Hidup keluarga aku susah sejak aku berusia 9 tahun. Bapaku jatuh bankrupt waktu tu. Hidup menumpang dengan orang. Hidup selalu berhutang. Hidup selalu terpaksa ikat perut. Sampai la aku masuk university… masih susah.
Lebih malang lagi, ibu bapa ku membesarkan anak-anak yang terlalu pentingkan diri. Termasuk diriku sendiri.
Aku rasa tak berguna. Belajar ala kadar. Asal pass je aku lega. Bila tak ada duit belanja, mengadu dekat parents. Bila parents tak ada duit, aku merungut.
Begitu juga dengan adik-beradik ku yang lain. Mungkin kami telah terlalu biasa hidup senang sebelum merasa hidup susah.
Belajar di university, aku kurang bergaul dengan orang sebab aku stress sangat dengan hidup aku. Aku tak pernah join apa-apa aktivity. Hidup aku amat bosan dan tak ada masa depan.
Tapi entah, aku rasa aku ni jenis orang yang tak reti bahasa dan tak bersyukur. Sepatutnya aku belajar sungguh-sungguh dan usaha capai cita-cita untuk ubah hidup keluarga.
Tapi sejujurnya, aku tak ada cita-cita. Aku rasa seolah-olah hidup tanpa tujuan. Aku teringin nak tengok family aku hidup senang, tapi aku tak faham dengan diri ku yang kejam dan tak berguna.
Kakak sulung ku dulunya bermasalah. Lulusan diploma sahaja. Tak minat kerja. Tapi akhirnya dah kahwin.
Abang ku juga lulusan diploma sahaja tapi tak berminat untuk bekerja jawatan tinggi. Dia lebih selesa kerja bergaji rendah. Dan kini cuba hidup berdikari berjauhan dengan family.
Adik lelaki ku pula tak minat belajar lepas tamat SPM. Dia juga kerja dengan gaji rendah.
Adik perempuanku pula masih belajar di university tetapi sudah menunjukkan rasa tidak minat untuk teruskan.
Dan aku… aku sudah tamat degree di UIA, dan inshallah akan melanjutkan pelajaran ke peringkat master.
Aku tiada matlamat. Aku fikir aku lah orang terakhir yang menjadi harapan ibu bapaku. Mereka teringin sangat tengok anak mereka berpendidikan tinggi, berjaya dan mendapat kerjaya yang bagus.
Aku tahu, mereka rasa bersalah kerana kami telah begitu lama hidup susah.
Bila aku berjaya habiskan master nanti, aku risau kalau aku juga akan kecewakan mereka. Kerja pun memilih. Susah sikit asyik harapkan parents. Apa-apa tak kena, semua parents settlekan. Orang benci aku parents back up kan. Tapi apa yang aku balas? Nothing.
Aku rasa berdosa. Tapi aku perlu ubah diri aku dulu sebelum gembirakan mereka.
Cumanya, aku tak tahu nak mula macam mana. Aku rasa aku ni orang yang bermasalah sangat… Tolong la aku.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit