Suamiku Yang… III

Untuk part I, (https://iiumc.com/suamiku-yang/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/suami-ku-yang/).

Salam warga IIUM Confession. Its me again, Chemp.

Ramai yang triggered dengan tulisan saya yang lepas2. Its ok la itu hak memasing dan saya akui banyak juga yang betulnya. Saya pun sekadar ingin meluah perasaan supaya rasa lega sikit hati ini.

Tentang ejen insuran tu, ramai yang komen kata diorang nak jaga customer sebab tu dia manis mulut. What ever la.. Tapi saya dah kenal dia lama, saya tau dia mmg soft spoken dan pandai berkata2. Dah berkahwin juga pun.

Sebenarnya dia kawan kelas suami masa sekolah menengah. Lepas suami sambung universiti, dia spm je terus ke bandar bekerja. Suami saya pernah cerita macam tu lah.

Fyi, saya background degree edu kat upsi. Tapi tak pernah kerja cikgu sebab suami nak saya tolong urus hal rumah masa dia keluar kerja.

Suami saya tua 5 tahun dari saya, kenal pun masa tu suami dah kerja, dia dipanggil bagi career talk kat upsi. Masa tu dia yang approach saya, pandai pulak kan dia romantik masa tu smpai saya pun cair.

Saya lupa nak bagitau dalam tulisan sebelum ni, sejak 3 tahun lepas, lepas zaman covid tu suami ada upah helper untuk tolong saya dirumah tapi helper ni datang 4 hari je dalam seminggu masa weekday, bolehlah tolong saya buat kerja rumah sikit2.

Weekend suami ada dirumah, jadi dia boleh tolong so tak perlu helper ni.

Hari2 saya berlalu macam biasa urus hal dirumah, tunggu suami balik. Walaupun ada helper, penat tu takyah cakapla, macam sama je. Sape2 surirumah semua mesti faham kan?

Kadang2 rasa macam hidup ni cuma pusingan sama tanpa penghujung. Suami pula sibuk dengan kerja, balik rumah dah penat. Makan, mandi, spend masa dengan kami sementara nak tido tu, habis sehari.

Saya tahu dia usaha kuat cari rezeki, tapi kadang2 saya tertanya, ada tak dia perasan saya juga makin penat dari dalam?

Time cuti sekali sekala ada jugala balik kmpung kami berdua dekat2 je. Kadang bercuti sikit2 dalam negara je sebab dia susah nak cuti panjang tambah lagi kalau time cuti sekolah.

Saya bising hari tu sekali boleh pulak dia ejas cuti dia sama dengan sekolah anak, bawak kitorang pergi europe, tapi seminggu jela, kelam kabut terkejar2 masa. Bolehlah, best jugala.

Balik pada cerita ejen insuran kami tu. Saya namakan dia Jay, makin kerap pulak wasap saya. Mula2 pasal polisi, tapi lama2 soal lain.

Kalau saya bagitau sakit kepala, Jay akan tanya dah makan ubat ke belum. Kalau saya cakap penat, Jay balas “jangan paksa diri sangat, nanti jatuh sakit.” Benda kecil je, tapi entah kenapa saya rasa lega bila ada orang ambil berat.

Ada sekali masa suami outstation, dia lalu kawasan rumah ni dan tinggalkan kopi kat pagar. Katanya dia teringat saya suka kopi panas waktu petang. Dia tak masuk pun, cuma lambai dari jauh. Tapi senyuman dia masa tu, sampai sekarang terbayang2 dalam kepala saya.

Saya sendiri pelik kenapa hati ni rasa lain bila terima mesej dia. Malam2 bila rumah dah senyap, hp berbunyi. “Semoga hari awak baik2 je.” lepas tu ada emoji senyum. Hati saya berdebar, padahal itu cuma ayat ringkas. Tapi saya ketawa kecil sorang2.

Suami ada perasan sekali. Dia tanya kenapa saya tersenyum tengok hp. Saya jawab “group lama sekolah buat lawak.” dia diam, angguk, lepas tu teruskan scroll hp dia sendiri. Rasa bersalah tu datang sekejap… tapi hilang bila mesej lain masuk.

Saya bukan tak sayang suami. Cuma lama sangat rasa kosong, kadang2 benda kecil pun boleh jadi pengisi. Saya cuba yakinkan diri ini sekadar kawan, sekadar borak. Tapi bila tiap kali dia tulis “jaga diri,” saya termenung lama, tertanya2 kenapa rasa itu makin kuat.

Malam tadi saya duduk depan tingkap, angin masuk perlahan. Anak2 dah tidur, rumah sunyi. Saya ulang2 baca mesej dia. Ada perasaan yang sukar saya jelaskan. Antara gembira, takut, dan bersalah. Macam tak tau la nak cakap.

Saya tak tahu ini sekadar fasa atau petanda saya dah terlalu jauh hanyut. Tapi untuk pertama kali, saya rasa ada orang nampak kewujudan saya, cara ke saya. Dan itu buat saya takut.

Tapi saya tau batasnya, takkan lebih dari ini. Korang takyah lah mikir kokse deh..

Jujurnya dapat share, confess kat sini memang rasa lega. Saya tau, memang ada kecaman. Tapi saya anggap tu semua nasihat.. K bye..

– Chempaka Timur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *