Salam dan hai. Aku Anonymous. Seorang yang gemar melayari internet dan melayan media sosial, jadi hobi aku adalah baca komen-komen para netizen.
Jadinya, berdasarkan pengalaman aku yang taklah seberapa ni, aku dapat detect satu trend dalam kalangan netizen iaitu KECAM. Aku ambil satu isu yang sentiasa panas iaitu LGBTQ (hence the title).
First of all, aku bukanlah penyokong LGBTQ ya tuan-tuan dan puan-puan semua. Benda memang salah, takkan jadi betul, jadi takkan nak sokong. Apa yang aku nak sentuh lebih kepada stereotaip netizen kita terhadap golongan LGBTQ ni.
Basically, pendapat aku berdasarkan pengalaman baca di IIUMC dan sebagainya, aku dapat simpulkan yang faktor seseorang terjebak dengan LGBTQ ni banyak. Ada yang lahir-lahir memang ada perasaan tu, ada yang didorong oleh cara mereka dibesarkan, dan banyak lagilah.
Dan berdasarkan banyak kisah yang aku baca, mereka yang terjebak dengan LGBTQ ni kebanyakannya masih ada secebis rasa untuk berubah ke jalan yang benar. Ada yang berusaha untuk tinggalkan perkara tersebut.
Tapi yang menyebabkan mereka putus asa ni antaranya sebab netizen kita sendiri. Suka sangat judge, kecam, kutuk, hina seolah mereka confirm masuk neraka, manakala yang mengecam tu confirm dijamin syurga.
Lagi teruk bila yang kecam tu guna alasan dakwah untuk halalkan kerja mengecam diorang. Boleh tengok sendiri di IG berapa ramai instafamous buat video parodi geng-geng LGBTQ ni, lepas tu buat hashtag parodi untuk dakwah bagai. Lah tak rilek, gila tunggang agama.
Bila followers beratus ribu, buat IG review untuk produk-produk sampah. So aku jadi ragu kat situ sama ada betul-betul ikhlas nak berdakwah atau sekadar mengambil kesempatan nak kaut keuntungan? Yelah, dah perangai netizen kan, bila dapat kecam orang je memang puas hati semua support.
Tengok yang terbaru la, sambutan hangat terhadap lagu Bunkface tu. Tengok komen semua macam anti-LGBTQ konon dakwah, tapi realitinya seronok sebab dapat kecam je kan.
So ni part yang penting dalam confession aku ni — kalau tak kecam, macam mana nak setelkan geng LGBTQ ni? Jawapan dia senang je.
Contoh yang pertama, korang ignore je. Jangan famouskan diorang, jangan gossip pasal diorang, jangan up langsung apa-apa berita pasal diorang. Masalah netizen ni hari-hari bawangkan geng LGBTQ ni. Diorang pun dah tak kisah kena kutuk bagai, yang diorang tahu diorang boleh perasan femes mengalahkan artis-artis lain.
Nak insaf? Ambil contoh Nursujut (bukan nama sebenar) la, berapa tahun dah orang kecam dia termasuklah instafam yang edit buat video parodi dia tiap-tiap hari. Ada ke Nursujut tu insaf? Makin galak ada la. So nak hapuskan diorang, kenalah senyapkan diorang. Kan simple.
Yang kedua ialah dekati mereka dan santuni mereka sebagai saudara seagama. Ambil contoh Ustaz Ebit Liew la. Takde pun nampak dia kecam golongan LGBTQ ni, dia approach baik-baik lagi, slow talk, jumpa depan-depan mata.
Malah aku percaya banyak je program pemulihan di luar sana khas untuk golongan-golongan LGBTQ ni berubah ke jalan yang lurus semula.
Cuma peranan kita je yang memerhati ni — nak bantu diorang ke tak, bawa diorang ke tempat berkenaan. Ataupun just pandai jadi tin kosong je, menyalak kuat kat media sosial konon dakwah tapi realiti zero.
Yang ketiga ialah undang-undang khas untuk mereka yang famous terlebih dan kebal dengan segala kecaman serta nasihat netizen.
Masalah dengan kerajaan kita, regardless parti mana pun, so far takde tindakan tegas untuk golongan LGBTQ ni. Hukum dah ada terang-terang salah lelaki berpakaian perempuan, tapi sejauh mana tindakan diambil?
Ada sorang tu bekas menteri agama, sekadar luah rasa kecewa je tapi takde nak ambil tindakan ke apa. Sebab tu lah golongan LGBTQ ni bermaharajalela. Marilah kita berdoa supaya kerajaan baru ni lebih tegas hendaknya. Aamiin.
Itu sahajalah yang aku nak bebelkan dalam confession ni. Kalau tak sampai mesej tu, baca la lagi sekali ye, haha. Moga Allah rahmati negara kita Malaysia tercinta ini. Aamiin.
– Manusia biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit