Aku tak tahu nak mula dari mana, tapi aku dah sampai tahap penat, penat sangat…
Penat sebab hari-hari kena hadap kerja yang dulu aku sayang, tapi sekarang buat aku rasa kosong dan tak bermakna.
Semuanya bermula masa aku ada seorang assistant bawah aku.
Masa mula-mula dia masuk kerja, aku lah yang ajar dia semua, dari benda paling basic sampai lah dia pandai berdikari.
Aku ikhlas, sebab aku percaya setiap orang boleh berkembang kalau dapat tunjuk ajar yang betul.
Tapi semuanya berubah bila bos aku, seorang yang memang berpengaruh dalam syarikat, mula rapat dengan dia.
Mula-mula nampak biasa, keluar rehat sama, lepak sama. Tapi makin lama makin jelas… hubungan mereka bukan lagi sekadar kerja.
Sekarang, budak yang dulu assistant aku tu dah jadi orang kesayangan bos.
Kemana saja bos pergi, mesti dia bawa. Meeting penting, outstation yang dekat-dekat, sampai urusan yang langsung tak ada kaitan dengan kerja dia pun, semua mesti ada dia.
Bos aku bukan jenis formal. Dia tak suka email, tak suka minit mesyuarat. Semua keputusan dia buat dalam bilik, ikut suka hati.
Dan sekarang, dia siap cipta jawatan baru khas untuk budak tu kononnya untuk “projek khas” dan “latihan operasi”. Sedangkan semua orang tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Budak tu diatas kertas masih pegang title assistant aku, tapi aku dengar tak lama lagi bos dah nak tukar nama jawatan dia.
Aku pun dah tak sabar nak dapat assistant baru, kerja pun dah bertimbun tak ada orang buat.
Yang paling aku tak boleh hadap, bila budak tu berlagak macam dialah orang paling penting dalam organisasi ni.
Cara dia bercakap pun dah lain, kalau ada isu yang perlu diketengahkan dan bos aku susah nak terima , dia akan cakap “takpe, nanti aku cakap dengan bos, bos mesti dengar aku.”
Lagi satu perangai bos aku yang aku memang tak boleh terima , dia suka luahkan rasa tak puas hati pasal staff lain dekat budak tu. Padahal budak tu pun staff, bukan bini dia.
Apa budak tu fikir bila bos sendiri cerita keburukan orang lain depan dia?
Mesti hilang respect pada orang yang diburukkan tu, kan?
Kalau betul bos tak suka cara seseorang tu bekerja, kenapa tak cakap terus pada orang tu?
Kenapa perlu bercerita belakang pada staff lain, seolah-olah dia lupa peranan dia sebagai seorang leader.
Tapi kalau budak tu yang buat silap, boleh pulak dia tegur depan depan.
Memang jelas, berat sebelah dan langsung tak profesional.
Dan yang buat aku hilang semangat, bila aku nampak dengan mata kepala sendiri, bos naikkan gaji dia hampir sama level dengan aku, walaupun pengalaman dan umur kami jauh beza.
Aku bukan cemburu.
Tapi aku kecewa.
Kecewa sebab profesionalisme dah hilang.
Kecewa sebab kerja keras aku, pengalaman aku, semua dipandang sebelah mata.
Sekarang, apa saja yang datang dari mulut aku, bos tolak mentah-mentah. Tapi kalau budak tu cakap benda yang sama, terus diterima.
Aku tahu orang lain pun nampak.Aku tahu ramai berpura pura baik depan budak tu tapi belakang dia, berbakul bakul kutukan.
Cuma semua diam sebab dia bersama dengan bos besar.
Cakap lebih, nanti kena marah.
Lawan, nanti hilang kerja.
Jadi kami semua terus pura-pura tak nampak, walaupun dalam hati masing-masing dah muak.
Aku pernah je nasihatkan budak tu, apa yang dia buat tu (keluar berdua-duaan) tak elok, tapi nampaknya dia langsung tak endahkan nasihat tu.
Kadang aku tanya diri sendiri , adil ke aku kena lalui semua ni, padahal aku cuma nak kerja elok-elok?
Aku dah mula rasa depress.
Bila setiap hari datang office, rasa nak menangis tengok betapa teruknya budaya kerja yang konon “profesional” ni.
Yang naik bukan sebab prestasi, tapi sebab hubungan peribadi. Kalau orang kata maybe ada special budak tu sampai bos nampak dia dan angkat dia, jawapan aku ialah tak!
Sebab aku dulu kerja dengan dia, biasa- biasa sahaja performance nya… selalu je mc dan kerja halfday. Kadang2 demam sikit pun nak balik.
Cuma sekarang bila bos pandang dan angkat dia, baru nampak dia performed.. tu pun hasil tunjuk ajar bos yang memberikan special treatment, ajar dari A sampai Z.
Aku bukan nak jatuhkan sesiapa.
Aku cuma nak luah, sebab aku dah simpan lama sangat.
Aku nak orang tahu, bila tempat kerja jadi toksik, kita boleh hilang semangat walau kerja tu dulu kita sayang gila.
Kadang, yang paling menakutkan bukan kena marah …
Tapi bila kau nampak benda salah depan mata, dan kau tak mampu buat apa-apa.
Korang semua doakan lah semoga semua ni berakhir cepat, kawan kawan aku ramalkan benda ni akan berlaku dalam masa setahun je tapi ni aku tengok macam dah lebih setahun.
Yela benda tak elok selalunya kejap je kan kantoi.
Jangan suruh aku cari kerja lain sebab kat sini je gaji besar + aku pun dah tua, mana ada company nak ambik aku lagi..
Sekian sahaja luahan aku..
– -masih berharap- (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
jelez ler tu…kalau xsuka sila angkat kaki dan dipersilakn.