmm ntah laa. Aku malas buang masa sebenarnya.
Okay here comes the real deal. Aku dah berbelas tahun tak berpasangan ya. Last aku acah bercinta masa zaman study. Lepas aku putus dengan ex aku tu sampai sekarang aku tak ada berpasangan. Kenal dengan lelaki untuk ke arah itu pun tak ada.
Sampai la yang baru-baru ni je aku terbuka hati untuk join all these dating apps selepas berbelas tahun tak ada rasa nak cari pasangan ke nak kahwin ke apa.
Aku just nak cerita semua benda yang jadi kat aku, so korang yang membaca boleh bagi pandangan. Sebab aku tak tahu apa yang aku lalui ni sekadar aku yang overthinking atau memang ada sesuatu yang tak kena.
Sejak aku putus dengan ex aku tu, aku kerap mimpi dia. Awal-awal dulu sangat kerap, sampai tahap aku bangun aku nangis. Masa tu aku fikir mungkin aku rindu dia, that’s why aku selalu mimpi dia.
Tapi hal mimpi pasal dia tu sampai sekarang aku alami. Cuma sekarang dah tak sekerap dulu, tapi still ada.
Funny thing is aku pernah mimpi dia tunang. Aku cerita kat kawan aku, dan dia kata kat aku, “weh memang betul ex aku tu tunang minggu lepas tapi dia tahu aku tak move on lagi so dia tak bagitahu aku.”
Sangat susah ye aku nak move on dengan dia ni. Tak tahu la kenapa padahal bercinta bukan lama mana pun.
Selain aku mimpi pasal dia, aku juga pernah mimpi buruk yang lain. Hmmm. Aku pernah mimpi aku susukan baby orang. Ada perempuan kat tepi aku ni mak baby tu, tapi baby tu tak nak dekat mak dia tu.
Aku pernah juga mimpi bersetubuh dengan orang yang aku tak kenal. Nauzubillahiminzalik. Dua ni la mimpi yang aku memang ingat sebab aku tahu mimpi ni tak elok.
Sekarang aku nak bagitahu yang masa aku dengan ex aku dulu, dia pernah cerita kat aku yang bapak dia ada saka. Saka tu macam turun-temurun seingat aku. Cuma masa tu dia cerita kat aku yang dia tengah serabut sebab bapak dia nak pass saka tu.
Kata dia sepatutnya saka tu pass pada abang dia yang sulung tapi abang dia tak nak. Jadi saka tu macam nak dipass pada dia.
Wallahualam. Aku tak tahu la betul ke tak ea. Ni apa yang dia cerita kat aku masa tu. Kalau dia menipu means cerita ni tipu la tapi mengenangkan apa yang aku lalui ni berkemungkinan cerita benar.
Masa tu kan muda mudi so aku tak ambil pusing sangat pasal saka la apa. Tapi bila dah meningkat usia ni, dengan apa yang aku lalui, aku terfikir adakah ni semua ada kaitan?
Maksud aku, ada kaitan ke mimpi-mimpi aku tu dengan saka dia? Ada kaitan ke aku yang masih tak sampai-sampai lagi jodohnya ni dengan saka dia?
Dah lama sebenarnya aku terfikir pasal benda ni tapi aku tak buat apa. Bila aku mimpi pasal dia atau mimpi tak elok, aku auto terfikir sebab dia ke ea. Tapi fikir masa tu jelah lepastu aku jalani hidup macam biasa.
Bila aku join yang dating apps tu kan, yang aku kata aku minat dia lepas dia dah tak minat aku tu kan, dia cakap rupa aku tak cantik. Dia tak la cakap direct tapi aku faham. Then ada lagi seorang pun aku kenal lepas tunjuk gambar terus macam lain dan hilang.
Aku jadi overthink, ke dia orang ni nampak aku buruk gila sebab ada apa-apa kat aku. Aku memang la tak cantik mana, tapi tak la buruk sangat. Ok biasa-biasa jelah. Still ada la rupa tu.
Aku ada terfikir nak jumpa ustaz ke any tempat rawatan ke untuk check betul ke ada something wrong dengan aku.
Jadi aku nak minta jasa baik korang yang baca ni, kalau ada kenal mana-mana ustaz atau tempat yang memang boleh check/buang benda tak elok ni, aku nak minta tolong komen. Kalau ada yang area selatan, teramatlah dialu-alukan sebab dekat sikit dengan aku.
Aku rasa aku betul-betul kena ikhtiar part ni terlebih dahulu. Kalau betul ada then aku nak buang. Kalau tak ada then Alhamdulillah, aku tak nak overthinking lagi.
Aku harap ada yang sudi bantu. Aku ada juga cari kat medsos cuma aku tak tahu kesahihan mereka, jadi kalau ada yang memang tahu ustaz/tempat yang trusted aku nak cuba ikhtiar. Aku betul-betul dah penat sebab aku rasa sulit sangat jalan aku untuk jumpa jodoh ni.
Sekian, Mi Amor.
– Mi amor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit