Bujang Terlajak

Hai semua… saya cuma ingin meluahkan perasaan dan juga meminta pandangan pembaca.

Saya seorang lelaki berusia hujung 30 an. Mempunyai pekerjaan yang baik, mempunyai perniagaan, tinggal di sebuah kondo di ibu kota KL, ada 2 buah kereta dan sebuah motor. Tetapi saya tiada teman wanita mahupun isteri.

Kehidupan saya normal seperti orang lain. Pagi pergi kerja, pulang petang. Hidup bercampur gaul dengan masyarakat dan kawan-kawan.

Saya ada ramai kawan tetapi tiada teman istimewa. Ada kawan wanita, tapi sekadar kawan. Ada juga yang cuba mendekati, tetapi sekadar menjadi adik angkat. Lebih teruk ada yang mendekati tetapi dengan niat mengikis pisau cukur.

Lumrah manusia mahukan pasangan. Walaupun mempunyai rakan, jauh di sudut hati mahukan teman hidup. Tetapi saya sukar mendapatkannya. Mungkin kerana biasa-biasa tiada yang menarik.

Pelbagai usaha telah dilakukan. Pernah try dating apps, pernah try tackle awek, pernah confess. Tetapi masih belum ada yang berjaya. Kebanyakkan rejection yang diterima

Saya tidaklah memilih, malah niat dihati memang mencari seseorang untuk dijadikan isteri. Saya bukan nak test market atau mempermainkan perasaan orang. Tetapi terlalu sukar untuk dapatkannya. Sehingga hampir putus asa dan redha sahaja.

Kadang kala saya cemburu melihat pasangan lain bahagia. Ada pasangan hidup sederhana tetapi bahagia. Cemburu melihat perempuan yang setia pada pasangan yang ada kurangnya. Apa kurangnya saya. Adakah saya tak layak hidup bahagia.

Saya juga manusia normal. Juga punya keinginan nafsu. Kadang bila bernafsu, tiada tempat untuk luahkan. Kena banyak bersabar.

Saya ada terbaca post mengenai dosa melihat video l*c*h dan onani. Saya tahu ia dosa, tetapi dalam keadaan tak banyak pilihan, apa lagi saya mampu. Bukan mudah nak sabar dan berpuasa.

Saya masih waras untuk tidak melakukan kerja haram seperti melanggan pelacur, atau merosakkan anak orang seperti merogol. Sekurang-kurangnya dosa saya dengan tuhan sahaja

Saya kadang rasa geram melihat wanita lebih suka couple lama-lama yang akhirnya dikecewakan, atau berscandle dengan suami orang, berbanding menerima lelaki yang ikhlas nak kahwin.

Saya berharap suatu masa nanti dapat bertemu jodoh yang terbaik buat diri ini..

– Hoshimura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hoshimura, betul dah tu ada usaha untuk mencari pasangan bagi menjadikannya teman hidup.

    selain daripada usaha dan ikhtiar, anda juga perlu persiapkan diri menjadi lelaki yang ‘husband material’ terlebih dahulu, perbaiki diri mana yang kurang. juga yang paling penting adalah memohon bantuan daripada Tuhan bukakan pintu jodoh untuk mu. Mohon dipermudahkan urusan untuk mendapat pasangan hidup.

    Akhir sekali, istighfar banyak2, supaya Allah memperkenankan permohonan kamu..

    Adios

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *