Anak Emas

Penat sungguh memujuk hati ni tak tau nak mengadu kat siapa.

Hai warga iIUM Confession. Aku Nur. Aku anak ke-4 daripada 5 beradik. Hidup kami sekeluarga memang tak pernah senang sejak kecil.

Ayah tinggalkan kami masa aku masih sekolah rendah. Sejak tu, mak jadi segalanya, ibu, ayah, dan tempat kami bergantung. Kami semua cuba berdikari, tapi hidup tanpa kasih seorang ayah memang meninggalkan kesan.

Tapi confession ni bukan pasal aku. Ini pasal abang kedua aku, yang dari dulu sampai sekarang jadi punca utama kesusahan dan kesedihan mak. Kami panggil dia Angah.

Sejujurnya, dari kecil lagi dia memang anak kesayangan mak. Apa pun dia buat, mak akan bela. Kalau kami adik-beradik lain tersilap sikit, cepat betul kena marah. Tapi itulah yang buat kami jadi “orang”.

Lain pula halnya hal nya bila Angah buat hal besar pun, mak tetap akan cakap, “mesti ada orang lain yang paksa atau hasut dia buat jahat.” tak habis2 menyalahkan orang lain.

Dari situ aku dah nampak layanan mak pada dia memang lain. Mak terlalu lembut dengan dia, sampai Angah sendiri dah tahu kelemahan mak dan ambil kesempatan. Adik beradik lain pun sampai tak terkata apa dah.

Dulu masa sekolah menengah, dia dah mula mencuri. Beberapa kali kena tangkap sebab shoplifting, keluar masuk penjara macam dah biasa. Setiap kali keluar, mak sambut dengan air mata dan harapan baru. Tapi setiap kali tu juga, perangai dia tak pernah berubah.

Dan baru-baru ni, dia terlibat kes pergaduhan sampai mencederakan orang. Kali ni memang berat, jatuh hukuman penjara selama 5 tahun. Mak macam biasala, macam yang lepas2 juga, menangis siang malam. Tapi dalam masa yang sama, tetap tak berhenti manjakan dia.

Setiap bulan mak akan kirim duit ke akaun penjara, katanya supaya abang boleh beli makanan tambahan dan keperluan lain kat dalam. Mak kata kesian, takut anak dia tak cukup makan tak cukup itu ini.

Tapi bagi aku, makin lama makin selesa la dia kat dalam tu. Langsung tak nampak serik. Bila kami pergi melawat, muka dia tenang je, siap boleh senyum-senyum macam tak ada rasa bersalah langsung.

Kami adik beradik semua tak berapa setuju dengan perlakuan mak tu tapi tak ada siapa yang tergamak nak bersuara kat mak. Itu penjara, tempat orang terima hukuman supaya insaf. Ni kalau masih nak manjakan, selesa kan dia tah bila nak insaf.

Yang paling aku terkilan, kami adik-beradik lain yang tolong mak setiap bulan pun tak pernah dapat perhatian macam tu. Kadang aku tertanya, kasih sayang mak ni ubat, atau racun?

Kami sayang mak, tapi kami dah penat tengok mak hidup susah sebab Angah ni.

Aku dah tak tahu sama ada aku ni adik derhaka sebab dah tawar hati dengan abang sendiri, atau aku cuma manusia biasa yang dah letih tengok mak terus disakiti oleh anak yang sama. Salah ke kalau aku nak lepaskan, dan biar dia tanggung sendiri akibat perbuatan dia?

Kadang aku tertanya, mak buat semua ni sebab terlalu sayang, atau sebenarnya sebab takut kehilangan anak yang paling dia sayang? Tapi dalam masa yang sama, aku pun takut kehilangan mak sebab terlalu kecewa dengan pilihan kasih dia.

Kadang aku pandang mak diam-diam, tengok wajah dia yang makin tua, kedut makin banyak, rambut makin beruban. Aku tahu semua tu tanda dia dah terlalu penat. Tapi entah kenapa, dia tetap simpan tenaga terakhir tu untuk anak yang paling banyak menyusahkan dia.

Aku cuma harap satu hari nanti abang aku tu betul-betul sedar, bukan sebab dia kena hukum, tapi sebab dia nampak pengorbanan mak yang dah tak ada gantinya. Sebelum semuanya terlambat, sebelum mak pergi dengan hati yang masih terluka kerana anak sendiri.

– Nur Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *