Kami adik beradik kongsi duit bantu seorang adik lelaki buat rumah sebelah rumah mak.
Mengikut perjanjian yang telah ditandatangani, selagi rumah tu belum habis dibayar, rumah tu dikira milik kami yang beri hutang. Sehingga sekarang, satu sen pun belum bayar balik.
Selepas 3 tahun rumah tu siap, mereka bercerai. Adik keluar dari rumah tu dan tinggal di rumah mak. Hak jagaan anak diperoleh oleh bekas adik ipar.
Dia dan anak2 kekal tinggal di rumah mereka (rumah kami). Kami pun izinkan kerana memikirkan mudah untuk menguruskan anak jika tinggal berdekatan.
Masalahnya, setiap hari bekas adik ipar akan provoke adik (bekas suaminya), kami dan mak ayah kami. Dia menulis di media sosial pelbagai perkara untuk memburuk2kan kami.
Kerana terlalu stress, adik diserang minor stroke. Bekas adik ipar pula sering meninggalkan anak2 di rumah kerana hal2 peribadinya. Kini, perbelanjaan persekolahan dan makan minum adik dan anak2nya ditanggung oleh kami.
Setelah 2 tahun mereka bercerai, kami telah tidak tahan dengan perangai bekas adik ipar yang sentiasa mencari gaduh.
Kami dah berkali- kali minta dia keluar dari rumah itu secara elok sejak tahun lepas tapi dia berdegil tidak mahu keluar.
Dia bukan tidak mampu mencari rumah lain kerana dia bergaji tinggi tapi dia sengajaa mencabar kami.
Kami telah memberi notis supaya dia keluar dari rumah itu dalam tempoh dua bulan. Jika dia masih berdegil, kami telah memaklumkan kepadanya bahawa kami akan mengeluarkan barang2nya dan menukar kunci rumah.
Anak2 mereka yang telah remaja dan keluarga bekas adik ipar juga menyokong tindakan yang bakal diambil.
Persoalannya, adakah tindakan kami sebagai pemilik rumah yang sah boleh menghalau dan mengeluarkan barang- barang2nya tanpa perintah mahkamah?
Kami harap sesiapa yang ada pengalaman dan pengetahuan dapat berkongsi cara penyelesaian terbaik.
– Syam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
pening la cerita ko..edit balik..
Dulu bila baik dgn dia, bg duduk free skang bila smue xok, mintak balik. pandai2 ko la settle labu
Tajuk boleh je tulis “Bekas Ipar Tak Nak Keluar Rumah atau Bekas Ipar Muka Tembok” kan senang nak faham. Lepas tu benda ada black & white agreement kenapa tak buat police report or saman je? Ni tak..benda dah meleret sampai adik jatuh sakit, bekas ipar dah naik lemak lepas tu dah jem tak tau nak buat apa..hmm