Tak Salah Kan Suka Kawan Sendiri?

Hi semua, kalau tengok tajuk tu ramai orang kecam aku.

Hi, aku Teratai. Ramai je yang kecam aku, especially kawan-kawan aku. “Eh takkan kau suka kawan sendiri, tiada taste la kau.” Tapi aku sedikit pun tak ambil kisah tentang semua itu, dan ini soal hati dan perasaan, kan?

Kami berdua sudah lama berkawan sejak dari tahun 2021 lagi sehingga sekarang. Dia Hisyam, seorang lelaki yang agak lembut dan soft bila bercakap dengan perempuan. Dia tak kasar macam lelaki lain.

Dahulu, aku paling tak suka orang shipkan aku dengan dia sebab dia kawan aku kot, sebab aku rapat dengan dia, dan perasaan itu hadir di saat kami dipisahkan oleh masa depan masing-masing.

Pada saat itulah perasaan kecil mula terdetik di hati. Kami satu kolej komuniti, cuma bezanya batch. Aku boleh rapat dengan dia sebab selalu cari dia ketika ada assignment yang susah-susah.

Dan pada tahun 2022, dia telah tamat pengajian dan berada di era intern dan alam pekerjaan, manakala aku masih menuntut ilmu di situ.

Rasa sunyi tu of course, sebab tiada seorang sosok kawan yang buat kau gelak hari-hari dan ceria ketika kau bad mood. Sumpah aku rindu. Tapi aku hanya pendam rindu itu seorang diri.

Dan pada tahun 2023, aku di era intern dan takdir Allah temukan kami semula pada tahun itu. Kami berdua satu tempat kerja. Dan of course aku terkejut bila nampak dia, dan jawatan dia bukan biasa-biasa.

Aku hanya diam dan tatap dengan pandangan kosong sahaja sebab dalam hati aku terdetik, “Mesti dia dah ada orang punya.”

Aku pendam perasaan aku. Nak kata happy tu, aku sangat happy bila ditemukan dengan dia balik, seolah dunia itu berpihak pada aku.

Tapi pada akhirnya aku yang terdiam bila dengar yang dia akan bakal bertunang. Ketika itu titik terendah ialah perasaan aku retak macam itu je.

Menyesal? Sudah tentunya sebab salah aku kot, tak sepatutnya aku suka kawan aku sendiri. Bila aku orang yang terakhir tahu, agak terkejut jugak, dengar pulak dari mulut orang lain, bukan mulut tuan badan sendiri.

Sejak dari aku mula-mula masuk lagi di tempat itu, dia mula jarakkan diri dia daripada aku dan dia tak seperti dahulu lagi.

Dahulu dia seorang yang soft dan berubah kepada seorang yang tegas dan bengis. Sumpah aku tak kenal Hisyam yang dahulu, yang aku gelak-gelak bersama sambil bercerita tentang each other.

Sekarang aku jadi tak selesa tapi kena tetap profesional. Ketika perasaan sedang hangat membara di hati, dan ketika itu juga retaknya semuanya.

Lepas balik daripada kerja, aku jumpa kawan baik aku dan meluah segalanya. Ayat yang paling deep sampai sekarang aku ingat adalah,

“Mung sepatutnya daripada awal bagitahu dia yang mung ada perasaan dekat dia, bukan pendam sorang-sorang pastu bila dia dah berpunya mulalah broken.”

“Silap mung, tak sepatutnya mung suka dia sebab dia hanya kawan mung.”

Salah aku ke?

Hubungan aku dengan Hisyam hanya tamat dekat di tempat belajar dan rupanya dahulu adalah kali yang terakhir aku gelak dengan dia sebelum dia habis belajar. Kalaulah aku tahu benda itu bakal terjadi, dari dulu lagi aku create memori banyak-banyak.

Bila hari pertunangan dia berlangsung, aku langsung tak ambil kisah, tak peduli dan aku hanya jalankan kerja aku seperti biasa tanpa dia.

Ada benda yang paling sakit, nak tahu apa? Pertunangan dia itu hanya palsu dan yang bertunang itu kakak dia dan bukan dia.

Aku dapat tahu pun dari mulut dia, tapi aku curi-curi dengar. Waktu aku dengar, aku hanya mampu tahan sebak. Rasa nak menangis tapi kena tahan sebab dekat tempat kerja.

Aku cuba untuk kuat dan jalankan amanah aku sebagai pekerja. Sejak daripada itu, dia mula dekatkan diri dia dengan aku, tapi tidak pada aku. Aku start jauhkan diri aku dengan dia walaupun dalam hati aku, aku nak sangat dengar suara dia yang comel tu.

Dia ada mencari peluang untuk duduk berdua dengan aku tapi aku tidak sesekali bagi chance. Kalau nak kata terluka? Memang sangat.

Apa motif dia tipu aku, tipu gambar? Kalau nak suruh aku jujur boleh je aku jujur, tapi kenapa perlu tipu dan permainkan perasaan aku?

Dan pada tanggal 20 November 2023 juga, aku meletakkan jawatan aku sebagai pembantu pastri chef di sebuah kilang roti dan masa itu gaji aku mencecah RM3K.

Nak kata sayang tu of course, sebab gaji tengah mahal. Tapi aku tak sanggup nak hadap. Tak sanggup nak tengok dia.

Aku meletakkan jawatan tanpa siapa tahu dan hanya bos aku sahaja yang tahu. Dan dia adalah orang yang terakhir tahu tentang berita itu dan dia datang tanya kepada aku, “Why?”

Aku hanya diam dan pandang dia dengan tatapan kosong dan senyum, “Terima kasih.” Ayat terakhir yang terlontar di bibir aku sebelum aku balik,

“Terima kasih pernah hadir dan buat aku selesa dengan kau. Semoga kau ditemukan dengan perempuan yang kau inginkan.”

Dan dia terkejut, dan dia kembali bertanya, “Kau suka aku?”

Dan aku hanya menjawab dengan nada yang sinis, “Dah terlambat. Aku telahpun kuburkan perasaan itu. Kalau kita ditakdirkan, semoga Tuhan satukan kita. Semoga sentiasa bahagia, Hisyam.”

Aku menarik beg lalu mencapai kunci kereta dan balik. Sambil drive aku memikirkan, kenapa aku boleh suka dia sedangkan dia tiada sedikit pun perasaan dekat aku. Betul apa yang kawan aku cakap, “Jangan buta disebabkan kau cintakan lelaki itu.”

Dan orang yang kita suka tak semua milik kita dan aku sedar diri. Mengenal Hisyam, banyak aku belajar. Perkenalan yang singkat tetapi sangat bermakna untuk aku. Tuhan tahu siapa dia di hati aku.

Dan perasaan itu masih lagi di dalam hati aku. Aku gagal untuk melupakan dia. Nama dia, wajah dia, tingkah laku dia masih berlegar di ingatan.

Ya Allah! Aku buntu. Nombor dia tak pernah aku block dan aku rasa dia masih je tengok story aku. Lantak dia lah. Sekarang aku meneruskan hidup aku, walaupun perasaan masih sama. Salahkah aku suka kawan aku sendiri?

Dan aku percaya, kalau dia untuk aku, semoga Tuhan satukan kami. Aku rindu dia, sangat. Aku tak minta banyak, dengan siapapun dia lepas ni, semoga dia sentiasa bahagia dunia dan akhirat.

Kalau dia baca ini, satu je aku nak cakap — terima kasih pernah hadir, pernah ada ketika aku memerlukan, tapi itu semua dahulu. Semoga dia sentiasa sihat dalam jagaan Allah.

Kini aku masih meneruskan pengajian aku di peringkat degree, Alhamdulillah. Masih dalam fasa melepaskan sesuatu yang bukan milik kita. Allah tak pernah tidur dan sentiasa mendengar doa hamba-Nya.

“Ya Allah, satukan dia jika dia takdir terakhir aku.”

Haruskah aku melepaskan atau pertahankan? Dan haruskah aku menyerah ataupun berharap?

Dan jawapan hati aku adalah — melepaskan.

Ya Allah, aku tutup pintu hati aku dengan sekerasnya dengan surah Al-Fatihah, dan tiba masanya Kau buka dan lembutkan hati aku untuk menerima orang baharu dalam hidup ini. Semoga yang terbaik buat kita berdua, Hisyam. Sentiasa sihat.

Terima kasih tak tertinggal pernah jadi kawan aku dahulu, bantu aku, kacau aku, faham aku. Tak pelik nanti kalau kita jadi stranger. Aku nak mung tahu, aku sayang mu sebagai seorang sahabat. Terima kasih, sahabat.

Akhir dari cerita aku, aku tak pernah salahkan diri aku sebab suka kawan sendiri. Dan kalau benda ini boleh diundurkan, aku tak nak ada apa-apa perasaan selain persahabatan.

Semoga cerita ini dapat pengajaran buat luar sana, kerana daripada kawan juga boleh jadi stranger.

Terima kasih pernah hadir. Semoga sentiasa bahagia, Hisyam!

– Teratai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Ntah apa2. Mu nok ko toksey? Complicated nau idup kau nyah. Matang la sikit. Gaji dah banyak 3k, tapi perangai cam budak2. Terus terang kan senang. Bukan orang lain, kawan sendiri, mesti ko dah tau hati budi dia. Klau dia nak mesra balik apasal ko nak menjauh kalau dalam hati ko memang ada dia. Dok pehe aku ore tino gini. Baso gong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *