Assalamualaikum
Bila baca confession #mangsa penipuan adilah yang mengaku naufal tu tetiba aku teringat pulak kisah kakak dengan adik perempuan aku masa diaorang kecik dulu. Akak aku yang no. 2 macam dak adilah tu la masa kecik. Nak jadi lelaki katanya. Walaupun mak aku belikan baju gaun ke baju yang keperempuanan, tetap nak pakai macam lelaki. Paling teruk masa nak beli baju raya dia pergi minta baju melayu. Nangis2 nak baju melayu. Dah kenapa budak perempuan nak pakai baju melayu? Bila mak aku kata dia tak boleh jadi lelaki sebab dia takde burung, dia balas balik, dia kata dia sanggup tunggu burung dia tumbuh. Tengok tu, kecik kecik dah pandai menjawab. Ha tunggulah burung kau tumbuh sana. Perangai pun lasak macam lelaki. Tapi lepas dia nampak abg2 sepupu terdampar kesakitan kena sunat, terus dia tak nak jadi lelaki dah sebab dia takut burung dia kena potong. Sakit! Padahal dia takde pun burung tu -_- lepas kejadian tu, dia pun terus membesar sebagai seorang perempuan sejati dengan jayanya. Alhamdulillah
Tak habis lagi ni.. tiba2 kelelakian dia tu menurun pulak kat adik perempuan aku! Ni lagi hebat. Baju perempuan tak nak pakai langsung. Pakaian rasmi dia seluar jeans, kemeja/tshirt, dengan cap. Kemeja mesti kena iron, walaupun sekadar nak keluar main dengan kawan. Rambut sentiasa pendek macam lelaki. Pantang panjang sikit rambut mesti trim. Siap bawak sikat kecik dalam poket belakang. Pastu kena pakai minyak/gel rambut. Kadang rambut sikat tepi, kadang rambut pacak. Lain hari lain style. Mungkin motto hidup dia masa tu adalah kekemasan perlu diutamakan. Kalau raya tu dia pakai baju kurung raya 1st je sekerat hari, dengan syarat baju kurung dia kain kotak2, baju plain. Berapa tahun raya, macam tu jugakla pesen baju raya dia. Mak aku penat pujuk suruh pakai baju perempuan, belikan baju tu baju ni suruh pakai. Dia tak heran pun. Sandal dengan selipar pun pesen budak lelaki punya. Sekali pandang memang macam lelaki dah. Dua kali pandang pun macam lelaki. Sampai makcik aku yang dah lama tak jumpa pun panggil dia orang muda (sebab ingatkan dia lelaki). Bila mak aku kata dia perempuan, terkejut makcik aku. Lama sangat tak jumpa sampai tak ingat yang anak2 mak aku ni semua perempuan.
Bila keluar main, dia ni la yang jadi ketua kawan2 lelaki dia. Pada hal ada je budak lelaki yang lagi besar lagi tua dari dia. Sampai ada jiran mengata, mengadu kat mak aku pasal adik aku ni. Mak aku risau la jugak, tapi mak aku doa je la yang baik2 untuk adik aku ni. Bila sekolah elok pulak pakai baju kurung pakai tudung.
Kelelakian adik aku ni berterusan sampailah dia form 1. Walaupun dia dah datang bulan lagi awal, benda tu pun masih tak buat dia rasa nak jadi perempuan. Cuma ntah macam mana ntah dia tiba2 nak melawa pakai baju perempuan, kita orang pun pelik. Tapi yang penting kami sekeluarga legaaaaaa. Selepas itu, adik aku pun melalui kehidupan sehari hari dia sebagai seorang wanita yang sebenar.
Sekarang ni bila dah besar, tengok gambar masa kecik dulu terus gelakkan diaorang yang berlagak nak jadi lelaki tak jadi. yang adik aku tu sampai kitaorang pun tak cam dia dalam gambar sebab sebijik budak lelaki oii. Ingatkan budak lelaki mana lah tadi, rupa rupanya adik perempuanku! Tu pun sebab kenal baju kemeja favorite dia yang dia selalu pakai masa kecik.
Alhamdulillah kakak dgn adik aku membesar jadi wanita normal. Tak tahulah kenapa masa kecik diaorang cenderung nak jadi lelaki. Semoga adik adilah terus menjadi adilah yang terserlah kewanitaannya. Tak mo la jadi nyofal ye!
– mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit