Sebelum ni aku ada tulis, (https://iiumc.com/proses-cari-jodoh/).
“Lain macam ye respon dalam komen ni” tersengih aku sambil usap-usap janggut yang jarang2 ni. Baru aku feel orang kritik diri sendiri depan2, hahaha.
“Avoidant tak payahlah get into relationship, menyusahkan”
“Kau tak multi-task ni, patut kau buat dua kerja, satu busy project, satu ngorat gf”
“Makcik ada anak ni, kau nak tak?”
Tersengih aku sendiri baca. Sebelum nak isyak ni, macam best pulak nak cerita pasal avoidant ni. 1st story aku saja cerita pasal proses jodoh, kali ni aku nak cerita POV seorang avoidant, introvert, & low confident.
Jap aku nak cari something untuk bakar, bukan rokok, tapi ubat nyamuk. Hujan ni banyak betul nyamuk masuk.
Bagi yang taktau, avoidant ni satu trait yang mana kau cenderung untuk elak kat apa jua situasi yang kau tak selesa. Ada masalah, kau cenderung untuk diam. Ada gaduh, kau cenderung untuk mengalah sebab malas layan.
Trait ni berkait rapat dengan orang introvert, dan menyebabkan someone cenderung untuk low self-esteem. Paling parah akan kena AVPD, google sendiri yang ni.
Honestly, aku pun tak pernah tau wording avoidant selepas aku bertekak dengan ex-gf.
“You ni too avoidant!” dengan nada chipmunk dia tu, comel je.
Aku apa lagi memang terus google lah (takkan nak gaduh kalau taktau maksud ye dak, tak menarik, gaduh pun kena faham context).
“Oh avoidant ni disebabkan childhood experience, caregiver/parents tak support their son’s childhood in term of emotional, express of feeling, express of action to increase their confident”
Dan aku related dengan diri sendiri, ada betulnya. Parent aku busy gila dulu sampai aku tak dapat capture memories dengan diorang. Start rapat pun masa zaman study university.
Zaman kanak-kanak aku takda exprience untuk ‘mencapap’ atau to be outstanding. Takda proper guidance nak express yang aku ni sedih, dan apa akibat aku sedih dan solusi untuk sedih tu. Aku kena rely sendiri dan taktau camne nak express in proper way.
Tapi, alhamdulillah aku bersyukur to received their support on educational, financial.
Hasilnya? my confidence level is always at low, and i tend to be an introvert all the time. Sebab aku selesa, dan aku rasa confidence aku lagi tinggi kalau aku diam je haha. Tak serabut.
Tapi, tak serabut dan low confident tu come with the price.
1. Failed banyak date – no confident to show gf bunga-bunga cinta. No confident to show my love to her. Aku cuma boleh bagi ISO & instrument drawing, nak tunjuk yang aku busy. “Nahhh kita clash, you dengan drawing you tu boleh campak masuk furnace!”
2. Failed big company iv – Rugi, aku dah tau jawapan dia, tapi gagap sbb tak confident.
3. Failed impress client.
4. Failed untuk jadi alpha dalam circle, so aku duduk hujung je. Angguk-angguk je, nak mencelah bagi pandangan pun takda.
Ada banyak lagi dan aku face ni setiap hari, bukan takda improve. Ada je, tapi masih bukan tahap yang memuaskan.
Jap nak brew coffee instant, aku suggest mocca indulgence sedap jugak. Buat ratio sikit susu dengan kopi tu, tambah ais, jadi ice latte.
Jadi apa solutionnya? Blind date tu salah satu solutionnya lah, hahaha.
Aku sampai anggap blind date tu nak gain experience berborak dengan perempuan. Sedih betul bunyinya kakaka. Nak buat macam mana, dari sekolah sampai kerja perempuan ni boleh kira dengan jari tangan dan kaki.
Plus, aku dah kerap keluar lepak dan bigger my circle. Join team running & bola. Membantu jugak so far. Improve slowly and surely.
But somehow aku masih selesa untuk avoid certain perkara, sebab aku selesa.
So komen kata aku avoidant tu tak nafikan, insha allah i’ll try my best lah to be more expressive.
Okeylah, nak isyak dah ni. Malam karang sesi US nak open dah. Jenguk-jenguk sikit Trumph tu, takut dia mengarut tweet apa pulak..
– ES (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit