Salam semua.. Aku nak meluah di sini kerana di dunia realiti terlalu sukar untuk aku luahkan.. Mana nak jaga aib, nak jaga hati, risau dosa bertambah lagi.
Aku dah berkahwin dengan suami berbelas tahun. Alhamdulillah kami Allah kurniakan dengan anak-anak yang sihat, baik dan bijak.
Kehidupan kami tak mewah tapi serba cukup. Tapi ada satu perkara yang aku simpan dah lama. Sampai sekarang ia jadi beban dalam diri aku.
Kisahnya, kami berkahwin suka sama suka. Suami aku asal dari negeri di Selatan. Kami mula dengan berkawan kemudian menjadi suami isteri. Jadi kami bukanlah jenis yang romantik sangat. Awal perkahwinan biasalah masih menyesuaikan diri, gaduh salah faham.
Suami aku bukan jenis yang selalu balik kampung dia. Dari dia belajar, dia jenis yang bawa diri. Jadi awal perkahwinan aku selalu la ajak dia balik, rasa pelik pulak cuti tak balik kampung ziarah mak ayah dia.
Walaupun rumah mak ayah suami tak besar mana, aku ok je sesuaikan diri sebab aku pun bukan asal daripada keluarga berada.
Kisah bermula bila aku terasa hati dengan mertua dan ipar. Aku faham cara setiap orang tak sama, didikan tak sama jadi aku raikan je perbezaan. Cuma tindakan mertua aku yang pada ketika itu aku anggap agak tak kena tempat.
Aku dah diajar oleh mak aku untuk sentiasa ringan tulang terutamanya bila duduk rumah orang. Jadi aku akan bangun awal, pergi dapur tanya nak tolong apa, cuba bantu apa patut.
Satu hari tu, aku tolongla sidai baju. Mertua aku jenis tak suruh anak-anak buat kerja dapur, kerja rumah. Dia buat sorang-sorang. Sebab dia suri rumah dan dia tak yakin anak dia mampu buat perfect macam dia nak. So masa sidai baju tu, mertua aku tengah masak.
Tiba-tiba dia datang kat aku (tempat ampai baju halaman belakang tepi bahagian dapur) terus betulkan susunan baju yang aku tengah sidai tu sebab tak ikut apa yang dia nak. (sedangkan aku dah susun ikut turutan kecik besar, baju seluar sebab mak aku pun jenis manusia perfect).
Yang beza, mertua aku nak pastikan kedudukan atas dan bawah tu ikut susunan dia. Punyalah dia semangat nak betulkan aku sampai hangit makanan yang dia masak. Ok, so aku ambil tu sebagai ilmu baharu tapi mulai hari tu aku tak tolong sidai baju dah. Aku buat kerja lain selain sidai baju.
Next, aku tolong lipat baju pula. Hahaha.. konon nak bantu, tapi akhirnya sama juga lipatan baju aku tak diterima. So, aku ambil langkah yang sama, aku tak tolong lipat baju dan buat benda lain. Aku mengemas pulak. Hahaha..
Mertua aku ni suka menyimpan barang. Rumah penuh dengan barang, barang zaman suami aku kecik pun ada. Straw, bekas makanan semua tu dia simpan. Habuk memang banyak. Aku bantu la bersihkan mana yang sempat tiap kali balik. Aircond, kipas aku yang cuci, tandas aku yang sental.
Tapi kadang-kadang kecewa juga bila balik lagi, semua tu akan kembali macam dulu. Nak kata takda tenaga kerja nak buat, ipar ramai je dalam rumah tu. tapi dorang akan mengemas bila raya je.
Aku dah biasa diajar membeli barang untuk keluarga, belanja kalau ada rezeki lebih jadi kalau ke mana-mana pun mesti akan beli apa-apa. Jadi, aku pergi ke pasar malam, belikan la baju tshirt kat situ. Nampak sesuai dengan adik ipar aku (perempuan). Balik tu aku excited la nak bagi.
Sekali dia dapat baju tu, dia buat muka bukan taste dia. Dan dia tak pernah pakai baju tu. Manalah sis tau diorang ni jenis ikut trend. Aku orang susah, dapat apa pun gembira dan hargai so expectation aku diorang pun sama. Terasa sis..
Aku kalau balik kampung suami, aku akan ikut mertua aku shopping barang dapur. Aku akan bayar mana yang mampu. Tapi aku pelik bila suami aku buat tak kisah je. Dia biar je mak dia bayar sendiri (ayah mertua aku ada pencen). Kami pun bagi duit bulanan.
Aku tertanya-tanya perangai suami aku ni sebab dari mula kerja, kalau aku bawa mak aku keluar memang aku bayarkan sebab mak aku tak kerja, ayah aku dah meninggal. Sehinggalah satu masa, aku faham tindakan suami aku.
Sebabnya, keluarga dia punya expectation setiap kali keluar, kami la kena belanja semua (waktu tu hanya suami dan adik dia je yang kerja). Pernah la sekali kami pergi bercuti sama-sama, aku yang uruskan semua. Makan minum, homestay.
So, aku ingat nanti bila yang lain kerja, diorang akan share la perbelanjaan makan etc. Tapi tidak ye, last makan haritu, tetaplah mereka mengharap kami sponsor semua. Kami suami isteri pegawai kerajaan, tapi takdelah kaya pun. Hahaha..
Mertua aku ni ada juga buat bisnes kuih raya, kami nak makan kami akan beli. Pernah la sekali, anak aku tu teringin nak makan kuih nenek dia buat.
Ingatkan kotla nenek bagi satu balang free untuk cucu sebab selama ni kami bayar je, tapi tetaplah kami kena beli. Tapi untuk cucu satu lagi (anak ipar) boleh la pulak free. Aku cubalah husnuzon, tapi tetap tersiat hatiku.
Mertua aku ni nak kata tak berduit, ada je duit. Tapi tula. Beza mak aku jenis suka sedekah, apa yang ada bagi jela kat cucu tak kisah banyak ke sikit terutamanya bila cucu nak balik, nak masuk sekolah, dapat keputusan baik, atau dia ada duit lebih.
Mertua aku pula, hanya pada hari raya je dia bagi duit kat cucu-cucu. Aku dibesarkan dengan cara ada lebih, kita beri. Jadi setiap kali balik kampung, salam tu mesti aku bagi duit kat suami untuk bagi kat mertua walaupun tak banyak. Dengan ipar yang masih belajar pun aku bagi.
Setiap kali gaji, kami akan bank in duit kepada mak aku dan mertua juga. Pernah la ada masa duit tak cukup nak bank in, jadi aku bagitahu je mak aku , bulan ni tak dapat nak bagi. Bajet tak cukup. Tapi, mertua aku lain. Cukup bulan hari gaji, dia akan mesej tanya duit.
Aku terasa hati sebab selama sebulan tu, tak pernah dia tanya khabar kami, cucu-cucu macam mana tapi cukup je hari gaji dia muncul. Dengan anak ipar aku, elok je dia video call bagai. Hmmmm… dan setiap bulan ada je alasan dia nak guna duit. Macam la kami ni tak bagi kalau dia tak bagi alasan-alasan tu.
Kemuncak aku terasa apabila aku sponsor mertua aku ke satu destinasi luar negara. Mereka tak tahu aku sponsor, so dorang ingat suami aku yang bayar. Aku ok je, sebab lebih baik macam tu, sekurang-kurangnya naikla saham suami aku. Hahaha..
Cuma, ada satu part tu, mertua aku asyik ungkit pasal suami aku terguna duit dia kat negara tu (kami masih di sana). Tak banyak pun, tak sampai 100. Aku naik geram la, setakat banyak tu janganla ungkit, Anak sendiri kot. Dahla fully sponsored. Aku geram, aku pesan kat suami suruh bayar balik.
Dan lebih aku terasa hati, diorang tak beli buah tangan kat anak aku satu pun. (anak-anak tak ikut). Beli untuk anak-anak ipar aku je. Memangla aku dan suami ada kat situ, tapi pura-pura la ingat kat cucu-cucu lain, konon-konon hargai la kami yang sponsor ni. Hmmm… kecewa lagi.
Baru-baru ni, ipar aku belikan baju untuk semua (yang perempuan) kecuali aku. Aku pun takdela berharap sebab aku mampu je beli sendiri, cuma terkilan. Aku kalau ke mana-mana beli la jugak apa-apa kat dorang tanda ingatan, tapi tula kan. Japgi jadi mengungkit pulak kalau diusulkan. Hahahaha.
Mertua aku kalau ada nak guna duit, dia akan cari suami aku. Aku rasa dorang ingat suami aku ni kaya kot. Suami aku ni banyak je hutang yang nak kena bayar. Aku je tahu berapa gaji dia. Setiap bulan, kami akan gabung gaji dan bayar semua yang perlu.
Geram pulak aku rasa, dorang tak pernah ambik tahu komitmen, dan kesusahan kami kat bandar. Takkanla aku nak tunjuk slip gaji suami aku kan, hahaha..
Sebenarnya, banyak lagi kisah tapi aku rasa yang ini paling aku sakit hati sekali. Sekarang ni, aku jarakkan diri dengan keluarga suami. Kalau dulu, aku yang akan ajak suami balik kampung dia, sekarang ni selagi dia tak ajak aku buat tak tahu je.
Dulu aku jugak yang call on behalf of suami aku untuk tanya khabar sebab suami aku ni jenis tak call family, sekarang aku buat tak kisah juga. Group wasap family dia pun aku left sebab dia pun tak masuk group family aku.
Dulu dalam group family suami aku, sibuk bercerita pasal anak ipar aku je. Semua berkisar pasal cucu-cucu tersayang tu. Ipar-ipar pun lebihkan anak saudara yang tu. Anak-anak aku ni macam pelakon tambahan je. So aku keluarkan diri siap-siap agar tak terluka lebih teruk.
Ipar-ipar pun muncul kalau nak minta tolong je. Kalau tak, kami macam tak wujud. Bukannya jauh pun rumah kami kat bandar ni dengan ipar-ipar. Tapi kami memang jarang jumpa (bagusla kan). Dorang akan cari anak-anak saudara kesayangan je.
Selalu la dorang up dalam sosial media aktiviti dengan anak-anak saudara kesayangan tu. Aku pun malas nak tengok, aku tak tengok dah segala sosial media diorang.
Tapi aku risau. Risau tindakan aku ni buat suami aku makin jauh dengan keluarga dia (dia dahla memang tak rapat dengan family). Aku tahu tindakan aku ni berdosa sebab tak boleh nak berdamai dengan keadaan. Tapi aku tak tahu apa lagi cara yang boleh aku buat.
Aku betul-betul sakit hati, aku cakap kat suami, aku ni tak mampu nak jadi menantu dan ipar yang baik. Kalau aku ni menyebabkan dia berdosa dengan mak ayah dia, aku minta dia pilih mak ayah dia. Tapi suami aku diam je.
Aku mohon jasa baik semua untuk doakan aku, bagi aku idea dan jalan keluar yang baik untuk isu hati aku ni. Mungkin pada pandangan orang lain, senang je isu ni. Tapi bagi aku, ia umpama barah yang aku pendam. Aku tak boleh luah kat dunia realiti sebab nak jaga aib dan hati semua.
Terima kasih semua yang baca dan bantu.
– Zieta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebab tu menantu ni takyah lah sibuk2 nak campur urusan family suami. Org luar tetap lah org luar. Jaga family sendiri je sudah.
Wat lek wat pis je. Follow je lah rentak suami tu. Dia lagi kenal family dia.
Tugas ko taat dengan suami je. Kalau dia taknak balik takyah terhegeh2 nak ajak. Entah2 dia pon dah tau lama family dia macam mana. Pasal hubungan dia rapat ke jauh dengan family bukan masalah ko pon. Bukan tanggungjawab ko pon. Yang penting, masa balik kampung ko layan je la family dia setakat termampu supaya tak menjatuhkan air muka suami ko. Bukan untuk dapat pengiktirafan mentua dan ipar2 supaya semua sayang ko. Paham tak? Hidup sebagai isteri lebih berkisar untuk mendapat keredhaan suami je. Lebih pada tu takyah fikir la. Serabut kepala otak. Adik beradik suami, ipar duai ada berapa orang, semua ada fiil masing2. Ada yang nak menonjol dalam whatsapp, ada yang menanguk di air keruh, ada yang suka main angin untuk dapatkan sesuatu. Penat kalau nak ikut fiil semua orang. Kalau ko rasa perasaan ko sekarang dah membarah, sebenarnya ko yang letak barah tu dalam diri ko. Know your place, sister.