Terkilan

Salam dan hai semua, saya tak tahu nak mula dari mana… First time menulis di sini.

Saya dah selesai study dan sedang menunggu posting. Sewaktu last year study, seseorang yang merupakan classmate saya sendiri approach dan meminta untuk berkawan dengan saya.

Tapi orangnya agak pendiam dan boleh kata agak nonchalant. Sepanjang study, jarang kami bersembang dan chat hanya sekadar tentang belajar, sebelum tamat pengajian.

Saya minta ruang mungkin 2-3 tahun untuk fokus dengan hidup masing-masing dan jika dia ingin berkawan dengan sesiapa pun yang hadir dalam hidup dia, saya akan okay sahaja.

Dia pun setuju dengan cadangan saya tersebut. Sehinggalah waktu convo, tiba-tiba dia ingin berjumpa untuk memberikan sesuatu.

Saya happy sangat atas pemberian tersebut sehingga saya bertanyakan hanya satu soalan sahaja iaitu tentang jarak,

“Apa pendapat dia tentang jarak jika dia berkawan dengan seseorang yang jauh?” Sebab bagi saya perbezaan negeri yang memakan masa 4-5 jam agak jauh bagi saya.

Namun sehingga kini dia masih tak jawab soalan tersebut dan sejak dari convo awal bulan 7 haritu kami memang dah tak contact. Jujur…

Saya rasa sangat terkilan seolah-olah soalan saya tersebut langsung tak penting, sedangkan saya hanya ingin mendengar sahaja tentang pendapat dia.

(Terima kasih ya kepada yang sudi baca.)

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *