Adakah Suamiku Tidak Bernafsu

Hi semua. Nama aku Su. Aku sebenarnya tak tahu nak tanya atau luahkan pada siapa.

Aku 24, baru berkahwin 6 bulan lepas. Aku nak cerita atau mungkin nak tanya pendapat tentang suami aku.

Kami berkenalan semasa di Uni. Dia senior setahun atas aku, jumpa sebab dia faci waktu minggu orientasi. Kiranya, memang dari aku freshie lah kami bercinta sampai lah aku grad..

Kami decide untuk berkahwin sebaik sahaja aku berjaya dapat kerja tetap. Dia pun dah 2 tahun bekerja, boleh kata kami stable untuk memulakan kehidupan dan sebelum kahwin pun,

Kami memang dah berbincang banyak benda-benda lepas kahwin terutama sekali urusan kerja rumah memandangkan kami berdua bekerja.

Dia kerja lebih kurang 10 minit drive dari rumah, manakala aku pula kerja jauh di Damansara, 2/3 kali juga tukar train.

Long story short, aku tak tahu lah kenapa, aku rasa suami aku ni, not into me. Sepanjang kami berkahwin, aku rasa dalam seminggu tu, paling banyak kami bersama ada lah dalam dua kali. Itu pun hujung minggu sahaja.

Aku faham lah kalau weekdays tu memang penat bekerja, tak sempat nak mandi, tak larat atau apa. Tapi kalau hujung minggu tu pun, kalau aku tak minta, aku tak approach, dia macam tak kisah dapat atau tak.

Balik kerja dia akan makan dan tengok TV. Kalau hujung minggu pun dia banyak tengok TV dan macam biasalah dia akan bantu aku dengan kerja-kerja rumah.

Kalau weekdays tu memang kebanyakan kerja rumah aku take over sebab dia kalau balik kerja memang tenaga dia dah habis.

Suami aku ni introvert, jadi mungkin dia banyak socialize dekat tempat kerja, balik rumah battery dia habis dan tak mampu nak melakukan apa-apa.

Aku faham kalau dia penat bekerja, tapi aku pun penat juga kerja, kerja rumah, layankan dia yang balik kerja battery habis dan jadi dingin.

Kalau korang ingat dia penat dan memang bukan semua orang berkawin untuk ‘benda tu je’, nope, anda semua salah.

Masa honeymoon, kami ke Krabi. Sepanjang di sana, aku je yang ajak dia untuk ‘bersama’, tu pun ada je dia tolak sebab dia kata nak menikmati honeymoon ni.

Aku macam blank kejap. Bukan selalu masa honeymoon, couples memang nak dekat-dekat, bermanja dan bersenggama ke?

Lepas balik honeymoon, aku rasa sangat insecure dengan diri aku. Aku ni bukan taste dia ke? Dia penah terlanjur dengan orang lain ke? Aku tak pandai layan dia ke? Aku tak attractive ke?

Aku pernah la check phone dia kot lah dia terjebak dengan p**n sebelum kahwin atau dia ada melayan perempuan-perempuan lain ke, g4y ke. Tapi memang tiada ya.

Nak kata aku ni tak attractive, aku pegi gym ya selalu, boleh kata body aku fit dan aku sangat menjaga pemakanan aku.

Aku dah cukup menggoda dah kadang-kadang tu tapi tetap lah tidak menaikkan syahwat dia. Even kadang-kadang kalau bersama pun kejap je. Lepas tu.. dah, habis. Aku pun macam lahh??

Aku bukan apa, aku hesitate juga nak share ni. Nanti ada pula kata aku banyak baca benda bukan-bukan dan ada high expectations.

Aku cuma curious je. Sebab selalunya bukan kalau baru kawin, lelaki akan selalu nak claim ‘benda tu’ ke?

Kadang rasa macam beggar pula mengemis nak dekat suami sendiri.

Haih.. boleh tak bagi opinions atau mungkin tips melayan suami aku bagi dia yang minta dulu.

– Su (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *