Hi semua. Aku berusia 30-an dan baru lepas menangis selepas tengok tiktok yang tunjuk seorang anak terjumpa satu fail penuh dengan lukisan dia dan adik-beradik yang lain sejak kecil disimpan oleh mak dan ayah.
Teringat dulu mama selalu luang masa melukis dengan aku. Mama bukan orang yang banyak bercakap dulu, walau sibuk mama sentiasa ada.
Mama pernah lukis bermula dengan orang lidi dengan perempuan berambut kerinting dan pakai skirt, lelaki rambut pendek dan berseluar pendek. Makin lama makin upgrade.
Aku diajar guna water colour. Paling advance mama ajar gunakan bahan khas atas kertas kemudian tulis dan lukis di atas kain tshirt. Lepas tu pakai tshirt tu. Bangga rasa waktu tu.
Aku enjoy semua masa mama luang dengan aku. Walau tak banyak duit mama tetap belikan bahan lukis dan hantar ke kelas melukis. Hantar juga ke pertandingan-pertandingan seni.
Bukan setakat tu, makanan pun bila ingat semula sentiasa mak sediakan. Bila ingat balik mama jarang makan sekali- selalu mama buatkan jemput-jemput, hatta telur mata letak kicap pun sangat sedap mak buat. Bila minta berkali-kali mak tetap buatkan.
Hidup mama selalu di dapur kalau di rumah. Kalau tak di dapur, dudu teman pastikan kami siap kerja sekolah. Selalu mama ajarkan buat kerja sekolah, sentiasa duduk temankan buat kerja sekolah sampai siap.
Waktu hari lahir happy sangat mama beriya sangat masak-masak jemput kawan setaman. Mak akan design baju cantik hantar tukang jahit.
Happy bila ingat semua kenangan tu tapi tiba-tiba banjir. Bila dah dewasa, dah tua ni baru faham betapa hebatnya mak mampu luang masa, tenaga dan wang ringgit walau mama struggle waktu tu.
Semua perbelanjaan kami adik beradik mama tanggung. Hantar pergi balik sekolah, kelas tambahan, koku, kelas, pertandingan, sebarang program sekolah, mengaji, hospital- semua urusan anak, diri sendiri malah urusan bil-bil atau tanggungjawab isi rumah mama tanggung sendiri.
Tapi mama tetap senyum sabar luang masa dengan anak-anak walau mama sendiri tak dapat semua kasih sayang tu dari yang sepatutnya. Mama pernah buat gam buat sendiri guna tepung. Betapa strugglenya waktu tu.
Pernah tanya mama, kenapa dulu mama rajin hantar kami masuk macam-macam kelas. Ingatkan mama nak jawab sebab dia minat tapi jawapan mama “sebab mama nak anak-anak mama rasa happy macam anak-anak keluarga lain so mama support join macam-macam aktiviti.”
Sorry mama sekarang anak mama ni kerja jauh dari mama. Selalu sibuk dengan kerja tak mampu luang masa sebanyak mana mama dulu luang masa dengan kami. Banyak sangat pengorbanan mama.
Hari ni aku rasa nak try macam-macam benda best- tiap kali cuti akan happykan mama dan keluarga semampunya, bawa jalan-jalan dan try semua tempat makan baru,
Bukan sebab waktu kecik dulu tak dapat, tapi sebab dapat semua dengan mama dulu dan rasa sangat bersyukur. Walau susah tapi rasa bahagia sangat dengan jadi anak mama.
Moga ada rezeki bawa mama ke Mekah Madinah lagi. Moga dikurniakan rezeki melimpah ruah siapkan rumah cantik-cantik untuk mama stay dekat. Moga Allah beri kesihatan baik buat mama untuk anak mama ni happy kan mama.
Moga Allah balas segala susah payah mama dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat. I love you Mama. You are the bestest mom in this whole wide world
P/s: To single or struggled parent, masa depan dan kebahagiaan anak-anak di tangan anda. Penat dan susah tapi stay strong supaya anak-anak tak terabai emosi dan fizikal.
Moga dipermudahkan dalam menunaikan amanah menjaga anak-anak. You can do this. Jangan jadi selfish memberontak sampai memberi kesan kepada anak-anak.
– Kak Long Anak Kesayangan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit