Boleh Ke Macam Ni?

Salam all.. Aku tak tahu nak luah masalah ini kat mana. Masalah? Entahlah, tak tahu nak kata ini masalah sangat ke apa.

Nak tanya kawan-kawan dan saudara memang segan, so confess as anonymous kat sini dan minta pendapat tuan-tuan dan puan-puan semua.

Ok background aku serba sedikit, lelaki Melayu, umur awal 40-an, bujang terlajak.

Kerja swasta, monthly earned belasan tapi tak sampai kepala 2. Bukan nak eksyen ke apa tapi maybe info ini penting untuk anda faham my position sekarang.

Ok ceritanya, aku ada seorang kawan baik perempuan, namakan sebagai Zaiton, classmate zaman sekolah dulu. Kawan baik je, bukan bercinta.

Dia kahwin awal lepas sekolah dulu dan sekarang anak-anak dia pun dah masuk fasa dewasa. Aku pula tak kahwin-kahwin, tapi bukan aku g4y ke apa.

Pernah bercinta dulu tapi kena game dengan perempuan materialistik so lepas tu aku dah frust dan tertutup hati, aku nak fokus pada career dan reward diri sendiri dengan travel ke sana sini.

Ok berbalik pada Zaiton, sampai sekarang aku memang agak close dengan family dia.

Husband dia aku namakan sebagai Ali, pun jadi kawan aku, sama-sama join activity NGO. Kami agak aktif aktiviti seumpama ini.

Anak-anak mereka pula aku anggap macam anak-anak aku sendiri, mereka pun panggil aku ayah *** (nama aku).

Aku memang tengok mereka membesar depan mata aku hinggalah yang sulung (perempuan) dah habis belajar. Aku namakan dia sebagai Mel. Akulah yang tolong recommend dia kerja kat company aku bekerja.

To keep as professional, di tempat kerja dia kena address aku as Encik. So tak ada masalah apa lah.

Dipendekkan cerita dah hampir 2 tahun dia kerja, kami macam biasa agak rapat (tapi jangan risau batas tetap terpelihara).

Cuma si Mel ni sampai satu masa di tempat kerja address me as Encik but kat luar yang sebelum ni dia address me as ayah ***, dia mula tak nak panggilan tu.

Dia mulanya secara berseloroh request nak panggil abang je. Ingat dia gurau, rupa-rupanya betul-betul dia panggil abang. Tapi depan mak ayahnya dia tak panggil macam tu lah. Aku mula rasa lain.

Sampailah satu masa dia confess kat aku yang dia falls on me. Aku like, what? Aku anggap dia macam anak-anak saudara aku yang lain.

Tapi entahlah, since hati aku pun tak pernah terbuka nak beristeri lagi, aku fikir untuk cuba tune perasaan tu supaya aku boleh accept si Mel ni untuk jadi pasangan hidup.

Naluri aku kata ok je, ada teman, dan aku mampu. Tapi entahlah, boleh ke macam ni? Rasa macam unethical pun ada.

Lagipun jarak umur kami like 20++. Tak macam selfish ke aku kalau aku proceed hubungan ni? Macam mana aku nak hadap mak ayah dia. Fuhh susah betul.

Disclaimer : Confession ni aku alter the details about 20–30% untuk elak dapat dikesan. Tapi apa yang nak disampaikan still there.

Okay, I need pendapat kalian semua.. thanks.

– Nazim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Persoalannya awk nk dia ke x? Tolak la ethical kejadah dgn family budak tu, pangkat awk, gaji awk..lupakan semua tu..soalnya awk suka budak tu atau x..kalau suka onak Dan duri pon sanggup ditempuhi..tapi kalau x interested bagi free pon xmahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *