Baru baru ni ada Gen Z yang confess pasal dia proud dengan usaha dia sampai dapat beli kereta Honda pada usia 20an, (https://iiumc.com/tak-ramai-yang-mampu-achieve/).
Memang kaw2 dia kena hentam dengan netizen yang aku assume dari golongan Gen Y.
Aku tak kenal pun sape dia TT tu. Tapi aku sebagai Gen Z pun terasa bahang kecaman netizen masa tu rasa terpanggil untuk menulis confession balas (aku tak sure la kalau TT yang tu pun nanti akan tulis balas jugak).
Aku jugak pemilik Honda, dan semestinya aku bangga. Bukan nak perasan, memang hakikatnya betul macam TT tu tulis. Bawak Honda ni ramai yang dengki. Ramai yang pandang2 especially masa benti kat traffic light, parking kat mall.
Dan yang paling realitinya terbukti awek2 memang mudah nak ajak naik. Termasukla level2 akak2 Gen Y sekali pun aku pernah bawak sebab apa? Sebab Laki Gen Y dia tu tak mampu nak belikan diorang Honda.
Nasib baik aku takla jahat sangat smpai nak merosakkan perempuan2 ni. Setakat makan, tengok wayang dan flex2 camtu je la. Aku puas bila diorang kagum. Diorang pulak puas bila aku payung makan dan entertainment lain. Okla winwin.
Gen Y korang takyah poyo la sembang anak korang lagi mencapai ke apa semua tu, ada sorang makcik ni aku perasan setiap confession orang yang jenis flex sikit dia sibuk nak selit kata anaknya la yang terpaling bagus, terpaling high income pe bagai. Narcicist aku rasa dia ni, pantang tengok orang lebih.
Please la makcik, itu semua cerita dalaman rumah tangga makcik tak payah nak bangga dan flex sangat. Anak makcik setakat jadi PT je pun, bukan CEO Tesla. Aku? Takpe boleh je berlagak sebab anonymous je hehehe.
Ramai jugak yang kata “alah, kereta je pun, belum tentu kaya.” Hello, nak beli Honda tu bukan benda kecik. Bukan semua orang mampu, especially geng2 yang baru kerja, gaji pun ciput, tapi sembang pasal financial literacy bagai.
Korang claim konon bijak simpan duit, tapi setiap hari still repeat nasi bujang tepi jalan. Aku pulak steady keluar je Honda, orang treat aku lain. Even masuk kedai makan pun cashier senyum lebih. Benda ni bukan aku reka, ini realiti bila kau dah naik taraf.
Aku tahu mesti ramai triggered dengan ayat aku ni. Takpe, biar aku jelaskan. Aku bukan nak cakap Honda ni Ferrari. Tapi in Malaysia context, especially dalam circle Gen Z dan B40, even M40 level paras hidung.
Honda tu kira premium level. Macam ticket kau keluar dari kelompok orang biasa. Macam satu stamp of approval: aku dah lepas stage struggling. Kau rasa aku nak malu? Tak, aku lagi nak show off. Kalau ada yang kata aku overclaim, itu sebab kau jeles. Simple.
Dan paling aku enjoy tengok, bila geng2 Gen Y start buat ceramah kat komen. “Hidup jangan menunjuk”, “hutang kereta bukan aset”, “tunggu lah bila dah kawin baru tahu langit tinggi rendah”.
Blah la. Korang sendiri umur 30+ pun masih struggle bayar rumah, masih ikat perut nak cukup bulan. At least aku ada benda nak bangga sekarang. Kau? Bangga dengan post FB anak sekolah darjah 1 dapat nombor 3 dalam kelas? Pathetic gila.
So aku ulang sekali lagi: Honda aku bukan sekadar kereta. Ini simbol aku dah naik level. Kalau korang rasa triggered, itu masalah korang, bukan aku.
Kalau korang rasa anak, suami, isteri, kerjaya korang lagi bagus, silakan buktikan dengan result yang nampak depan mata. Kalau tak, jangan sibuk kecam orang yang jelas lebih power daripada korang.
Sekian, confession jujur dari seorang Gen Z yang geram. Haa puas hati aku.. Saja nak luah.
Maaf kalau ada yang panas..
Chill and peace..
– Mirul04 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit