Hi semua, Assalamualaikum..
Aku Farah, umur hujung 30-an. Sudah berkahwin, mempunyai anak 3, InshaAllah bakal dikurniakan anak ke-4 awal tahun depan.
Aku cuma nak meluahkan, biasa la bila mengandung ni emosi jadi turun naik.
Aku dengan family kecil aku Alhamdulillah bahagia cara kami. Mempunyai suami yang bertanggungjawab dan juga sebagai provider. Aku juga bekerja di sektor swasta. Tapi gaji tak lah banyak. Bersih dalam 3k sahaja.
Apa yang nak aku luahkan ni bukan lah pasal suami atau keluarga kecil aku, tapi family aku iaitu mak ayah aku. Aku anak sulung daripada 3 beradik.
Macam tajuk yang aku tulis… Sandwich generation.. Mak aku umur pertengahan 50an yang dulunya kerja kilang. Ada simpanan kwsp saja. Ayah aku pulak yang seorang yang cakap saja pung pang tapi habuk pun tak da.
Dari kami kecil kerja tak menentu, meniaga tak menjadi dan boleh dikatakan buat apa pun tak menjadi. Tapi kalau sembang, gajah pun boleh terbang. Kiranya dia pandai serba serbi, tapi hanya dari percakapan. Padahal habuk pun tak ada.
Rumah pun dari dulu menyewa, kadang2 tertunggak banyak bulan. Sekarang ni mak dengan ayah aku duduk rumah yang adik kedua aku beli. Aku bayarkan kereta dan duit belanja makan bulan2 mereka berdua. Adik aku yang bongsu bayarkan bil2 rumah tu.
Jadi, aku sebagai anak sulung, dan adik2 aku sama2 jadi penyumbang kepada kehidupan sisa2 usia mak ayah aku.
Yang aku sangat sedih dan jauh hati, aku ni duduk jauh dari family di Borneo. Jadi gaji aku memang separuh wajib diberikakan kepada mak ayah.
Kalau ikutkan gaji aku tak la banyak. Itu pun mak aku selalu ja cakap, jangan boros, kena menyimpan.
Masalahnya gaji aku kalau dah 500 bayar kereta mereka, 1000 duit belanja makan mereka tinggal berapa ja untuk aku nak bayar commitment ptptn, insurance aku.
Zaman sekarang berapa saja aku boleh menyimpan. Itu pun semua dah suami aku tanggung.
Aku ni manusia biasa, ada juga keinginan. Nak2 tengah mengandung, mesti la nak beli brg2 baby semua. Bukan aku tak menyimpan, tapi tak la boleh simpan banyak.
Aku tak pernah cerita dengan suami aku berapa aku habiskan untuk family, sebab aku tahu dia tak akan faham. Dia bukan lah dari keluarga yang macam aku, hanya bg duit bulanan sebab mak ayah ada pencen.
Selalu kalau balik kg pun faham2 la, nak plan bercuti mana2 kena la diam2. Kalau tak nanti mak aku akan meroyan kata tak ajak dia.
Nak ajak macam mana, dia jenis tak faham. Kalau nak pergi bercuti mesti la nak harapkan aku yang tanggung 100%, lepas tu ayat dia “kesian kak bayar sorang” tapi kesian saja la. Tak da pun nak share2 bayar makan ka.
Jadi kalau balik aku jadi serba salah nak p mana2 pun. Last2 tak pergi mana2 la, sebab takut tak ajak family nanti mak aku cakap tak ajak dia.
Macam dua bulan lepas aku balik, teringin nak ke negara jiran. Jadi aku pun ajak la adik2 aku, dan semestinya la kena bawa mak aku.
Aku ni kesian dengan dia, tukar duit 3,000 untuk makan saja sebab hotel dah aku book siap2, then bagi dia 1000 dengan harapan nanti makan boleh la sama2 bayar. Sampai ke balik dia simpan duit tu tak belanja.
Sampai ada kami makan 1 kedai ni aku cakap dengan dia. Mak belanja la pulak makan kali ni, kalau aku tau dia tak nak keluarkan duit, baik aku tak bagi duit belanja untuk dia.
Kalau pergi tempat2 shopping pun, apa yang dia nak tunggu aku juga bayar. Tak guna duit yang aku bagi dia tu.
Aku sekarang memang penat, bukan aku tak redha. Cuma nak jugak kadang2 macam orang lain, boleh pergi bercuti dengan keluarga kecil saja tanpa fikir apa mak ayah aku fikir. Penat sangat jadi anak sandwich generation ni.
Dan dia dari start aku bagitau aku preggy sampai nak masuk 9 bulan, tak da langsung tanya khabar aku. Yang dia tau tiap2 bulan mesti transfer duit belanja.
Dan bulan yang aku bawa dia ke negara jiran tu, masa nak balik suami aku ada hulurkan dia duit dalam 600 juga. Ayat suami aku, “nah untuk mak belanja”.
Lepas tu masa dah balik, suami aku tanya “dah service belum kereta mak ayah, tengok nak cukup dah mileage” lepas tu dia cakap “abg ada hulur duit belanja untuk mak, suruh guna duit tu la buat service kereta”.
Then aku pun lega sikit sebab kan dah habis banyak masa bawak dorang bercuti, tak perlu la aku korek duit simpanan nak bagi untuk service kereta.
Tapi mak aku balas masa aku bagitau yang husband aku suruh guna duit tu untuk servis kereta. “oh, abang cakap duit belanja mak, abang tak cakap pun suruh service kereta. Mak baru ingat nak beli emas la duit ni”. Aku terkilan sangat2, dia ingat aku ni cop duit ka.
Dah la masa aku nak beli kereta untuk dia dengan ayah aku tak nak kereta biasa. Nak Honda, dah bulan2 sapa nak bayar. Kadang2 aku ni jahat, rasa sampai bila aku nak kena tanggung mak ayah macam ni. Sumpah aku penat.
Kadang-kadang aku teringin nak macam orang lain. Balik kampung mak jamu kita dengan makanan yang best2. Tapi aku, mak aku buat tak tahu ja..
Kalau kami balik, masak pun tak. Pandai2 la kami beli sendiri, layan anak2 aku pun sehari dua ok la.. Lepas tu di marah nya anak2 aku kalau ada salah sikit. Padahal kami bukan selalu balik,
Dan mak aku ni jenis yang suka mengungkit. Ungkit jaga aku pantang dulu2.. Macam2 la..
Sekarang memang aku banyak diam saja, nak balik pun sekadar sehari dua saja, lepas tu aku ikut suami balik rumah mertua. Tak da apa aku nak bercerita dengan mak aku, last2 akan jadi sakit hati.
Aku berharap sangat hati aku lega bila dapat meluah di sini dan tak da simpan rasa sakit hati. Banyak sangat aku nak meluah dekat sini sebenarnya. Tapi cukup la aku nak korang tahu, penat sangat2 jadi aku ni.
Aku sangat2 berharap aku tak jadi mak yang macam mak aku bila tua nanti, tak nak menyusahkan anak2.
– Farah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kesian kat awk.., takpe la, anggap la itu sbg ‘bakti’ awk kpd ibubapa awk.. ustaz kta, xde nilai yg kita bole bayar jasa mk n ayh yg membawa kita lahir ke dunia ini, so selagi mereka ada, curahkan lah bakti kpd mereka.. berlainan pula dgn hidup aunty.. dah bersara, tp ank2 masih ‘bergantung’ kpd kita.., dah keje, tp mngkin gaji x besar, nk byr anauran kreta, byr ptptn, potongan asb dll. bil dia, last2 ujung bln dah xcukup dt, nk isi mnyak kreta, mkn, bule kta semua la dia nk mintak mk ‘support’.. letih la, kita tua2 nk relax2, kan.. tp asyik ‘bergaduh’ dgn ank2, ckit2 mintak dt.., ingat kita nk ‘cop duit’ ke..