Luahan aku lebih kurang sama dengan confession “Adakah suami aku tidak bernafsu” (https://iiumc.com/adakah-suamiku-tidak-bernafsu/).
Kenalkan diri ku Q berumur 27 tahun yang baru sahaja berkahwin 5 bulan. Aku seorang penjawat awam manakala suamiku, W, versus 28 seorang pekerja swasta.
Untuk pengetahuan readers, aku dan suamiku PJJ berlainan negeri atas tuntutan kerja. 2 minggu sekali kalau berkelapangan aku akan pulang ke negeri suamiku untuk berjumpa dengannya.
Aku tak tau nak mula cerita dari mana ye tapi situasiku lebih kurang confessor.
Ramai orang cakap nikmat awal perkahwinan ni best. Boleh spend time together, bersama banyak kali ye la pengantin baru kan. Tapi tak bagi aku.
Boleh dikatakan aku dan suamiku bersama paling banyak 2/3 kali sebulan. Pernah sebulan sekali je.
Ada masa dia akan Tinggal seminggu dirumahku kerana WFH tapi dalam masa seminggu kami hanya ibarat roomate. No intimacy, no touching each other dengan alasan dia cakap kesian dekat aku penat.
Aku dah cuba goda dia, pakai sexy tapi dia tolak. Dia suruh aku bersabar. Sampai satu tahap aku tak lagi pakai sexy bila kami berdua dirumah.
Aku tau dia tak curang nak bukan jenis layan video tak baik. Masa dia hanya untuk aku.
Aku hanya mahu dibelai, disentuh, dilayan seperti mana pengantin baru. Aku faham yang dia tak nak aku penat tapi jiwa aku meronta.
Aku insecure dengan diri sendiri sekarang. Aku rasa aku tak cukup cantik, tak cukup menarik dimata dia walaupun dia selalu puji aku.
Aku tak tau nak cakap macam mana lagi. Dah pernah cakap direct, pillow talk dengan dia tapi macam tak ada beza. Aku dah macam pengemis dengan suami sendiri.
Bantu aku wahai readers. Apa yang aku perlu buat lagi untuk betulkan hubungan intim kami..
– Q (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit