Mati Hati

Assalamualaikum semua.

Dulu aku ada kawan. Aku rapat juga dengan dia. Dia baik, gila-gila lah baik, sampai aku rasa kawan aku ni memang tak tahu satu benda jahat pun. Aku pulak tengah nak jadi baik.

Kawan aku ni bagi aku; macam role model pada benda-benda baik yang aku belajar kat kelas-kelas agama yang aku pergi. Dia yang aku kenal memang hebatlah latar belakang dan didikan agama.

Aku mula pandang tinggi pada dia sebab bagi aku dia amal apa dia belajar dan aku azam satu hari aku kena jadi macam dia.

Aku bertambah semangat pergi masjid, berwirid, qiam, baca Quran, join majlis talaqi semua. Sebelum ni aku pergi, tapi pergi saja, tak terlibat dengan nak uruskan majlis tu.

Wallahi, satu hari Allah tunjuk satu perkara yang aku tak sangka dia buat. Dosa besar. Aku ingat lagi hari tu. Waktu aku nampak, memang aku sumpah tak percaya. Biarlah apa dia buat tu aku simpan.

Hati aku rasa sedih gila waktu tu. Mula hari tu aku perasan momentum aku pada agama makin kurang.

Sejak peristiwa tu, hati aku jadi tawar setawar-tawarnya dengan dekatkan diri dengan Allah. Aku dah hilang semangat. Rasa menyampah nak buat tu semua.

Bukan aku tak tahu memang ada lebih bagi orang yang nak dekat dengan Tuhan, tapi aku tak tahu lah, tawar hati.

Sekarang dah masuk 5 bulan dari peristiwa tu. Dan aku sekarang lagi teruk dari sebelum aku jumpa dia. Aku dah mula tinggal solat especially Subuh.

Aku usaha ni nak jadi baik semula, tapi dah tak ada semangat. Aku lost. Kawan yang aku cukup percaya, dengan background agama kuat pun jadi macam tu.

Apa patut aku buat? Aku dah tak ada hati nak bertegur dengan dia. Apa yang boleh aku usaha untuk jadi aku yang dulu?

Allah, sekarang nak menangis waktu zikir pun aku tak boleh. Aku rasa macam Allah dah cabut cinta aku kat Dia.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. daripada penceritaan awak, didapati awak berubah atau berbuat sesuatu itu adalah kerana kawan awak bukan kerana Allah. Awak boleh mencontohi kawan awak dalam beribadah atau apa jua kebaikan yang dia buat, tetapi niatnya tetaplah kerana Allah bukan kerana kawan awak itu.

    Perlu ada sempadan dalam mengambil inspirasi daripada seseorang, bukan hanya semberono mengikutinya. Yang baik dan terpuji boleh dicontohi, apa jua kelemahan atau kekurangannya perlu dijadikan sempadan dan dinilai semula. Di sinilah peranan akal fikiran yang dikurniakan tuhan untuk membezakannya.

    Semoga Allah memberikan petunjuk dan jalan keluar kepada permasalahanmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *