Kenangan Bercinta Dengan Awek Dahulu

Assalamualaikum semua, harini aku ada kesempatan menulis sementara kerja tidak banyak ini.

Ada kenangan yang aku simpan dalam hati aku ni. Yang kadang-kadang sedih, kelakar dan menyegankan aku fikir, hahaha.

Kenangan aku berkawan dengan seorang gadis kota yang belajar di utara tanah air. Gadis yang hanya sempat sekali aku bertemu sepanjang perkenalan kami.

Kenangan ni antara yang aku teringat dalam hidup aku walaupun benda tu dah bertahun jadi. Aku pun sekarang dah selamat berkahwin hampir 10 tahun dan mempunyai 2 orang anak yang comel.

Ceritanya bermula ketika aku masih lagi seorang pelajar. Aku ni seorang pelajar jurusan kejuruteraan di sebuah universiti juga di kawasan utara.

Jadi keadaan tempat belajar aku ni hanya dipenuhi dengan pelajar lelaki dan terlalu sedikit pelajar perempuan yang ada.

Kebetulan pada waktu itu aku telah lama tidak berkawan dengan mana-mana perempuan, hampir 4 tahun selepas zaman SPM dulu.

Sementara kawan-kawan lain sibuk bercinta, aku hanya melayari hidup sebagai anak jantan yang mengisi masa have fun bersama kawan-kawan yang ada. S

elepas hampir 4 tahun menyendiri, aku pun telah mula berkata pada kawan-kawan yang lain, “Best juga ada makwe cam korang ye.” Kawan-kawan aku pun pada masa itu mulalah membantu mengenalkan aku pada kawan-kawan mereka.

Dalam beberapa orang yang dikenalkan itu, ada seorang yang aku terasa tertarik untuk berkenalan. Jadi konsep aku ni tak nak pakai posmen, selepas ditunjuk oleh kawan, aku terus memulakan langkah aku.

Akhirnya aku pun mula berkenalan dengan seorang gadis ini. Borak punya borak, rupanya dia adalah salah seorang murid sekelas aku ketika kami sekolah rendah dulu.

Punyalah happy ketika itu, aku terasa seperti ini adalah jodoh aku. Mungkin inilah kisah panjang yang memisahkan kami akhirnya menyatukan kami ketika dewasa. Ini adalah cinta epik yang boleh diceritakan pada anak cucu satu hari nanti!

Aku pun terus mengorak langkah. Hidup aku mula happy, terbuai angan-angan, haha. Tapi kawan yang mengenalkan aku pada gadis ini bagitahu yang gadis ni sebenarnya dalam keadaan dilema. Dia sebenarnya baru ditinggalkan oleh bekas boyfriendnya.

Dari cerita kawan aku, dia ditinggalkan kerana sikapnya yang agak mengongkong dan suka cemburu buta. Aku pun terasa seperti wow, ini contoh perempuan yang bersemangat dalam bercinta. Adakah ini satu cabaran dalam kehidupan aku?

Lama-kelamaan setelah perkenalan, aku mula rasa seperti ada yang tak kena. Mood gadis ini seperti biawak melintas jalan yang tidak boleh diduga. Sekejap ke depan, sekejap gostan. Kadangkala happy, kadang sedih. Aku selalu memerhatikan twitternya.

Bila chat macam happy dengan aku, tapi twitter selalu tulis benda sedih pasal boyfriend lama. Jujurnya aku goyah mat, dia ni dah move on ke belum?

Bila aku tanya, dia macam sorok tak nak cerita. Lepas tu kami mula jarang contact, sampailah satu masa aku decide nak stop. Sebab confirmlah dengan akal yang diberi ni, aku tahu gadis tengah suffering teringat boyfriend lama.

Aku bukan batu persinggahan bro, aku decide slow-slow gerak dan stop mesej dia. Dia pun okey, nampak dia sendiri berjarak juga. Tamatlah separuh masa pertama perkenalan kami.

6 bulan berlalu laju, dan pada satu hari ketika sedang aku tenang-tenang di hostel, aku menerima satu WhatsApp.

“Assalamualaikum, cuti sem bila eh?”

Aku mulanya macam pelik, dia ni lain Uni, kenapa nak tanya Uni aku? Aku cakaplah sekian-sekian, then dia jawab, “Ok.” Pastu dah stop mesej.

Aku peliklah mula-mula, apahal dia ni. Selang beberapa hari, tiba-tiba kawan aku pun bagitahu, “Bro, orang tu ada bagitahu aku, dia cam nak kawan dengan kau. Dia kata jarang dapat kenal orang cam kau.” Aku pun peliklah, dengan tiba-tiba takde apa-apa tanda, tiba-tiba jadi begini.

Aku pun apa lagi, seronoklah. Ibarat benih cinta telah ditanam di dalam jiwa, hanya perlu untuk disirami. Aku pun bersetuju, terus mencari dan bercontact semula.

Dalam masa yang sama, aku pun check twitter dia, nampak cam dah sihat perempuan ni. Takde update pasal ex boyfriend yang ketara sangat, melainkan yang mengatakan jiwa dia perlu dirawat dan dibangunkan semula. Lebih kurang gitu lah…

Sambung…

– Sambadi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *