I used to love writes when i was small. Tapi bila lama kelamaan, hari berganti hari bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, pena dan kertas putih berganti skrin keras.
Aku jadi lupa untuk menulis. Menulis pernah menjadi salah satu “escape plan” aku untuk melepaskan beban yang aku rasa sungguh besar untuk ditanggung oleh jiwa kecil.
Aku tak rasa aku layak untuk merungut pada hari ini setelah bergelar seorang ibu. Tapi aku masih lagi membawa jiwa kecil yang dahulunya menahan rasa dan kata yang tak terluah.
Luahan ini aku sampaikan bukan untuk membuka mana-mana ruang untuk dicela atau dicanang oleh sesiapa, tapi sekadar melepaskan lelah setelah lama tak dilepaskan.
Aku lahir dalam keluarga yang cukup “sempurna” untuk mata zahir tetapi tidak untuk hati seorang anak perempuan tunggal dalam keluarga. Middle child.
Aku jelaskan terlebih dahulu, hidup aku tidaklah menyedihkan kalau nak dibandingkan dengan keluarga lain.
Aku gembira, dulu aku takut untuk bercerita pada orang sebab aku takut orang akan menghakimi aku dengan tahap kesedihan aku ni cuba senipis kulit bawang sahaja, tidak la sampai sedih teramat sangat-sangat kalau dibandingkan dengan orang lain.
“At least kau tak la kena itu, kena ini…”
“Kau okay lagi, lainla macam si… dia lagi teruk sampaikan…”
Aku tak suka ayat ni sebab itu aku selalu pendam hal macam ni. Cukup sekadar aku luahkan dengan pena dan kertas pada waktu malam.
Bila dengar anak tunggal perempuan pasti ada difikiran “mesti kesayangan ni.” “Ni mesti back up besar ni…” Kalau aku dapat respond macam ni aku cukup sekadar aku senyum. Setuju tidak, bangkang pun tidak. Pada waktu itu, jiwa kecil membuak-buak untuk menghentam keliling, rasa seperti aku di layan tidak adil, kenapa aku tak rasa seperti yang orang katakan?
Kenapa aku rasa aku dianak tirikan? Kenapa aku rasa keluarga aku berat sebelah pada aku? Aku kan seorang je anak perempuan mereka, kenapa aku tak ditatang macam minyak yang penuh? Kenapa Mak mesti buat macam tu? Kenapa Mak mesti keluarkan ayat yang tinggal kesan pada jiwa aku? Aku kan masih kecil lagi, kenapa?!! At least biarlah hati kecil ini rasa adil.
Ada beberapa memori yang betul-betul melekat dalam core brain aku. Memori yang hanya aku akan ingat sendiri walaupun bukan lagi rahsia pada mak. Sebab memori ini pahit bagi aku tapi hanya “alasan” bagi Mak. Aku sayang keluarga. Terutama sekali Mak.
Sumpah demi Allah, Mak adalah ibu yang teragung untuk aku. Cuma kita sedia tahu yang tiada satu jiwa pun yang sempurna. Itu termasuk la Mak. Seawal waktu aku mula menyimpan memori, yang pahit itu paling lama aku pegang berbanding manis. Trauma pada anak kecil benar wujud wahai Ibu Bapa sekalian.
Peringatan untuk aku juga sebab sebagai ibu aku berjanji untuk buat 3 perkara sentiasa dengan anak-anak,
1)- Minta Maaf jika salah
2)- Berterima Kasih walau hal kecil
3)- Sentiasa say “I love you”
Sebab tiga hal di atas tak pernah ada dalam keluarga aku terutama sepanjang aku membesar. Mungkin Mak dan Ayah dah didik, cuma kami tak amalkan sepanjang membesar. Mungkin la.
Aku ingat lagi, setiap kali special date ; hari jadi hari ibu atau bapa, aku akan buat kad dan tampal pada dinding. Bilik aku sendiri. Dengan harapan parents aku akan perasan. And they do. Jarang untuk aku beri face to face sebab terasa janggal. Kata terima kasih dan ber I love you nak keluar dari mulut lagi lah asing terasa.
Aku dan sulung tak pernah ngam sejak dari kecil. Ada gambar waktu aku bayi, didakap sulung tapi memori mati takat disitu saja. Tiada bonding lain selain dari makan tak semeja, duduk tak seruang, borak tak berbalas. Pendek kata macam orang asing. Untuk jiwa keras seperti aku, jika kata sayang pada sulung, tiada. Untuk apa?
Aku sebagai adik tidak rasa kasih sayang tu, tapi berbeza dengan Mak. Pada aku Mak lebihkan yang lain berbanding aku. Dengan alasan dia dulu lagi teruk dilayan oleh nenek. Nak dicomparekan dengan aku, layanan dia jauh lagi baik berbanding nenek pada mak. Jadi aku tiada hak untuk rasa kurang atau tak adil. Tapi aku anak kecil perempuan pula tu, jadi rasa berat sebelah tu memang membuak-buak rasa dalam hati.
Untuk pengetahuan, aku juga bukan la anak yang baik. Aku bukanlah anak yang sempurna sehinggakan tiada satu perkataan pun yg keluar dari mulut aku ni tidak menyakitkan hati Mak dan ayah. Ada. Pastinya ada sebab aku tahu sempurna tu memang tak wujud.
Tapi untuk aku luahkan perkara ni pada Mak adalah satu perkara yang sukar, sebab untuk sampai pada point sebenar, air mata aku jatuh dulu. Aku terlalu sedih. Usia 7-12 tahun sukar untuk aku melihat dari mata orang dewasa. Yang aku tahu kenapa aku seorang saja yang perlu duduk di ruang tamu sedangkan mak dan adik beradik lain berada dalam bilik bercerita bergurau ketawa bersama?
Di sebabkan aku tak boleh seruang dengan si sulung, Telinga aku sentiasa terngiang “bilik aku jangan masuk” ayat tu buat kaki aku berhenti dari melangkah, mata aku pandang Mak yang sedang duduk atas sejadah, mengharapkan untuk “dibela” tapi hanya diam yang aku dapat.
Sejak dari itu, waktu manghrib dan isyak adalah waktu aku untuk berkurung dalam bilik. Pernah tak kau rasa sedihnya moment tu sampai kau rewind moment-moment sedih dalam fikiran kau tiap malam sambil menangis semata untuk kau tidur?
Aku buat tu saban malam sepanjang waktu kecil aku. Aku akan baring sambil teringat yang abang aku sisihkan aku waktu kecil tanpa aku tahu sebab apa, aku teringat yang aku akan duduk di antara celah-celah kerusi sambil tengok abang-abang aku buka hampers (Mak Ayah gomen, setiap kali any perayaan akan dapat hampers),
Hati ni membuak-buak ni nak join hype sekali buka hampers, tapi tak boleh sebab si sulung “allergic” dengan aku, aku teringat yang aku nak join tengok tv dalam bilik Mak sebab konon adik beradik lain nak tgk cerita best, tapi dua di atas katil, tapi aku dibawah sebab tak boleh sekali. Nampak remehkan? Tapi waktu tu aku kecil, sedih yang aku rasa tu pedih sampaikan aku boleh tidur dengan airmata.
Waktu kecil memang aku simpan persoalan dalam hati ; mungkin aku anak angkat atau anak yang tak diingini Keluarga. Mak sangat tegas dengan aku. Banyak pantang larang untuk aku berbanding yang lain.
Tak boleh gembira sangat, nanti mesti menangsi. Memang berlaku. Ada saja yang akan buat aku rasa useless sangat waktu dulu. Aku tak boleh tak tolong mak masak. Aku wajib tolong, kalau tak akan ada ayat “Makan nak, tolong malas” . Aku tak tolong memang sebab aku malas.
Waktu tu aku jadi marah kenapa aku je nak kena tolong? Kenapa aku je yang nak kena di dapur, kenapa yang lain boleh makan sesuka tapi aku aje kena tolong masak? Aku pun nak duduk dalam bilik buat benda aku suka, buang masa, kenapa yang lain boleh? Kenapa tidak aku? Sebab aku perempuan je ke? Aku sorang je yang tak boleh makan sebab tak menolong? Yang lain kenapa boleh makan?
Faham tak macam mana seorang budak boleh ada thought yang macam tu kalau bukan wujudnya rasa tak adil dalam hidup dia.
Semuanya buat aku teringat betapa sedihnya hati aku pada usia 5tahun saat Mak mencuim dahi Angah sewaktu tidur. Tapi tidak aku.
Hati aku riang macam budak bodoh yang menanti untuk dicium oleh Mak, sambil mata tutup berpura-pura tidur menanti untuk Mak ke arah aku pula, tapi Mak terus keluar bilik. Aku? Kenapa Mak tak cium? masih tutup mata. Rapat. Rasa macam tak nak buka lagi.
Aku dan Angah tak jauh beza umur, jadi aku lebih rapat dengannya dan waktu kecil memang tidur sebilik dan sekatil. Aku sayang Angah berbanding Si Sulung. Haha.
Aku jujur saja la ya, sebab dia ada dengan aku membesar sama-sama. Angah juga yang tolong aku settlekan “masalah” aku lepas mak nampak aku cakar pakai pisau kecil dekat almari nenek ‘Benci Mak’.
See, aku dah kata aku tak baik, aku memberontak sedari dari kecil ya. Aku “engrave” ayat tu lepas aku bertekak kecil tak nak tolong Mak didapur mungkin.
Dia yang aku angkat sebagai idola, dia yang aku jadikan contoh, dia bijak. Angah selalu jaga aku waktu kecil sentiasa ajak aku main sama-sama. Tiada masalah antara aku dan Angah. Tapi itulah bila da rapat macam tu, dibanding-bandingkan jadikan benda tu tak manis lagi dah. Dia bijak di sekolah, aku tak berapa nak pandai. Aku admit tu. Dia bijak.
Tapi bila ayat tu keluar dari mulut mak ayah sendiri berulang-ulang kali, kita jadi…mungkin aku betul-betul bodoh dimata mereka.
Sekarang dah jadi ibu bila aku fikirkan balik, Ya Allah, kau jadikan aku seorang ibu yang boleh jaga percakapan aku, yang tak buat anak aku terasa hati atau kecil hati.Aku tahu mungkin Mak ayah aku tak sengaja, rasa nak bergurau. Mungkin lah.
Pernah juga mak bandingkan perbelanjaan aku dengan Angah. Waktu tu aku sekolah sekolah rendah atau nak masuk menengah. Sebab seingat aku waktu tu aku terasa sangat-sangat padahal aku baru je stop dari masuk kelab sukan berbayar semata aku rasa tak nak minta mak ayah aku duit monthly. Dapat pula ayat dari Mak, jadi hati ni terasa la.
Mungkin juga waktu tu ada kata-kata aku sebagai anak yang menyakitkan hati Mak sampaikan keluar ayat “kalau nak bandingkan angah dengan awak, awak lagi banyak belanja nya, dengan cermin mata awak, belum lagi braces nanti nak pakai”. (waktu ni aku tak pakai braces lagi, aku pasang lepas habis Uni)
Jadi lepas keluar ayat tu, azam tahun depan tu aku catat dalam diari “ Kurangkan perbelanjaan” itu azam aku tahun depannya. Which actually aku berjaya, lepas Aku berhasil keluarkan ayat dari mulut mak “ Awak belanja tak banyak” aku tak ingat bila tahun azam tu unlocked.
Aku dengan Angah okay je, tapi tu la kadang bila terjadinya comparison macam tu oleh mak ayah sendiri pula, kita jadi jauh hati nak buat something, rasa tak cukup bagus. Rasa usaha dah sehabis mungkin tapi masih lagi tak mampu nak ditatang. Jadi aku decide untuk masuk ke asrama waktu menengah walaupun keputusan tak bagus mana pun.
Aku cakap dengan mak masukkan mana-mana sekolah berasrama yang nak terima aku. Lagi jauh lagi bagus. Ayat ni aku cakap dlm hati je. Niat memang aku keluar dari rumah ; macam lari rumah tanpa niat la. Tapi Mak tak kisah, sebab nampak benda tu as yelah aku susah nak belajar kat rumah jadi masuk la ke asrama.
Dan minggu pertama dan kedua di asrama adalah kedamaian buat aku. Aku ingat lagi bila tiba hari jumaat time budak asrama pertama kali dibenarkan balik ke rumah after 2 minggu ; semua excited kecuali aku. Sampaikan semua kawan-kawan aku berlari balik dorm sebab nak angkut beg baju, tapi aku tak. Aku rasa biasa.
Aku tak benci rumah ya, untuk pengetahuan semua. Cuma aku rasa time tu aku ni anak tak diperlukan. Aku ada ke, tak ada ke semua masih berjalan seperti biasa.
Sekolah menengah lah banyak mengajar aku semua benda. Kawan-kawan keliling buat aku rasa nak jadi better untuk diri sendiri. Alhamdullilah, Allah kurniakan aku kawan-kawan yang mengajak aku ke arah kebaikkan.
Jadi dari situ aku develop mind aku supaya berdamai dgn takdir, sentiasa ingat Mak aku adalah ibu yang paling baik untuk aku. Jadi aku agak tenang.
Bukan terus tak ada langsung ya terasa hati sakit hati, air mata berlinang. Ada je. Tapi aku belajar cope dgn perasaan tu. Masuk bilik menangis juga. Air mata masih juga jatuh masa mandi.
Kalau sebelum ni aku sampai tahap fikiran ni contoh petang aku suka-suka yelah seperti anak kecil gembira, aku akan stop rasa tu sebab aku takut malam aku menangis. Mostly aku akan fikir mesti nanti ada incident yang akan buat aku atau mak kecil hati sesama sendiri.
Pernah tak korang masa kecil gembira lepas tu macam lari keriangan melompat kecil macam tu, aku pernah macam tu, mak aku jeling ya. Katanya tak sopan. Aku kecil ya time tu, mana datangnya nak sopan kalau dah gembira kan, jadi hal-hal yang macam tu buat aku rasa macam mempersoalkan kasih sayang mak aku. Kenapa aku je, yang lain tak kena marah pun kalau gembira. Macam tu la.
Bak kata Mak aku ni ibarat racun dan penawar. Kadang kami baik, kadang kami bertekak. Aku aware dengan keadaan keliling. Memori ni semua aku simpan dan kalau diingat semula tak pernah aku tak mengalir air mata, pasti jatuh sebab semua tu jelas dalam kepala.
Pernah je mak terbaca diari aku catat semua yang terbuku dalam hati. Sekali lagi kami bertekak, ayat dia akan keluar “buat hal lepas tu konon sedih…” aku sedih ya time tu. Sumpah aku rasa no point kalau aku luah apa pun . Macam aku cakap . Perasaan aku tak penting.
Sampai ke sekarang juga, aku rasa perasaan aku ni tak penting mana pun kalau nak dibandingkan dengan masalah anak Mak yang lain.
Pernah dulu ada phase dalam hidup aku rasa penat sangat. Masa tu aku da usaha sehabis baik tapi aku tak mampu capai apa yang aku nak. Penat aku siang malam nak capai “era terbaik” dalam hidup aku, masih lagi aku tak boleh capai, sampaikan aku ada rasa untuk terjun dari tempat tinggi.
Ya. Itu la. Aku rasa burn out time tu. Paling-paling kalau aku terjun time tu mungkin kaki or tangan patah okay juga. Tapi niat je. Tak ada orang tahu, hanya seorang . Mak.
Aku ingat lagi moment tu bila aku cerita. Dia marah kata mana iman, ya aku faham tu, tapi dari mata dia aku tahu dia tak nampak aku serius dengan hal tu, dia tak nampak penat aku, dia tak nampak burn out aku time tu.
Sebab apa aku cakap macam tu, sebab beberapa tahun berlalu hal itu, ada topic burn out dan stress pop up itu dalam conversation kami, aku beberapa kali sampaikan pda mak, yang hal stress out dan depression bukan hal kecil.
Mak ketawakan aku sebab teringat dulu aku pernah cerita yg aku ada niat nak cedera kan diri sendiri. “Kelakar la awak, nak b*n*h diri la time tu.” Ketawa Mak buat aku rasa hina ya.
Air mata aku dah mengalir time dengar dan pandang muka Mak tertawakan aku waktu tu. Dalam hati aku sakit sangat sampai kan aku cakap, “Kalau ada anak lelaki mak yang m*ti baru Mak tahu” Aku mention anak lelaki sebab aku hanyalah anak perempuan yang tak penting. Hidup ke mati ke mungkin Mak tak kisah. Tertawa mak membangkit kan kembali ‘rasa’ tu.
Mungkin sebab aku seorang je perempuan dalam keluarga; jaga lembu sekandang lagi mudah daripada jaga anak perempuan kata Mak. Aku nak bangga kan Mak Ayah. Aku nak validation dari mereka. Aku tumbuh menjadi seorang yang rendah diri. Self-esteem aku adalah paling bawah sekali.
Sepanjang aku membesar aku tak percaya diri, aku rasa pendapat aku tak tak boleh diguna pakai. Payah nak kedepan, berat nak angkat tangan walaupun aku tahu jawapan. Aku tak layak rasa di sayang, kalau dipuji aku rasa orang tu bohong.
Banyak lagi yang tak terluah. Dalam hati masih berbekas. Mungkin aku perlukan hentikan penulisan ini. Part two mungkin. sambungan cerita Mak dan anak perempun setelah bergelar ibu.
Terima kasih..
– Violet (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit