Hi, assalammualaikum semua pembaca. Ni coretan pertama aku. Aku rajin jugak jadi silent reader. Terima kasih jika post aku disiarkan.
Perkenalkan aku Puan H, usia lewat 20-an. Aku pemegang ijazah kejuruteraan tapi tidak bekerja. Ringkas mengenai diri aku.
First of all, after graduate memang ramai dalam kalangan kawan yang turut menganggur, dan akhirnya lost contact setelah masing-masing berkahwin. Kalau ada pun friend dalam media sosial je. Sebab nature bidang ni didominasi oleh lelaki dan site work. Dan mostly yang dapat kerja di bawah subcontractor, so kadang ada masalah payment gaji dan sebagainya.
Dua tahun lepas graduate memang struggle cari kerja, dan aku join program SL1M. Bidang ni pilihan akak aku masa isi borang UPU, tapi aku tak salahkan dia pun jadi begini. Sebab bidang lain pun sama, ramai jugak jobless dan akhirnya terima saja offer job yang ada, walau tak setaraf kelulusan dan berkaitan bidang.
Rezeki setiap orang tak sama kan. Ada juga yang bertuah terus dapat kerja kerajaan atau syarikat swasta yang besar. Ada jugak classmate atau kenalan lelaki dan perempuan memilih untuk terus single sebab masalah kewangan walaupun usia dah cecah 33 tahun ke atas.
Untuk pengetahuan pembaca, untuk tahun 2020 ni dah masuk 5 tahun aku graduate dan dah 2 tahun aku berkahwin dengan jejaka pilihan. Macam-macam kerja jugak pernah aku apply dari start gaji RM1000. Kalau ikutkan kelulusan memang flying color, tapi dah tertulis begini. Interview SPA yang gred 29/41 banyak kali pergi, tapi belum jugak sangkut.
Sedih memang sedih. Aku pernah down, rasa nak bunuh diri, rasa menyesal sambung belajar, lagi stress tengok hutang PTPTN. Tiap kali solat aku doa dan menangis.
Aku mula-mula nikah, stay menyewa. Deposit dari duit simpanan aku. Aku menyewa sebab suami kata mak dia akan buat rumah baru di kampung dia dan akak dia akan pindah stay rumah sendiri. So dalam fikiran aku, menyewa sementara je. Mak suami pun kata tak perlu beli rumah dari awalnya (masa suami bujang dan belum kenal aku), so suami beli kereta.
Lepas 2 bulan menyewa, suami tak mampu nak bayar bulanan sewa, so keluarga aku bantu bayar separuh. Tebal jugak muka. Sejak aku nikah aku tak kerja, sebab aku berhenti sebab ikut pindah negeri suami. Aku percaya rezeki lepas kahwin. Tapi lepas 6 bulan nikah aku jugak tak dapat kerja, so suami stress dan akhirnya pindah masuk rumah mentua.
Start ni drama jugaklah, sebab parents aku la susah nak datang rumah, sebab rumah mentua cuma ada 3 bilik je. Sangat crowded dengan akak ipar dan anak-anak dia. Alasan akak ipar hingga kini tak nak pindah rumah sendiri sebab anak masih kecil walaupun dah bersekolah dan suami dia PJJ.
Aku cuba faham masalah dia. Rumah dia yang besar tu tinggal kosong je la. Tak pernah jugak ajak parent mentua aku tinggal sekali dengan dia, di rumah baru dia tu. Entahlah, part ni aku malas nak masuk campur.
Hidup di rumah mentua ni okay je, cuma yang stress sebab kena share rumah ramai-ramai, kemudian bilik kami kecil. Kadang terasa jugak jadi macam maid, tapi aku rasa aku je emotional kot. Naluri aku memberontak sebab inginkan zuriat. Tapi suami kata suruh hold dulu sebab masalah kewangan dan juga kami tak mampu menyewa sendiri.
Gaji suami sebagai assistant engineer bersih cuma RM2k (suami ada diploma). Tolak lagi dengan loan kereta, tinggal berapa je kan. Tolak lagi simpan untuk majlis kahwin hujung tahun. Kami buat majlis kahwin lambat sikit untuk preparation.
Aku kenal dengan suami aku 6 bulan je dan terus tunang, kemudian nikah atas kemahuan parents aku (yelah, orang tua takut tak jadi). Suami tua sedikit dari aku.
Aku mula-mula nikah tu dan seterusnya sampai la tinggal di rumah mentua aku sampai la majlis kahwin aku. Cuba positif, terus apply kerja. Ada jugak sangkut tapi jauh dengan gaji RM1300 sahaja. Huhuhu. So hidup sangat bersederhana di rumah mentua, berbeza dengan kehidupan bujang aku. Aku malu nak meminta dengan mentua.
Nak harap suami pun, gaji dia cukup-cukup. Duduk rumah mentua dia jugak tolong bayar bil. Mula-mula aku sedih sebab tak dapat nafkah.
Tapi aku cuba positif lagi, sebab akak ipar aku walau bekerja kerajaan dengan gred tinggi, tapi tak bantu dalam bayaran bil ke apa walaupun dia duduk sekali. Bukan nak burukkan, tapi itulah kenyataan. Mungkin dia ada masalah kewangan sendiri dengan suami dia yang PJJ tu.
Kadang aku terdetik kenapa dia tak pohon sahaja pertukaran. Adakah sebab nature work suami dia pun site juga dan kemungkinan berpindah. Speechless bila tengok mentua macam terbeban.
Faktor utama aku bertahan duduk dengan mentua ni sebab dia layan aku macam anak sendiri. Walau kadang mereka mengadu pasal anak-anak mereka, aku cuba jadi good listener je. Tapi yelah, mentua aku cuma pesara kerajaan je. Faham-faham je la kewangan mereka. Syukur mereka bantu dalam soal majlis kahwin.
Cukup setahun aku pindah rumah mentua, suami aku tiba-tiba resign kerja (syarikat rugi). Saat ini, aku rasa stress aku jadi bertambah. Aku dah tak boleh jadi positif, tambahkan pula parents aku mula bising sebab aku ada kereta yang masih dalam hutang. Sejak aku tak bekerja, parents la terpaksa tolong bayarkan.
Duit simpanan aku sebenarnya sejak habis belajar dan habis buat cari kerja dan mulakan hidup di rumah sewa sebelum ini. Mula-mula parents aku okay sebab parents ada buat bisnes kecil. Tapi sejak ekonomi merundum, merungut jugak mereka nak tolong bayar kereta aku — ibarat bulan Axia standard je, sebab kereta aku ambil second.
So parents macam nak minta suami aku tambahkan RM100 je sebulan. Tapi akhirnya aku luah pada parents suami alami masalah dekat tempat kerja, gaji kena potong so tak dapat lah bantu. Takkan tiba-tiba nak cakap suami resign kerja.
So after 6 months suami jobless, dia dapat job baru di negeri kelahiran aku, tapi 2 minggu je dia kerja. Lepas tu dia resign (kata stress amat + bos suruh pergi sana sini guna kereta sendiri, tak sama masa interview). Part ni aku memang angin jugaklah.
Sepanjang 6 bulan dia jobless, aku dapat kerja kontrak tau, ada jugak duit poket. Tapi aku tak sambung sebab ikut dia pergi kerja tempat baru. Sepanjang 2 minggu kami menumpang di rumah saudara je. So selepas tu sampai la ke hari ini, suami tidak bekerja. Aku makin hari makin stress.
Puas jugak aku tolong mohonkan suami kerja dan aku punya sekali, tapi senyap je. Lepas kerja yang 2 minggu tu, kami balik semula ke negeri suami, dan memang dah tak mampu nak bayar kereta dia, so aku terpaksa bagi tahu masalah kami pada mentua. Mujur mentua nak bantu. Yelah, takkan nak pulang bank kan, dah bayar 3 tahun kot.
Awal tahun 2020 ni, aku sebenarnya dah sampai tahap meletup, tapi takde lah aku buat kecoh dekat rumah mentua. Cuma aku jadi banyak meluah dekat family aku melalui call je (parents + akak aku), sampai aku suarakan nak bercerai dan nak lari balik kampung.
Aku meletup bila suami keluar ayat malas nak kerja/suruh aku cari kerja. Entahlah. Maybe dia pun dah down. Aku speechless. Tak tahu nak teruskan perkahwinan atau bertahan. Aku tak kuat nak hadapi penceraian ni.
Tapi dalam masa sama, aku sedih ingat parent dekat kampung sebab jarang dapat jumpa — 2-3 bulan je sekali. Mereka pun tinggal berdua je sebab akak memang dah stay KL sejak bujang. Rumah akak aku pun aku tak dapat pergi. Tahun lepas langsung aku tak pergi rumah akak aku. Faktor kewangan.
Doakan aku dan suami aku dapat kerja. Aku dah tak kuat nak hadapi. Dua tahun dah usia perkahwinan, tapi tiada apa-apa, hidup menumpang. Aku pun nak jugak duduk rumah sendiri, bina kehidupan, berbakti pada orang tua. Sedih, tu je aku mampu ungkapkan.
Pernah terfikir nak buat bisnes tapi tak tahu nak bisnes apa sebab modal tak ada. Akak aku sebenarnya dah bagi ‘warning’, bagi tempoh sampai Raya je. Kalau suami aku tak kerja jugak, dia suruh aku mintak cerai dan ikut tinggal di rumah dia, dah cari kerja di KL.
Hmmm… aku sedih. Raya tak lama lagi kot. Tapi dalam masa yang sama, akak sayang aku. Dia tak nak kehidupan aku musnah. Tapi bila tengok muka suami, rasa kesian. Maybe dia dah usaha cari kerja yang baik, tapi belum dapat. Maybe kerja yang 2 minggu tu tak okay (sebab dia yang hadap kan). Maybe jugak ini dipanggil dugaan perkahwinan.
Terima kasih sebab sudi baca. Jangan kecam, okay.
– Puan H (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit