Minggu ni minggu pendaftaran pelajar universiti. Aku teringat zaman remaja aku dulu excited nak masuk universiti gara-gara drama Dunia Baru. Kelakar bila throwback.
Budak-budak yang lahir tahun 80an/90an mesti tahu fasal drama Dunia Baru. Pernahlah sekali viral kat X, tweet kenapa korang nak masuk universiti. Ada yang tweet fasal Dunia Baru. Ramai rupanya yang ada cita-cita nak masuk universiti gara-gara terpengaruh dengan drama Dunia Baru.
Macam kelakar kan tengok drama lepastu berangan nak masuk universiti. Dalam tak sedar, drama Dunia Baru jadi pemangkin semangat nak belajar hingga berjaya ke universiti.
Please lah pengarah drama di Malaysia, please kembalikan “vibe” happening belajar kat universiti. Bolehlah remaja purba seperti kami throwback kenangan belajar di universiti dulu-dulu.
Aku letak high expectation sikit. Aku tak nak pelakon sado bapak orang jadi hero, aku tak nak heroin pangkat mak orang umur dekat 40 tahun pakai macam remaja. Aku tak nak hero heroin budak sekolah baru pecah suara akil baligh. Sakit mata tengok koleksi hero heroin macam tu.
Carilah pelakon yang bersesuaian sikit. Drama Dunia Baru, pelakon semua muda-muda dan bukan try hard nampak muda. Nampak sebaya semua. So, ada daya penarik nak tengok. Taklah kena kecam dengan mak-mak yang menonton sekali.
Drama Dunia Baru shoot kat UniSel. Ini pun ada yang tweet share pengalaman kenapa belajar kat UniSel gara-gara drama Dunia Baru. Nampak tak impak sebuah drama dalam kehidupan remaja? Tarikan sebuah drama sampai boleh jadi semangat hendak mencapai cita-cita.
Drama Dunia Baru tunjuk keseluruhan kampus dan hostel. Bagus juga kalau ada pengarah drama yang buat drama tunjuk rupa sebenar bilik hostel atau bangunan tempat belajar. Jauh ke tidak dengan dewan kuliah.
Sekarang zaman sosial media, boleh dapatkan info sebenar daripada alumni. Mesti meriah komen-komen mereka menceritakan pengalaman panjat bukit, beratur berjam-jam tunggu lif, bas lalu depan mata tak berhenti dan sebagainya. Masukkan elemen tersebut dalam drama.
Tunjukkan suasana dalam bilik kuliah macam mana. Macam mana cara lecturer mengajar depan berpuluh-puluh students yang lain. Tak ada idea nak create watak, tanyalah bekas students tentang perangai classmates, berbagai watak boleh wujud.
Jangan lupa situasi week 14 masih bergelut dengan assignment last minute nak disiapkan dan presentation. Aku dah terbayang scene muka sembap datang kelas, mata separuh kuyu mandi ke tidak, tuan badan jelah yang tahu.
Aktiviti di luar kelas jangan dilupakan. Apa program dan aktiviti sukan yang universiti tawarkan. Drama komander mengamuk, denda dan sebagainya. Selitkan info mengenai jawatan dan tugasan sebagai pegawai “simpanan” dan sebagainya.
Acara sukan tu buatlah drama games antara universiti. Zaman aku belajar dulu ada macam-macam sukan siap ada liga lawan antara universiti dan kampus lain.
Program lain contohnya pilihan raya kampus selitkan sekali. Yang ini pun boleh jadi satu episod. Bolehlah dedahkan cara-cara mengundi dan bagaimana MPP tercalon.
Selitkan macam-macam aktiviti yang biasa universiti selalu anjur supaya remaja di luar sana tahu macam-macam benda kita boleh belajar dan alami di universiti. Bukan sekadar pergi kelas balik makan tidur semata-mata.
Seperti dalam drama Dunia Baru yang tunjuk realiti kehidupan pelajar yang terjebak dengan skim jualan, mungkin boleh juga selit isu semasa pelajar zaman sekarang. Tunjukkan kelakuan dan aktiviti budak zaman sekarang yang tak pernah lekang dengan handphone dan media sosial.
Yang ini jangan ditanya kepada alumni, memang boringlah jalan cerita. Zaman kami belajar dulu WhatsApp pun baru nak wujud. Kena temu ramah pelajar-pelajar masa sekarang untuk relate dengan keadaan semasa.
Bila kecoh fasal budak-budak lepasan SPM tak nak sambung study, aku pernah terfikir, mungkin tak wujud “vibe” excited nak masuk universiti. Mungkinlah.
Cubalah sesiapa yang rajin berada di Malaysia buat satu kelainan dan kajian kenapa budak-budak zaman 80/90an boleh excited nak masuk universiti gara-gara menonton drama.
– Min (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Drama dunia baru memang best, makcik pun minat gak tengok dulu.