Mak Mentua Aku

Aku F25, aku tak pandai sangat bercerita tapi aku cuba sebab aku tak boleh luah dekat siapa-siapa.

Aku dah kahwin, bulan 12 cukup 2 tahun usia perkahwinan kami, aku ada seorang anak comel.

Sebelum kahwin, aku baik sangat dengan mak dia. Orang cakap kalau nak kahwin dengan seseorang tu kena tengok family si lelaki macam mana terima kita atau tak.

Tapi aku memang baik gila dengan mak dia, macam-macam aku bagi dekat mak dia sampai topup setiap bulan pun aku bagi tau.

Btw, aku kawan dengan laki aku 4 tahun sebelum kahwin, so 4 tahun la aku dengan mak dia memang okay.

Sampai la hari kami akad nikah dekat masjid, dia dah tunjuk belang dia.

Btw aku seorang yang baran, suami aku ja boleh handle aku, sebab tu aku sayang sangat dekat dia.

Dan ya, lepas akad nikah kan mesti ada sesi ambil gambar satu family, masa tu mak dia nak diri tengah antara aku dengan anak dia.

Aku nak pegang tangan dia, apa dia buat? Dia boleh tarik tangan laju-laju lepastu peluk anak dia. Eh, time tu aku memang dah takdak mood. Btw suami aku anak last. So, anak mak.

Masa nak ambil gambar atas pelamin pun sama, duduk tengah peluk la anak dia. Alahai.

Time tu baru kahwin, aku rasa macam yala anak kan mesti la sedih sebab dah kahwin, tapi lama-lama aku rasa annoying dan baran aku muncul balik.

Lepas kahwin aku dengan suami duduk Perlis (bukan negeri sebenar) dan mak mentua dengan mak aku duduk satu negeri Jelapang Padi. 10 minit ja rumah mak mentua aku dengan mak aku.

Disebabkan dekat, perjalanan 1 jam setengah ja, jadi kami balik setiap minggu rumah mak dia. Yaa, setiap minggu tidur rumah mak mentua sahaja. Aku okay ja guys.

Ada satu hari tu aku ajak laki aku balik Perlis awal tengah hari macam tu sebab nak spend time dengan dia. Tiba-tiba kakak ipar aku chat tanya duduk mana? Aku cakap dah sampai Perlis. Tiba-tiba dia cakap awai balik.

Aku macam eh, suka hati mak apak aku la der haha. Aku rasa mak dia mengadu kot. Time tu aku macam dah mula menjauh. Ish, banyak lagi sebenarnya tapi malas nak type.

Tahun kedua kahwin, mak dia duduk sekali dengan kami. Bertambah annoying dan sekarang aku tak bercakap dengan mak dia.

Suami aku sangat baik, dia selalu utamakan aku dan dia tau aku tak suka mak dia. Nak suruh aku maafkan mak dia, sorry…

Aku dari kecik memang kurang kasih sayang, dekat suami la tempat aku bersandar dan kasih. Tapi yang stress, setiap kali annoying mak dia tu datang aku mesti gaduh dengan suami aku.

Aku kesian jugak sebab suami aku duduk di tengah-tengah. Kadang tu aku nak cerai, mungkin tu jalan yang baik. Sekurang-kurangnya suami aku tak stress, dia boleh jaga mak dia.

Tapi aku sayang sangat dekat suami aku. Tolong bagi pendapat. Aku memang tak boleh duduk sekali dengan mak dia. Takdak privasi, lepastu apa kami buat dekat rumah mesti dia report dekat kak ipar aku,

Then kak ipar aku perli aku. Suami aku vacuum rumah hari-hari pun aku yang kena, haha. Mungkin la otak aku yang tak betul, tak pun hati aku busuk hahahaha.

Tolong bagi semangat sama..

– Menantu Hantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *