Nama samaran aku Melur. Berdasarkan Tajuk korang dah boleh tahu aku nak luahkan apa, ya aku nak luahkan kebuntuan aku sebagai isteri untuk selamatkan rumah tangga aku.
Aku Melur, Suami aku Sam (bukan nama sebenar), kami dah berkahwin 4 tahun. Tak dikurniakan lagi cahaya mata. Tapi kami bahagia sebelum ni. Sebelum ni… sebelum terjadi peristiwa hitam dalam perkahwinan kami. Okay, sini aku start satu per satu kisah kami.
Aku dan suami berkahwin atas dasar suka sama suka. Umur kami awal 30-an. Kami dah berkawan lama dan kami start bercinta semasa aku sedang bekerja selepas aku habis belajar.
Sebelum aku bercinta dengan suami aku, aku memang jaga diri aku, aku tak pernah bercinta dengan sesiapa pun lelaki atas bumi ni. Manakala suami aku pula memang karakter TAK melayan perempuan sebelum kami berkahwin. Aku terangkan sikit karakter kami untuk korang paham next story.
Aku anak perempuan yang berdikari, aku firm, aku tegas dan aku memang dilahirkan dan dibesarkan dalam mood survival. Aku kasar tapi aku lembut dengan Sam. Aku berdikari tapi aku juga berharap dekat Sam. Manakala Sam pula anak bongsu dalam family, dia boleh bawak diri tapi dia mmg dimanjakan oleh keluarga dia.
Btw Sam dari family yang normal (bukan broken macam aku). Segala apa dia buat dia akan discuss dengan mak ayah dia dulu. Which aku pandang that as a good thing before kami kahwin. Manakala aku jenis lenjan buat keputusan aku sendiri sebab aku memang terpaksa dan dibiasakan begitu. Both aku dan Sam bekerja dalam sektor swasta. Both have quite a good career.
4 tahun kahwin, kami bahagia. Sangat bahagia, dia akan layan aku dan aku pun akan layan setiap request dari dia. Aku memang manjakan dia,kalau dekat rumah hampir semua benda aku sediakan untuk dia. Kalau dia nak makan depan kat ruang tamu sambil main game pun, aku akan pastikan makanan sampai depan muka dia, air panas terhidang setiap hari.
Pendek cerita, makan pakai dia aku jaga. Sebab aku cakap tadi dia anak bongsu, dan dia memang suka dimanjakan. Even sampai sekarang dia tak pandai gosok baju sebab dia memang dimanjakan oleh mak ayah dan kakak abang dia. Tapi aku tak kisah sebab tu memang tanggungjawab aku, dan dia pun jenis melayan semua request aku. Semua nak kemana dia akan cuba sehabis baik untuk bawak aku.
Tetapi biasa lah kan, dalam masa 4 tahun kami berkahwin ni, ada juga badai melanda, ada juga kami bergaduh. Dari sekecik2 hal ke sebesar besar perkara. Macam aku cakap karakter aku, aku firm, aku loud person. Which bertentangan dengan Sam, Sam dia jenis diam dia jenis avoidant, kalau gaduh je mesti dia akan ignore aku for few days. Which aku sangat benci benda tu. Sangat benci.
Aku jenis marah tapi cepat sangat sejuk, like kalau gaduh 10 mins lepas, aku akan terus pergi dekat Sam minta maaf cium peluk dia. Tapi dia pulak anggap aku buat tu macam tak adil, sebab dia anggap how come aku boleh marah dan lepastu buat baik tanpa ada rasa apa2.
Tapi bagi aku, dah gaduh kan, aku minta maaf then settle lah. Even salah dia pun, kami gaduh tapi aku yang akan datang kat dia minta maaf. Walaupun dada rasa nak pecah tapi aku memang akan minta maaf jugak. Sebab Sam didik aku untuk isteri yang banyakkan kata maaf. Even sebelum tidur pun aku yang akan salam peluk Sam dan minta maaf seperti yang dia request.
Tapi sebaliknya pasal Sam, dia jenis avoidant. Dia akan senyap for few days kalau dia marah aku. Aku tak suka benda tu. Aku jenis tak suka di silent treatment. Tapi dia kerap buat kat aku benda tu. Even sebelum kami kahwin pun. Kalau gaduh je, dia akan silent treatment aku seminggu. Kadang seminggu lebih. Aku je banyak terhegeh ws dia, call dia. Tapi satu hapak dia takkan reply.
Maka aku menangislah seminggu dulu. Dan kadang aku memang pujuk dia dengan beli barang macam baju ke kasut ke topi ke, dan hantar kat dia. Bila aku buat macamtu baru Sam okay, maybe dia nampak effort aku. Ni sebelum kahwin lah, kalau semasa berkahwin, aku yang akan pujuk dia, peluk2 dia, make first move kalau dalam bilik. Semua aku buat untuk pastikan dia okay balik dengan aku.
Banyak kali je kami gaduh disebabkan ada satu habit Sam yang aku tak boleh nak cerita dekat sini. Dia keep on repeat that things over and over sampai aku rasa what for aku as isteri kau. Dan disebabkan habit dia tu, aku ada trust issue yang sangat teruk dan aku jadi marah tersangat tiap kali dia kantoi.
Like aku akan jadi mak lampir kalau kalau aku terjumpa apa habit Sam buat tu, level mak lampir aku kalau aku marah memang aku akan jadi macam orang mati anak, meraung menangis mengamok, aku akan meronta ronta kat Sam kalau Sam peluk aku,
Aku akan jerit depan muka Sam, tapi satu perkara yang aku boleh jamin, aku tak pernah maki Sam babi anjing sial tu, sebab Sam memang pantang kalau aku mencarut.
Ya dan aku juga selalu tuntut cerai dengan Sam sbb apa yg dia buat tu. Sbb aku tak boleh terima, rupanya dia mmg ada habit tu since sebelum kahwin lagi. Korang jangan assume bukan2 ya, cukuplah aku dan Sam yang tahu apa yang selalu kami gaduhkan.
Sam baik je, solat cukup, hormat orang tua, bertanggungjawab. Ya dia sangat bertanggungjawab, duit dia sangatlah tidak berkira. Dia jenis biar isteri makan dia tak makan pun takpa. Ha gittu. Tapi tak pernah lah tak makan hahaha.
Tapi, macam aku cakap, aku jenis cepat sejuk. Kalau gaduh sejam lepas, aku akan cool down balik dan akan peluk cium Sam balik. Ya tu kelemahan aku, aku tak boleh handle emosi aku. So kalau aku marah, aku akan meletop tapi kitaorang takkan gaduh berhari2 pun. Sbb aku yg akan datang kat dia balik.
Okay, sekarang masuk part lain. Sam ditakdirkan dapat kerja baru yang lagi bagus. Nice career growth, nice salary dan jawatan yang selayaknya untuk dia. Aku tumpang bangga dengan Sam sebab dia memang jenis hardworking punya orang.
Tapi.. semuanya bermula di sini. Hari yang ku sangka cerah rupanya mendung di tengah hari. Hahaha apa2 jelah perumpamaan dia. Masuk kerja sini Sam dikelilingi dengan budak2 20-an yang kebanyakannya belum berkahwin, yang takda komitmen dengan keluarga. yang bebas buat apa je diaorang nak tanpa minta izin sesiapa.
Sam mula terjebak dengan aktiviti2 wekeend budak2 tu. Ride lah, pergi lepak cari makan lah, pergi naik gunung lah, ada je aktiviti yang Sam akan usulkan dekat aku. Aku okay je, bagi je. Tapi aku takkan bagi kalau aku tahu ada perempuan lain yang ikut. Dan Sam tahu aku takkan bagi kalau ada perempuan lain.
So… start dari situ dia pandai menipu aku. Sam ni taknak malu orang panggil dia takut bini, so dia start menipu aku macam2 untuk keluar dengan kawan2 dia tu. Sampai lah terkantoi dengan aku dia ada keluar berdua dengan perempuan sial tu.
Okay masuk part perempuan sial tu, perempuan murah ni start usha Sam masa Sam masuk kerja lagi. Aku selalu tengok phone Sam, tapi conversation perempuan murah ni lain macam tau. Memang menggedik habis. Btw Aku perempuan aku tahu gerak geri seorang perempuan macam mana.
Dan disebabkan Sam tak nak aku gaduh dengan dia, Sam kerap delete chat dia dengan betina tu. Yes, walaupun chat pasal kerja tapi memang wujud unsur gedik dari perempuan murah tu.
Aku jadi bengang sebab Sam pun layan elok je, kalau perempuan sial tu cakap “haa lepasni kena belanja ni”, Sam pun reply je, mengiyakan nak belanja tu. Cam pundek. Hahah geram je aku. Alasan taknak ada isu dengan kawan kerja. Bila tang aku, ws kawan kerja lelaki kena balas ayat ringkas je macam “okay”, “noted” gitu je.
Aku pernah bergaduh dengan Sam sbb masa tu aku tersend dekat kawan kerja aku sticker lawak. Sam punya merajuk dengan aku berhari2 sbb sticker tu, bila tang dia, dia anggap reply permepuan tu normal pulak.
Bila kami gaduh benda2 kecik macamni, Sam mula jadikan benda ni alasan untuk dia escape dari aku, dia start keluar weekend tanpa aku. Tanpa tanya aku. Dia start berubah. Berubah sangat2. Dia cakap, dia keluar ke mana2 tak perlu izin aku pun, aku yang wajib minta izin dia. So apa boleh buat, senyap jelah berendam air mata.
Dia start kata bagi dia masa, dia nak sendiri. Dia abaikan aku, aku terasa sangat2 sebab sblm ni aku kata dia sangat bertanggungjawab kan, tapi kali ni lain. Aku pulak sebenarnya dah 2 kali Allah bagi mimpi yang Sam ada scandal dengan perempuan sial tu. Ya, aku ingat lagi mimpi tu.
Tapi disebabkan doa isteri yang dianiaya, aku mintak Allah tunjukkan semua, Allah bagi bukti semua kat aku yg memang Sam bercinta dengan betina sial tu. Teruk ya diaorang buat aku, macam aku pulak perempuan simpanan Sam. Tapi aku yakin memang tak sampai ke atas katil lagi hubungan tu.
Btw, semua kawan Sam maklum yang Sam sudah berkahwin, dan betina tu pun memang ada boyfriend jugak. So they are both ada pasangan masing2. Sam sanggup belikan perempuan tu macam2. Sanggup bawak pergi makan tempat jauh haha. aku? dia simpan dekat rumah peram aku sorang2 kat rumah.
Dannn Poofff… lepas tu semua nya jadi lain. Sekelip mata.. Allah tukar semua. Hebatnya kuasa Allah. Allahuakbar.
Aku skip part aku merana sbb aku sendiri akan sakit bila aku ingat balik. Cukuplah aku sampai refer doktor kat hosp psikatri sbb kan diaorang berdua. Too much things to handle at that time. Syukur Allah masih kuatkan iman aku. Syukur Allah masih panjangkan akal aku, kalau tak, aku yakin aku takkan menulis pun benda ni harini.
Semasa perangai Sam berubah tanpa aku tahu dia berskandal tu, sebenarnya kat mulut Sam dah start kata nak aku dengan dia buat hal masing2. Dan just jadi kawan je. Haha. Easy for him, katanya dia nak fikir diri dia sendiri. Katanya nak cari diri dia, dia tak tahan aku ‘kongkong’ dia. Tu alasan dia masa tu. Sebelum kantoi berskandal.
Kongkong? aku kongkong? kalau aku kongkong aku takkan bagi pun dia keluar dengan kawan2 dia. Malahan dia yg banyak kongkong aku, ya memang tanggungjawab dia untuk kena kongkong aku, aku nak keluar makan dengan ofismate lelaki memang tak pernah lah, sebab dia tak bagi. Tapi takpa aku follow je semua arahan dia sbb dia kata mmg tanggungjawab aku untuk dengar arahan dia.
Tapi tang dia, dia boleh buat sesuka hati sebab nak jaga air muka dia, taknak kena ejek dengan budak2 20-an tu. Dia banyak menipu aku, dan start to manipulate aku bila dia kantoi. Like aku ni salah sbb jumpa pasal dia menipu tu, aku tuduh2 dia.
Okay now benda dah jadi dah pun, damaged has been done. Masa Sam kantoi aku cakap Aku ready nak start over new, aku pun dah janji dengan Sam akan ubah perangai aku, maybe more cool lepas ni. Dan aku pun nak dia stop seeing that bitch. Aku anggap ni ujian rumah tangga. Dan we’re both agreed at that time. Tapi one day kantoi dia still contact dengan perempuan sial tu.
Dan tetiba dia pusing tang corner, dia nak proceed cerai, hahaha. Kau cakap je weh aku tak buat apa, merayu? Melutut? Beli hadiah? Layan dia? Pujuk dia? Jumpa ustaz? Jumpa doktor? Seeking for a professional help? Semuuaaaa aku dah buat.
I’ve spend thousands just to selamatkan perkahwinan aku. Tapi aku fight alone. Still dengan sampai hatinya dia, file kan cerai untuk aku. Ya.. Dia file cerai dekat aku. Dan sekarang aku dalam proses cerai dah dengan dia.
Even now im at my family house, satu khabar dari dia pun takda. Aku je keep ws dia, minta izin untuk keluar. Even semasa aku di rumah parents aku aku masih mengharapkan suami aku sendiri ambik aku, masih nak kan aku, masih nak kisahkan aku. Tapi tu sebenarnya fantasi aku je.
Aku bangun tahajud, almost everyday just untuk Allah makbulkan doa aku selamatkan perkahwinan aku. Tapi entah, makin tak nampak sinar. I was drown alone, aku kena terima semua. Perit, sakit, nak telan air liur pun aku rasa perit.
Entah lah, dari side dia memang berkeras nak bercerai. How could a man divorce his wife while selama ni aku follow apa semua dia nak. Family dia pun aku layan elok. Even lebih dari family aku sendiri.
Entah lah korang, aku masih nak fight for my marriage, but how? what can i do? dia nekad sangat. Adakah dia masih ada hubungan dengan perempuan tu?. Secebis dalam hati aku masih mengharap things will go back as normal. Macam 4 tahun kami bersama tu. Bahagia, penuh gelak tawa, penuh romantis, entah. Allah uji aku.
Allah uji aku dengan kekecewaan ni. Aku terima insyaAllah. Tapi boleh je kan aku nak fight for my marriage? Boleh je kan aku masih nak berharap sampai ke titisan akhir? Allah akan bagi pahala je kan kalau aku fight untuk pertahankan? Ke ni memang jawapan Allah untuk aku memang pergi dari dia?
Aku tak tahu.. aku buntu.. aku mintak jawapan dari Allah tapi aku tak jumpa lagi jawapan tu. Aku serahkan semua dekat Allah, tapi kan Allah cakap, selain kena doa, aku kena usaha. Apa lagi usaha yang korang rasa aku kena buat? Tolong aku. Aku sangat buntu.
Tarikh nak ke mahkamah pun dah nak dekat. Ajak ke kaunseling? suami aku takkan nak ikut pun, ajak ke ustaz? pun dia takkan nak pergi. Sebab aku dah pergi dah tanpa dia, sebab dia berkeras taknak.
Aku cakap aku nak balik duduk tidur dengan dia pun dia taknak weh, dia cakap lawyer dia cakap elakkan ada hubungan semasa dalam proses cerai.
Hmm entahla aku betul2 buntu. Korang boleh bagi idea ke macam mana aku patut buat sekarang ni? Selagi tak lafaz cerai selagi tu aku boleh berharap dan mencuba kan?
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pity you. You sounded like a good, educated, sensible woman or person. Any other man would be lucky to have you. Ujian sekarang kata atas suami you. For him to make the right decision which is to stay with you and for both of you to become better. Wish you all the best in life, no matter what happen after this. Have a good life. Lean to Allah and you’ll find the answer.