From Tinder to Kekanda

Hai, assalamualaikum. Meriah ye IIUM Confessions pasal online portal cari jodoh. Aku ni kira berpengalaman lah pasal portal cari jodoh ni. BaitulJannah, Baitul Muslim semua dah rasa.

Dalam 3 tahun lepas, aku mula bekerja selepas 7 tahun di universiti. Struggle nak cari kerja, bila start kerja dah tua, adik-adik yang lagi muda pun dah kahwin, ada baby. Aku ada la terasa sunyi sikit. Mula-mula okay, pastu nampak gambar ex kahwin terus trigger dan daftar Baitul Muslim.

Kat situ kalau kita suka kat someone, kita boleh “kirim salam”. Kalau salam berjawab baru boleh chat, tapi nak reply chat kena jadi ahli premium, kena bayar. Aku ambil pakej setahun. Tapi kebanyakan lelaki kat situ bukan taste aku sebab ramai macam budak nerd-nerd, sedangkan aku ni seorang yang kasar dan suka aktiviti lasak.

After a while, aku jumpa la seorang lelaki yang kerjanya bagus, bekerja dengan satu company gergasi di Malaysia, muka pulak macam sorang pelakon Melayu yang memang aku suka. Pastu hobinya pergi ke gym, badan pun sado. Sis pun wah wah wahhh tergoda hahaha, maafkan saya, time ni tengah excited lagi dah lama single hahahaha.

Tapi dia ni busy sangat-sangat, selalu outstation lawat janakuasa dalam hutan. Dah kenal 2-3 bulan tapi jarang-jarang chat. Kami pun arrange for dinner.

Dia sampai lambat gila pastu cover macho kaw-kaw, dengan pakaian selekehnya, rambut tak sikat. Dah la time bercakap macam dia sorang je bagus, siap rendahkan pekerjaan aku lagi. Pastu mula buka cerita politik on a first date. Masa tu aku tak sabar nak balik je. Lepas tu tak contact dah. Pastu aku trauma dengan Baitul Muslim.

Lalu aku pun berhijrah ke BaitulJannah pulak. Kena bayar lagi kalau nak jadi premium member, baru boleh chat. Kat situ ada berkenalan dengan seorang duda yang sangat berbudi bahasa.

Lama kami chat berdua, pastu dia cakap nak kena masakkan untuk anak dia. Sampai ke hari ni dia masih tak stop masak untuk anak dia. Pelik juga, masak apa bertahun-tahun lamanya.

Lepas gagal dengan portal-portal ni, aku pun give up la mencari jodoh secara online. Tunggu je lah jodoh datang bergolek. Bazir je duit aku.

Pastu aku pun ubah strategi mencari jodoh aku. Aku pergi la Maybank2u, create goal untuk simpanan wedding aku dan asingkan sikit duit gaji untuk majlis kahwin dengan jodoh yang entah siapa-siapa.

Aku set for end of the goal which is majlis kahwin aku tahun 2020. Aku siap canang-canang (secara bergurau) kat orang sekeliling aku cakap aku nak kahwin 2020.

Pastu aku list down ciri-ciri lelaki yang aku nak kat sekeping kertas. Aku keluarkan kertas tu, baca setiap kali aku berdoa lepas solat. Aku betul-betul malas dah nak cari, nak tunggu je sekarang ni. Aku pun isi la masa-masa lapang aku dengan belajar memasak, cuba resepi-resepi baru.

Kemudian, pada satu hari aku pergi wedding kawan aku sorang-sorang dengan tenangnya. Pastu kat situ kawan-kawan aku yang lain semua bawa partner. Ramai sangat tanya bila giliran aku. Aku stress tau. Balik tu sedih.

Tengah-tengah sedih, tetiba tersign in Tinder eh. Pastu kat Tinder, wow wow, ramainya gayboy, lelaki tak pakai baju tayang body. Sis takod. Ada yang first message time chat terus ask for sex. Takodd ㅠㅠ Aku pakai tudung kot.

Pastu ada la sorang mamat ni, ada janggut macam taste aku, kerja pun macam okay. Aku nak KIV dia. Ada butang star kat situ, sejenis aku ni tak suka baca tutorial, terus hentam keromo je.

Aku ingatkan butang star tu macam butang star kat WhatsApp — kalau kita starkan orang tu, nanti kita boleh view dia later. Rupanya aku silap, butang star tu untuk super like hahaha.

Pastu mamat tu pun hantar la chat, aku reply la chat tu. Mamat tu awkward gila, aku pun jadi awkward tapi kami teruskan chat. Mamat ni macam malu-malu tapi jujur sangat.

Aku pun mulakan misi siasatan aku kat laman-laman sosial dan dengan bantuan Mr. Google. Pastu jumpa la LinkedIn dia. Rupanya budak sekolah agama dengan top student. Kaji punya kaji, rupanya dia ni tak biasa sangat dengan perempuan, tak pernah ada makwe. Sebab tu dia malu-malu.

Aku macam dah start tersuka tapi aku was-was dengan Tinder ni. Aku pun mula lagi satu “paper siasatan”, kaji Facebook dia kaw-kaw sampai post zaman dia sekolah.

Lepas 3 bulan kenal, kami arrange for dinner. Tapi sebab aku was-was dengan Tinder ni, aku arrange dinner kat tempat ramai orang, yang aku boleh drive sendiri ke situ, yang aku boleh parking jauh (supaya dia tak nampak kereta aku, kot-kot dia ni stalker ke).

Masa jumpa tu aku dah sampai tempat dinner pastu aku macam takut. Aku start kereta nak balik semula rumah, pastu dia hantar WhatsApp cakap dia tunggu aku. Aku dilema nak balik ke nak masuk restoran tu. Aku pun decide untuk masuk.

Dia tunggu luar restoran, pakai baju kerja. Dalam hati aku, “malam-malam pun smart lagi.” Nampak je aku, terus dia senyum — mak aih, senyuman manis gila, sis insert heart eyes emoji. Dia tanya nama aku — mak aih, suara lembut, soft spoken insert heart eyes emoji.

Aku nervous teruk sampai langgar meja, sakit gila kaki aku tapi terpaksa cover ayu. Hampir terkeluar suara jantan punya kuat aku langgar meja tu.

Aku pun mula berkenalan dengan lebih serius dengan dia. Lepas jumpa 2-3 kali, aku jumpa pulak family dia — bukan mak ayah je, adik-adik dia semua dia angkut sekali. Lama-lama aku perasan, apa yang aku tulis dekat sekeping kertas yang aku baca setiap kali lepas solat tu, dia ada 90% dari ciri-ciri yang aku nak.

Allah mungkin tengah makbulkan doa aku. Yang 10% tu tak makbul tu mungkin bukan yang terbaik untuk aku. Mungkin Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

Fast forward to the future, eh tetiba dah bertahun pastu tetiba dah counting days to our wedding dengan mamat Tinder ni. Makbul pulak doa aku nak kahwin tahun 2020.

Alhamdulillah, duit hasil goal aku kat Maybank2u tu pun dah banyak. Allah dah bukakan jalan aku untuk berjumpa dengan jodoh aku. Mungkin sebelum ni aku tak bersedia dari segi kewangan dan persiapan untuk rumahtangga. Allah temukan kami bila kami berdua dah sedia.

Apapun, doakan kebahagiaan kami. Nervous yakmat ni.

Nasihat aku: Kalau nak guna laman web cari jodoh ni, gunakan dengan bijak dan waras. Make sure tanya latar belakang dia habis-habis, kaji social media dia dulu, tengok dia ada post pasal family dia tak. Kalau rasa orang tu pelik, just walk away. Jangan takut — kalau itu jodoh awak, if it is love, it will come back.

First time jumpa, arrange for a short meet-up over a meal dekat tempat yang ramai orang. Pergi sendiri, jangan minta dia pick up, jangan pick up dia. Balik awal. Jangan disclose any personal information sampai dah betul-betul pasti. Jangan bagi pinjam duit/barang. Split bill, unless dia offer to pay.

Please tell at least sorang family member/close friend before pergi jumpa. Tinggalkan contact number, letak je atas meja dalam bilik.

Be nice and wise. Jaga maruah diri.

– Dinda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *