Aku dah kahwin tiga tahun. Belum ada anak lagi, tapi aku dan suami memang tengah usaha dan berharap, Insha’Allah satu hari nanti ada rezeki.
Alhamdulillah hidup kami pun okay, rumah kecil HDB kami selesa je. Dari segi kewangan dan emosi pun semuanya stabil.
Hubungan aku dengan keluarga mentua pun baik sangat. Suami aku pula memang terbaik, dia sangat bertanggungjawab dan buat semua peranan dia sebagai suami. Pendek kata, aku tak boleh nak minta lebih dah.
Mungkin orang yang dengar cerita ni akan tertanya, “Kalau semua nampak perfect, apa yang jadi sebenarnya? Suami kau g4y ke?”
Tidak, bukan langsung pasal tu. Suami aku cuma ada satu minat atau keinginan yang kadang buat aku keliru, dan aku tak tahu patut ke aku layan atau tidak.
Masa kami bercinta dulu, semua nampak normal. Dia lelaki yang aku pilih untuk kahwini. Cuma sebelum kahwin tu, masa kami tengah berbincang serius pasal masa depan, dia ada bagitahu dia kadang suka dilayan macam bayi.
Aku masa tu ingat dia maksudkan nak manjakan sikit-sikit, manja ala-ala baby. Aku siap bergurau, “Habis tu nak pakai pampers sekali ke?” Tapi dia respon serius.
Dia juga cakap kadang-kadang dia terkencing masa tidur. Aku ingat itu masalah masa kecil atau dia bergurau saja. Aku tanya ada cuba ubat ke tidak, dia kata dah cuba tapi tak jalan.
Masa malam pertama, aku terkejut bila nampak dia betul-betul pakai diaper untuk tidur. Aku ingat masa tu mungkin sebab masalah kesihatan je. Tapi esok pagi memang diaper tu basah macam budak kecil.
Lama-lama benda ni jadi rutin. Sebab aku kesian, aku pun tolong tukarkan dia, macam jaga toddler. Setiap malam aku akan tolong pakaikan diaper. Lepas tu, dari situ dia mula minta nak dilayan macam bayi pada hujung minggu.
Ada hari Sabtu Ahad, dia habiskan satu hari penuh sebagai bayi. Pakai diaper, main permainan, tengok kartun, main game, minum susu botol. Kalau diaper basah, aku tolong tukarkan lagi.
Sekarang dalam rumah kami siap ada satu almari penuh dengan diaper dewasa bercorak baby, botol susu, baju onesie semua.
Dulu permintaan ni sekali-sekala. Sekarang hampir setiap hari, terutama bila dia stress atau penat dengan kerja. Aku faham ini cara dia nak tenangkan diri, tapi kadang aku hanya nak suami aku dalam keadaan normal, bukan jadi “baby”.
Aku jadi serabut sebab bukan aku tak sayang dia, dan bukan aku tak boleh layan. Tapi dalam hati kecil aku rasa macam ini tak patut jadi kebiasaan hidup kami.
Bila aku tanya dia kenapa dia ada keinginan macam ni, dia cerita dia pernah lalui trauma masa kecil. Jadi ini cara dia rasa selamat, rasa dijaga.
Bila aku cari info, rupanya benda ni dipanggil ABDL (Adult Baby/Diaper Lover). Ada orang buat sebab nak rasa selesa, nak lari dari tekanan, atau sebab suka dan minat. Ia hanya melibatkan orang dewasa yang sama-sama setuju dan tak ada kena-mengena dengan kanak-kanak.
Cuma aku makin risau bila dia join grup Telegram yang ada ramai orang minat benda sama. Kadang mereka share gambar masing-masing pakai diaper.
Dia juga selalu masuk Reddit ABDL untuk baca dan berbual. Aku faham dia mungkin rasa kurang keseorangan bila ada komuniti. Tapi aku tetap rasa tak selesa dia kongsi benda peribadi dengan orang luar.
Aku masih layan sebab aku kesian dan sayang. Tapi aku makin penat. Aku takut kalau aku tak layan, dia cari tempat lain untuk penuhi keinginan tu. Aku tak nak bercerai sebab dia sangat baik. Cuma kadang aku harap saja benda ni hilang.
Soalan aku: macam mana aku nak seimbangkan untuk sokong dia, tapi dalam masa sama jaga perasaan aku? Patutkah aku letak batas? Kalau ya, macam mana nak buat tanpa buat dia rasa ditolak atau dijauhkan?
– Farah Diana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
klu ada anak nanti, sama naik anak dgn bapak, berebut nk pakai pampers….