Assalamualaikum, hi aku tak tau macam mana nak buat intro menarik, jadi biarlah aku terus ke topik yang aku nak luahkan. Aku ni kawan yang teruk ke ? aku ada seorang kawan rapat ni, aku perkenalkan dia sebagai Nur. Kami memang ngam, dia pun baik. Dari first sem kat cfs kitorang dah kawan, pernah duduk sebilik sekali. Aku jenis peramah dan boleh ngam dengan semua orang. Jenis mulut menyembang macam dah kenal lama, so ramai lah kawan kawan aku jumpa selama aku belajar dan habis asasi ni. Lain pula dengan Nur, dia pendiam sikit, kawan tu ada cuma macam tu macam tu sahaja.
Last sem masa asasi, aku sedar yang potensi diri aku makin menyerlah bila aku tak sekelas dah dengan Nur. Antara sebab pointer aku naik ialah kerana carry marks aku tinggi (assignments banyak membantu). Groupmates dengan partner buat assignments sama sama struggle. Sebelum ni masa dengan Nur, Nur jenis yang selalu tak faham assignment walaupun aku dah terangkan berkali kali, lagi satu aku perasan kalau dalam kelas, Nur ni jarang tak main phone, bila balik bilik dia tanya balik assignment apa kena buat.
Dan sebabkan kami ni kawan baik jadinya selalu acuh tak acuh tentang due date dan aku pun tak boleh nak tegas sangat, kawan baik kan, nanti tersentap pula kawan tu. Dia bukan tak nak buat assignment tau, dia tak malas pun, cumanya boleh dikatakan idea semuanya dari aku, dia akan dengar dan angguk angguk, bila aku recheck apa dia buat, oh salah juga, sampai satu masa aku rasa assignment tu 80% aku, dia cuma taip sikit sikit ,taip front page dengan rujukan. Sebab bila aku minta idea dia akan cakap “eh entah aku mana tahu sangat benda ni”.
Bila sekelas dengan Nur aku rasa serbasalah nak pilih partner lain sebab Nur awal awal akan cop aku walhal sebenarnya aku ada juga keinginan nak kenal dengan kawan sekelas lain untuk sama kumpulan dengan mereka. Takkan aku nak mengelak pula, alasan Nur sebab kami sebilik senang nak bincang apa apa. Tapi bila dah tak sekelas, aku tengok si Nur ni ada semangat pula nak buat assignment, mungkin sebab groupmates dia semua acuh tak acuh, tak boleh diharap jadi sebab tu Nur kena buat semua sendiri nak tak nak. Ini jelas sekali menunjukkan, dia boleh jela struggle buat assignment. Cuma bila dengan aku, kelihatan sikap tidak mahu berusaha dia sedikit ,mungkin sebab aku akan provide everything kod.
Bab lain Nur memang baik, dari tolong belikan makanan, tolong uruskan bilik bila aku tengah sibuk dengan program. Tolong cop tempat duduk kat cafe cop kan mesin basuh. Cuma bila bab belajar dia macam tak membantu sangat. Aku ingat lagi ,masa final exam dulu. Study week kami lama sebab kami ambil subjects sikit je. Sepanjang study week tu jarang aku nampak dia belajar. Selalu dengan phone dia dan update twitter yang dia tak study lagi. Aku ada juga suruh study tapi dia kata nanti nanti sahaja. Aku baca buku awal awal sebab aku tahu tu killer subject dan aku baca awal supaya ada banyak masa untuk aku revise balik dari depan sampai habis subject tu.
Tapi, dua hari sebelum peperiksaan, Nur interrupted me so bad. Dia buka je buku duduk sebelah aku, tak cuba untuk faham sendiri dan terus menerus suruh aku terangkan. Bila aku mula baca topik lain dia pun buka topik tu, lepas tu mengeluh “Jauh gila kau dah pergi, hah explain ni pulak ,explain” walhal topik yang aku terangkan kat dia tadi dia tak habis baca pun lagi. Ya Allah kesabaran melanda jiwa dan sanubari dah masa ni. Aku pun baru nak faham topik tu dia dah desak desak, bila aku baca topik lain, dia suruh pula aku terangkan topik depan depan, kalau macam tu bila aku nak proceed to the next chapter ?.
Aku bagitahu jela aku pun tak habis belajar lagi, dia kata ” Aku rasa kau dah lama baca, jadi kau mesti dah banyak gila ilmu sekarang”. Aku malas nak layan, ada yang aku ajar ada yang aku suruh dia faham sendiri. Lagi sehari nak periksa suruh aku terangkan semua memang mustahil la, aku pun terkial kial lagi nak habiskan topik belakang. Aku tak tahan aku terus lepak bilik member lain, study dengan tenang. Tapi tak sampai hati, aku balik bilik balik dan terangkan mana sempat dekat si Nur kasih ni.
Aku sayang ya Nur kasih ni, dia baik dengan aku, tapi aku pentingkan juga pointer. Sem lepas aku rasa bebas, baru aku rasa sedar yang indahnya hidup bila tak attach dengan sesiapa. Aku boleh pilih partner sendiri, bila ada orang nak aku join group mereka, aku bebas pilih group aku nak. Tapi sekarang, pre reg untuk degree dah buka, Nur macam biasa nak sekelas dengan aku, dia berharap sangat sama kelas dengan aku. Aku rasa tak seronok dah, aku taknak ada perasaan orang bergantung harap dengan aku. Dalam masa yang sama aku rasa aku ni kawan yang jahat.
Bukan nak membantu kawan sendiri berjaya, fikir diri sendiri je. Aku je ke rasa macam ni? Aku ni tak ikhlas dalam berkawan ke? Aku rasa aku ni teruk sebab tak nak susah sama sama kawan.Aku tak tahu macam mana nak bagitahu dekat Nur apa aku rasa. Aku rasa serbasalah sangat. Aku kawan yang teruk ke ? Kesimpulannya, jika anda merasakan anda mempunyai ciri ciri atau kriteria seperti Nur kasih, berubah lah, ini kerana kemungkinan besar kawan anda juga mungkin akan meluahkan perasaannya di iium confession. Kasihanilah golongan tak sampai hati berterus terang depan depan seperti kami.
– sis serbasalah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit