Kenangan Bercinta Dengan Awek Dahulu II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kenangan-bercinta-dengan-awek-dahulu/).

Aku pon happy dan seronok untuk berkenalan. Kami mesej, chat setiap hari. Tapi dia bagitau dia bukan jenis kerap contact. Cukuplah sehari beberapa kali. Aku pon okey juga, mungkin ini lah cinta matang yang selalu aku lihat di TV dulu.

Kami makin rapat, dan telah bercerita untuk kawan sehingga ada rezeki untuk bersama satu hari nanti. Aku pula setuju, mungkin ini adalah cinta akhi ukhti yang menjadi trend uni gombak dahulu, hahaha.

Aku happy, pelajaran aku meningkat naik, aku aktif di uni. AJK utama kelab rekreasi Uni aku. Fit bhai masa tu, aku boleh panjat gunung dan full marathon pada hari yang sama. Nicee.. enough about me.

Ketika waktu itu, tanpa disedari aku telah di’aim’ baik punya oleh seorang junior yang aktif di kelab persatuan ku. Ini bukan minat biasa2, nanti aku ceritakan. macam gila bayang juga.

Aku pada ketika ini sedang focus setia dan tidak mengambil endah perempuan lain. Tetapi aku ada masalah satu dengan awek yang aku kenal awal itu.

Dia masih lagi ada sifat yang sesuka hati keturunan dia je nak datang dan pergi dalam ketika kami contact. Dengan alasan sibuk belajar, aku cuba faham. Tetapi twitter masih tertulis dengan hantaran lagu2 sedih, cinta ditinggalkan, dan quote2 orang putus cinta.

Jadi pada ketika itu aku mulai keliru, apa sebenarnya semua ini. Kau dah berkawan dengan aku kenapa kau masih bersifat begini wahai gadis? Aku ada disini, dengan perhatian dan lawak2 yang tersedia untuk berborak dengan kau. Tapi kau selalu meninggalkan aku.

Aku pon sedar tentang diri aku, bila mana aku contact dia aku akan berubah. Tak jadi diri sndiri, aku auto bertukar seperti jalaluddin hassan menjadi matang dan garau ketika bercontact dengan dia.

Aku mula rasa sesuatu yang tidak seronok. Dan pada masa yang sama aku dicucuk oleh seorang adik junior yang ingin berkenalan. Wow, aku tidak merasa perasaan ini. Aku masih maintain setia.

Sampailah beberapa minggu, keadaan terus hambar. Twit sedih dan quote sedih masih menjadi hantaran utama. Contact semakin jarang. Aku mula yakin, this girl still have problem mehh..

Aku mulai goyah, aku bukan tempat untuk dipermainkan. Sampai satu masa kami kerap bergaduh, kerana aku jadi terpinga apabila mesej aku kerap dibalas esok hari. Busy betul nampak. Twitter on je. Lepastu bila bergaduh dia terus speaking panjang2 dalam whatsapp.

Walaupun aku dapat detect kesalahan grammar yang agak besar tu, aku biarkan dia marah aku dalam caranya sendiri. Berbahasa inggeris kemungkinan dialect british pendalaman.

Sampai satu masa aku ditinggalkan seminggu tanpa kata. Tanpa khabar. Dalam masa yang sama adik junior terus mencucuk abang seniornya tanpa segan dan silu, dan akhirnya aku goyah dan jatuh. Oh tidakk. Aku mula membalas whatsapp adik junior, dan melayan nya. Aku berkata saya sudah berpunya.

Adik junior terus mencucuk, sampailah aku katakan, sabar lah ye “kalau jodoh tak kemana”. Aku hanya abang senior kacak yang ingin mengawal keadaan, tapi tidak aku sedar bahawa itu adalah ayat keramat yang akan menghantui ku..

Sampai satu masa, aku teringat kepada gadis yang telah diam seminggu itu. Aku mulakan contact dia. Dalam ayat yang sedih, aku memanggil nama dia. Dia boleh menjawap.. “iye kenapa? awak okey ke tu?”

Hamlau betul, kau tggalkan aku seminggu kau tanya gitu cam aku ni takde apa2? Bhai seminggu kot, buat orang yang selalu contact dan tiba2 hilang mestilah tertanya2. Dan kami contact kembali, aku pon rasa pelik dengan diri aku. Terdesak sangat ke aku ni. Biar je orang buat camni.

Selepas seminggu itu, aku berterus terang pada dia. Aku naif bro, aku cakap je “ada junior suka saya, tapi saya dah cakap yang saya dah ada orang lain”.

Aku niat nak berterus terang. Aku naif gila bhai, kalau orang nak curang takdenya dia cerita kat kau lah wei, aku ni ngaku je. Start dari tu mula aku diserang.

“Siapa dia?!”

“Biar betul?!”

“Mesti awak melayan kan?!”

“Takde angin pokok tak goyang!”

“Awak buat saya cam orang dulu buat saya!”

“Saya shaking ni”

Perghh dengar ayat shaking, aku terus yakin yang aku sedang bercontact dengan seorang influencer.

Baru la nampak perhatian dia, nak contact aku. Ingat aku biasa2 ke haa, muka camni ada orang minat tauu..

Tapi itulah permulaan masa hitam aku. Aku ini telah dimarah. Masa tu bahasa melayu english semua keluar. Aku dipersalahkan.

“Saya ni seminggu hilang, hanya tenangkan diri tauu. saya mendekatkan diri dengan tuhan”

Dah kau mendiamkan diri, tanpa bgtahu aku. Mana aku nak tahu kau tgah berjihad hati gurll.. kalau bgtau takpelah jugak.

Aku pon terus meyakinkan dia, malangnya dia tak pernah dgar. Jadi aku mulai penat. Aku pon dah start cakap english bila whatsapp, dah lain aku ni. Padahal muet band 3 je pon.

Selepas kejadian itu, aku mulai tawar hati. Aku rasa dia sebenarnya marah bukan sebab nak aku pon. Dia marah kononya ada seorang lelaki lagi yang buat macamni kt dia. Ex bf dia tggalkan dia mmg untuk prmpuan lain.

Lama kelamaan aku mulai bosan dituduh, aku da mmg stop dah dengan junior tu. langsung tak layan dia. Dorang berdua pon macamana ntah boleh berkawan di twitter. Dan acah2 konon berjaya memerangkap lelaki hidung belang seperti aku.

Junior tu pulak sebenarnya dia stress sebab aku memang cakap tak nak kat dia. Jadi dia rasa marah dengan aku, biar aku sengsara sebab tolak dia.

Aku terus membiarkan mereka begitu, mereka menulis kejayaan menumpaskan lelaki hidung belang di twitter mereka. Dan acah2 “i can live without men”. Aku pon sedih dan biarkan mereka.

Hamlaunya, junior tu selepas itu boleh cuba plak try aku lagi di uni, eh kau dah buat aku camni, kau nak try lagi. Sampai aku termaki dia di social media kerana terlalu geram.

Akhirnya aku membiarkan mereka, aku pergi dari hidup mereka. Lantak korang lah. Korang menang, korang adalah gadis forensic percintaan yang abadi.

Aku terus bergerak ke tepi, kebetulan 2bulan selepas itu, aku bertemu dengan seorang gadis lain. Gadis yang mencuri hatiku, dan lebih stabil otaknya. Aku happy dalam hidup ku. Dan aku sangkakan dah habis la kisah hidup lama tu.

Sampailah satu masa tu, gambar aku dan gadis baru ini keluar di surat khabar kerana kami travel di pinang.

Dia di interview oleh pape the star, dengan englishnya yang cair kerana beliau graduan Tesl, aku yakin bila melihat temuramahnya, aku yakin “oohh ini bahasa english yang sebenar, rasa bukan pendalaman punya ni”.

Balik kepada cerita gambar di suratkhabar tu.. tiba2 satu petang aku menerima whatsapp dari seseorang yang aku save nama dia “urban gurl”.

Screenshot gambar surat khabar itu terpampang, dengan tulisan di bawah, “oohh ini gf baru la eh?”

Aku dengan yakinnya menjawab, “ooh tak lah, belum jd gf lagi, otw kot”

Terus aku di block, HAHAHA.

Akhirnya aku puas hati! Kui kui kui..

Tamat cerita..

Tapi semua gurl yang terlibat dalam kisah ni semua hebat2 sekarang. Kerja pegawai2 kerajaan, dahsyat. Mungkin ini pengajaran untuk kami semua kot. Hahaha.

Itu sahajalalah ceritanya.. btw yang graduan Tesl itu menjadi permaisuri hatiku, hehehe.

– Sambadi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *