Tak pernah aku tengok mak menangis seteruk malam tadi. Air mata dia tak berhenti. Suara teresak esak..
Hancurnya hati aku sebagai anak.. tak tahu macam mana nak tenangkan mak. Semua ni sebab abang dan adik aku..
Aku merupakan anak kedua dalam keluarga. Ada abang dan ada seorang adik lelaki. Faham faham la kalau dah dua dua lelaki, dua dua tak nak mengalah.
Tapi kali ni punca kecil je sebenarnya, tapi ego masing masing nak bertekak, saling salah menyalahkan sampai tahap nak bertumbuk, pukul guna barang..
Aku takut sebenarnya malam tu, tapi aku tak nak keadaan makin teruk. Aku kesian tengok mak aku jadi aku cuba masuk campur cuba leraikan.
Dalam keadaan yang makin panas, si abang tak berhenti provoke, si adik tak nak mengalah. Allah.. Aku fikir aku ni perempuan je. Kalau tak, memang aku lagakan kepala dua dua. Stress!
Dalam kepala aku fikir mak aku je.. Termenung dia tengok anak anak bergaduh depan dia. Aku tahu dalam hati mak, mesti dia kecewa. Aku minta dorang stop berbalah depan mak.
Tapi apa abang aku buat.. Dia provoke adik lagi, “kalau berani kau keluar rumah ni, aku nak tengok. Aku memang tak suka kau dalam rumah ni lagi”
Aku dan mak terdiam. Tak sangka itu yang keluar dari mulut abang sendiri. Aku ingat dia matang sikit, tapi lagi keruhkan keadaan.
Adik terus masuk bilik. Lama.. Mak cuba ketuk pintu. Kurang dari 15 minit adik buka pintu, dan di tangannya pegang beg besar.
Aku terkejut. Mak terus menangis minta adik tak tinggalkan rumah.. Tak tinggalkan dia.
Allah.. Luluh hati aku tengok keadaan mak waktu tu. Dia minta izin dengan mak untuk keluar rumah juga malam tu.
Dan selepas adik keluar, mak masih menangis. Aku tak tahu cara untuk tenangkan mak dalam rumah tu lagi, jadi aku pun bawa mak keluar juga. Aku drive ntah kemana.
Sepanjang drive, mak banyak termenung banyak diam je. Air mata masih tak berhenti. Langsung tak bercakap. Aku belikan roti dan air walaupun dia tak ada selera.
Kadang-kadang aku terfikir nak bawa mak pindah. Mungkin tanpa abang, hidup kitorang akan lebih aman. Tak payah dah nak hadap gaduh macam ni selalu. Tapi aku tahu realitinya bukan mudah.
Sewa rumah sekarang mahal, nak mula hidup sendiri dengan mak bukan benda yang mudah. Tapi aku betul betul tak boleh dah dalam rumah tu. Aku nak hidup tenang.
Jujur aku penat. Kejadian semalam betul betul buat aku rasa kosong.
Cuma aku harap satu hari nanti aku dapat kuatkan diri, cari jalan, dan mampu sediakan tempat yang lebih tenang untuk mak. Dia dah cukup banyak terluka dengan perangai anak anak, aku tak nak tengok dia macamtu lagi.
Doakan aku..
P/s; adik aku dah call, dia selamat tinggal dekat rumah kawan buat sementara katanya. Semoga adik lembut hati balik rumah demi mak. Aamin.
– Zar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit