Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca IIUM Confession. Aku Fin, yang pasti bukan nama sebenar. Ini sedikit cerita berkenaan aku yang sangat susah untuk bertemu jodoh.
Tahun ni sudah menunjukkan yang umur aku sudah melangkau ke umur 30an. Aku mula mahu mencari pasangan masa umur pertengahan 20an.
Sampai sekarang aku berdoa selepas solat untuk tuhan temukan aku dengan jodoh. Tapi malangnya, tidak pernah bertemu. Apa masalah dengan diri aku pon aku tak tahu.
Kalau awak semua ada amalan yang boleh aku amalkan, tolonglah share. Aku dah penat sebenarnya.
Aku pernah install dating apps, tapi malangnya orang yang jumpa kat dating apps tu spesis yang tak berjenis.
Hari pertama mesej dah nak buat night call la, mintak buat suara manja2 lah. Gila ka apa diorang ni.
Tapi yang paling seram, dia nak ajak kiss bagai. Siyess, lepas daripada tu, aku dah hilang percaya dengan dating apps.
Then, aku pernah bagitau crush yang aku suka dia. Ada la dalam 2-3 orang macam tu. Tapi dalam waktu yang berlainan la. Waktu zaman sekolah, universiti, kerja. Semuanya reject weh.
Aku pernah la refleks diri sendiri. Mungkin aku tak putih gebu kot. Dan satu lagi sedikit pendiam. Sebab tu kena reject je memanjang.
Baru2 ni kan orang dok post dalam Thread berkenaan nak cari jodoh. Aku pon beranikan diri la post jugak.
Tapi weh, yang reply nak berkenalan dengan aku tu pon berapa kerat ja. Tu pon tak kekal lama. Banyak yang dah terlajak bujang dan tak bersedia nak kahwin pon. Mereka reply hanya nak test market kot. Entahlaa.
Orang kata, mungkin jodoh tak ada kat Malaysia. So aku penah la jejakkan kaki ke beberapa negara dan dengan harapan dapat jumpa dengan sesiapa. Berlanggar bahu then tertukar no phone. Cehh.. berangan. Namun, tak berhasil jugak.
Sungguh…aku dah penat. Tapi, bila tengok orang yang dah ada keluarga dan ada anak, aku rasa cemburu. Sebab aku tak akan dapat nikmat tu kalau tak jumpa pasangan.
Aku letakkan luahan dalam IIUM Confession ni supaya aku dapat luahkan apa yang terpendam dalam diri aku ni sebab bila orang luar tengok, aku nampak happy je.
Jangan kecam ye. Doakan aku kuat. Jika dah tertulis yang aku takkan ada pasangan, aku perlu terima seadanya. Tapi kalau ada tips lain untuk aku cari jodoh, bagitau ye.
Terima kasih.
– Fin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sisss, lebih kurang la kisah kita bab dating apps dengan confess dekat crush tu.. alahaiii faham sangat sis perasaan tu.. Mungkin Allah simpan yang terbaik untuk kita.