Terima kasih admin siarkan cerita saya. Saya rasa terpanggil untuk menjawab confession Puan Farah mengenai suaminya yang bertajuk Sekadar Luahan, (https://iiumc.com/sekadar-luahan-6/).
Saya Aleeya. Berumur sama dengan Puan Farah. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai point-point yang Puan Farah nyatakan.
1. Husband suka tukar-tukar kereta. Biarkan mereka. Itu sebenarnya permainan mereka. Macam kita yang perempuan juga, suka beli handbag, suka beli kasut dan sebagainya. Lelaki memang macam tu.
Awak kira beruntung dapat bawa kereta-kereta mewah dia. Ada lelaki langsung tak bagi wife bawak kereta mereka. Suami saya pun macam ni. Suka tukar-tukar kereta. Tapi saya lagi selesa pandu kereta saya sendiri.
Walaupun husband saya tak pernah melarang saya bawak kereta dia. Trust me, once he is tired with his toy, he will find another one.
Bapa mertua saya pun macam ni. Dah pencen, tapi masih lagi suka beli kereta. Kereta sports dua pintu pulak tu. Kemana sahaja dengan mak mertua saya. Biarkan mereka.
2. Tak tegas bab solat? Saya bercerita berdasarkan pengalaman sendiri. Masa awal-awal kahwin. Saya pun macam awak. Banyak tinggal solat. Husband saya tak pernah marah. Tapi lama-lama awak akan rasa sendiri untuk solat.
Untuk diri saya, saya sendiri terfikir, sampai bila saya tak nak solat bila keluar berjalan. Kalau pergi bercuti dengan family suami pun, saya tak solat. Semua orang tahu. Semua orang tak tegur.
Saya sendiri lama-lama jadi segan. Jadi saya mulakan solat bila keluar. Sehingga la sekarang. Saya dah tak tinggal solat dah.
Walaupun suami tak paksa. Tapi suami pernah cakap, dia selalu berdoa saya sentiasa jaga solat. Alhamdulillah, doanya makbul. Menangis saya bila suami cakap macam tu.
He consistently keeps me in his prayers. Jadi mungkin suami awak pun macam tu. Walaupun tak berkata, deep inside him, he always prays for you.
3. Untuk point kencing berdiri. Saya rasa awak kena tengok dari perspective seorang lelaki. Saya macam awak juga. Mula-mula tak suka dengan laki kencing berdiri. Dah kahwin pun saya pernah cakap dengan suami.
Tapi bila suami saya berbicara mengenai isu kencing berdiri. Saya terus tukar pendapat saya. Yang pertama, tak semua yang kencing berdiri tu pengotor.
Husband saya cakap, yang penting lepas kencing cuci la bebird betul-betul. Tak kira kencing macam mana pun. Kalau tak cuci bebird. Tu baru pengotor.
Husband saya bagitahu, tak semua lelaki concern pasal hal ini. Kadang-kadang, ada orang pancut kencing pun tak masuk betul-betul dalam bowl. Habis kena toilet seat. Jadi tak kan dia nak duduk dekat toilet seat tu? Kalau dah jirus pun, kita masa tak nampak percikan kencing orang.
Jadi sebenarnya lebih bersih untuk kencing berdiri bagi lelaki. Tapi husband saya cakap. Selalu dia kencing berdiri dekat urinal. Lagi bersih. Kita mungkin nampak dari context seorang perempuan. Sebab kita kencing duduk. Tapi untuk lelaki? Majority berdiri kan?
Anak saya pun saya ajar kencing berdiri. Saya suka kalau toilet perempuan yang ada urinal untuk budak-budak. Lagi senang untuk saya monitor anak saya kencing.
Itulah perkongsian saya mengenai perkara ini. Terima kasih.
– Aleeya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit