Assalamualaikum and hi IIUM Confession readers,
Nak minta pendapat dari yang membaca luahan ni.
Elly here and now I’m 26 years old. I’m still single and dalam usaha nak mencari pasangan. My parents tak ada bunyi lagi tapi bila bersembang with friends or relatives jauh, ada la hint hint tu.
One day ni waktu scroll social media terjumpa la someone punya account. Actually, I knew his brother tapi kenal gitu je la sebab senior dekat sekolah.
He’s a religious man while saya masih dalam fasa memperbaiki diri lagi. Ilmu agama dia kalau nak dibandingkan dengan saya memang jauh la sebab dia belajar di tanah Arab sana.
Saya belajar ilmu agama sampai tingkatan 5 sahaja then sambung belajar ke bidang lain. Cuma sekarang saya dalam usaha nak tingkatkan ilmu agama saya.
Nak dijadikan cerita, kami ditakdirkan untuk bersemuka kerana dia adalah pengajar di salah satu kelas agama yang saya daftar. Tapi bukan one-to-one punya kelas.
Dalam kelas tu sangat ramai, almost 80 orang. Jadi, mana mungkin dia perasan atau ingat each one of us tambah lagi bila nampak mata sahaja. Lagi la possibility tu rendah, kan?
Yang dia paling kenal pun tuan rumah la sebab berurusan untuk jadual kelas tersebut. And bear in mind yang dia tak tahu dan tak kisah pun kewujudan saya ni
This guy selalu bagi kuliah lepas maghrib and yang hadir mostly makcik atau pakcik yang dah berumur.
Jadi satu hari ni ada seorang makcik bertanya status dia. Dia jawab masih bujang dan untuk masa sekarang dia belum mencari dengan serious. Cuma kalau ada, dia terbuka untuk berta’aruf.
Untuk pengetahuan, saya baru tahu yang ayah dia dan ayah saya adalah kenalan lama tapi sekarang both of them dah lost contact for years.
Saya berkenan sangat dengan lelaki ni tapi saya tak tahu macam mana nak bagitahu my parents nak minta jadi medium untuk kami berta’aruf.
Saya bukan seorang yang suka bercerita with my parents so if nak cakap direct, agak malu.
Also, it’s not proper, tak manis dan agak nampak kurang beradab kalau saya terus DM dia dekat social media jadi saya perlukan orang tengah untuk kami berta’aruf.
So, if IIUMC readers ada recommendation boleh comment, nanti saya baca.
Thank you in advance untuk admin yang sudi share and readers yang comment.
Semoga Allah permudahkan urusan kalian, Allahumma Amin..
– Elly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit