Semoga Allah Ampunkan Dosa Saya

Assalamualaikum semua. Saya disini hanya cuma nak luahkan isi hati yang terbuku. Saya nak orang tahu cerita saya. Saya tak nak simpan dan tak nak pura-pura okay.

Saya wanita berusia hujung 20-an. Seorang yang berupa paras biasa dan sedikit gempal. Dari sekolah memang tak pernah merasai cinta monyet.

Apabila melangkah kaki ke universiti, pernah je terfikir nak ada lelaki istimewa, tapi tuntutan pelajaran dan kerja separuh masa membuatkan saya tak fikir sangat hal tersebut. Apabila tamat belajar, alhamdulillah rezeki Allah bagi dapat kerja terus lepas graduasi. Ni sedikit sebanyak latar belakang saya la.

Cerita yang saya nak sampaikan bukan pasal bekerja atau belajar. Tahun kedua saya mula bekerja, ada orang sapa saya melalui media sosial. Tiada gambar profile, tiada gambar di’feed’nya.

Pada mula saya abaikan saja, sebab yelah tak kenal kan. Sampai dia mula meluahkan hasrat nak kenal dengan saya. Jawapan saya mudah je, “boleh, jumpa mama dengan abah”.

Dia kata boleh. Tapi kita kenal kenal dulu boleh, sebab takut tergesa gesa. Saya iyakan saja. Entah bagaimana yang pada awalnya nak kenal kenal saja tu melarat kepada hubungan cintan cintun.

Saya tak menafikan memang saya selesa dengan dia. Saya cuma diberi gambarnya sahaja. Tak pernah video call ataupun voice call. Cuma berbalas mesej sebagai perantara kami.

Dia pula katanya sedang berhijrah nun jauh di seberang lautan pasifik. LDR orang kata. Saya tak pula menyoalkan lebih lebih. Time tu prinsip saya follow the flow. Waktu ni kami masih berbual melalui media sosial, sampai satu hari dia minta saya kejutkan dia, dan beri ni telefon pada saya.

Kebetulan hari tu hari minggu, saya kata okay dan letakkan telefon ketepi. Saya mula mengemas rumah dan masak dan apabila selasai semua tak perasan waktu dah berlalu 2 jam. Saya pun telefon dia. Memang berdebar time tu.

Ayat dia pada saya “kenapa tak call awal, dah 2 jam lebih tunggu”; sedikit marah. Saya diam. Terkedu, mungkin. Tak sangka pun ya jugak.

Orang yang kau nak kenal, yang kau minta tolong untuk telefon, boleh kau kata begitu. Saya pun diam, melayan perasan. Tak berkata apa. Sampai dia mula tanya saya “buat apa tu”. Sejak dari situ kami mula kerap telefon, sehingga lah terjebak dalam ‘sleep call’. Waktu tu bahagia kami la yang punya.

Kalau bangun pagi panggilan kami mati, mesti saya disalahkan sebab meletak panggilan. Saya menidakkan. Hubungan kami macam orang biasa, gelak ketawa, bertukar cerita. Persis pasangan biasa yang jumpa hari hari.

Minggu berganti bulan, saya masih belum dapat panggil video dari dia. Jika minta, dia kata malu, sedang diluar atau macam macam alasan lagi. Sudahnya saya tak tanya lagi dah.

Hubungan kami berlalu seperti biasa sampai satu hari, kami mula melakukan ‘sxcall’. Bagaimana mula saya rasa tak perlu saya cerita. Kenapa saya tak tolak adalah sebab takut. Takut dia tinggalkan saya. Kalau boleh kata setiap hari kami akan lakukan perbuatan tersebut. Astaghfirullahalazim semoga Allah ampunkan dosa saya.

Dalam masa yang sama kami masih bergelak ketawa menukar cerita. Ada satu hari tu saya balik ke kampung menumpang seorang kawan untuk menyambut hari raya. Sebelum pulang ke kampung kami harus singgah satu tempat kerana keperluan kawan saya. Sebagai yang menumpang saya ikut saja.

Saya sebenarnya nak balik sendiri membawa kereta, tapi kereta kebetulan belum servis dan tiket bas pulak habis. Alhamdulillah kawan saya menawarkan untuk pulang bersama, boleh la saya pulang beraya di kampung. Apabila dia tahu saya menyinggah tempat lain, terus dimaki hamunnya saya.

“Ni aku malas ni kau berkawan. Pergi sana pergi sini”. Saya jelaskan saya bukan pergi tempat bukan bukan, saya pergi situ pun mama saya tahu. “Habis mama kau tahu kira boleh la kau pergi sana pergi sini”. Saya diam. Hilang sudah panggilan sayang tu. Huhu.

Bermacam macam kata dia bagi pada saya. Sampai satu tahap saya tak tahan dan balas balik, “ikut kau la bod* aku bukan pergi berjimba s**l aku pergi teman dia sebab aku tumpang dia bod*”. Hati masih membara, tapi sedikit puas.

Dia balas; “tulah lain kali pergi la servis kereta terus. Ni dah tahu nak balik jauh tunda tunda servis tu. Kalau dah tahu takde duit beli la tiket bas awal awal!”. Wah cakap macam dia nak bagi duit. Hihi

Saya diamkan sampai esok apabila kami dah bergerak ke destinasi sebenar. Dia mesej saya “kau tak reti nak bagitahu ke dah gerak ke belum”. Oh risau rupanya.

Dengan ego saya balas “lah tahu pulak nak risau”. Lepastu saya diam. Kami berbaik semula seminggu selepas tu, apabila saya dah sampai semula dia tempat saya berhijrah.

Itu satu dalam seribu pergaduhan kami. Masih banyak lagi. Perbuat “s*call” tu kami masih teruskan. Sampai la saya decide saya nak stop. Saya bagitahu dia. Dia kata okay. Tapi hubungan kami start goyah. Bila dia nak saya tak bagi dia akan merajuk. Lama lama saya ikutkan aje nafsu dia dan saya.

Banyak kali saya decide untuk stop tapi kesudahannya memang akan berlaku jugak. Sampai la saya block dan tinggalkan dia. Tak tipu rasa rindu memang ada.

Sekarang dia dengan wanita baru. Cantik alhamdulillah. Saya? Saya dengan trauma saya. Malam malam saya tak boleh tidur. Ada masa teringat ada masa okay. Ada masa bahagia ada masa rasa taknak keluar rumah.

Dia? Dia dah janjikan perempuan tersebut perkahwinan, sama macam apa yang dia janjikan pada saya. Harapan saya cuma satu. Semoga Allah lindungi dia dari perangai jahat dia. Semoga dia betul betul dah berubah kerana Allah.

Tapi saya takkan harapkan dia bahagia. Semoga Allah balas semua perbuatan dia pada saya dengan balas setimpal. Saya percaya kifarah itu wujud.

Pesanan saya, sebelum mulakan apa apa hubungan, siasat dulu identiti seseorang. Pastikan dia orang yang baik baik. Jangan percaya seseorang dengan cepat. Saya sampai ke harini belum tengok muka sebenar dia. Entah betul entah tidak tu dia. Entah betul entah tidak dia diluar negara.

Ini mungkin balasan saya atas dosa saya sebelum ini. Semoga Allah ampunkan dosa saya dan angkat sakit ini. Doakan saya terus kuat. Assalamualaikum.

– CikuCak Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *