Assalammualaikum. Aku bekas budak KAED dan isteriku bekas budak Lawyer.
10 tahun lepas, masing masing 3rd year second sem (new sem).
Kami terjumpa kat tastebud dimana aku nak bayar makanan tapi tak cukup duit then dia tolong bayarkan. Mesti korang nak cakap sweet kan?
Okay, masa ni mungkin agak sweet. Kami tak couple pun. Aku gunakan orang tengah untuk risik dia dah berpunya ke belum.
And then, dah cukup sebulan dan segala maklumat yang aku nak tau semua aku dah dapat, aku terus hantar family aku pegi meminang dia.
3 bulan je kami bertunang dan kami kawen pun tak guna duit yang banyak. Majlis kami buat dimasjid selepas akad nikah.
Tak dinafikan, alam rumah tangga tak sesweet yang diceritakan dalam drama2 tv.
Sejujurnya selepas kami kawen, seminggu je aku dan isteri menetap kat rumah belah isteri dan lepas tu kelas seperti biasa dan kami masih tinggal dalam mahallah memasing.
Takde rumah sewa lagi sebab sebelum kawen tak cari rumah.
Tapi Alhamdulillah, walaupun sedih tak dapat tinggal sekali, isteri aku tak penah lupa tanggungjawab dia. Isteri aku ni takde lah mewah sangat hidup dia. Biasa2 je.
Aku pulak boleh dikatakan lahir dalam keluarga yang senang tapi isteri aku tak penah nak ajak aku shopping kedai mahal2, butik bagai. Tapi aku tau, jauh disudut hati dia, mesti dia ada keinginan begitu.
Berkahwin dan tidur asing2 bukanlah satu perkara yang diinginkan oleh setiap pasangan.
Tak bermaksud juga aku obses dengan perkara dikamar tapi aku anggap itu ujian rumah tangga aku. Mungkin dalam masa yang sama, kami dapat fokus kerja masing2. Isteri aku berpurdah.
Dan apa yang aku nak kongsikan disini adalah bercinta selepas nikah itu adalah nikmat dunia yang tak dapat didustakan. Nikmatnya yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Yang halal itu sangat indah.
Jadi aku nak pesan, yang sibuk bercinta, yang sibuk nak beli present untuk birthday ke ape ke, berhenti la. Sia2 dan rugi buat semua tu tanpa ada ikatan.
Kalau betul suka dia, risik dia guna orang tengah. Jangan direct. Kita sebagai lelaki pun ada maruah, ada sifat malu. Jaga maruah kita, jaga gentle kita.
Tak gentle kalau korang direct kat perempuan. Tak gentle kalau korang takut lamaran ditolak dan tak gentle korang takut dengan parents dia.
Akhir sekali, doakan rumah tangga aku dan isteri aku sehingga jannah.
– 123 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kau nak citer apa sebenarnya ni, mat? Tajuk bini lawyer. tapi content cerita sweet nya selepas bernikah lepas tu kena tinggal asing2.. ke nak tunjuk yg bini kau tu belajar law? Org lain belajar law jugak, mat..
pegi balik praktis lagi ya..