Salam semua, terima kasih untuk admin jika keluarkan confessions ni. Luahan hati seorang ibu dan isteri berkerja makan gaji.
Tahun ni genap 4 tahun aku bekerja dari mula kawin sekarang dah anak dua. Alhamdulillah dikurniakan anak senang dijaga, insyaallah sampai besar. Aku bekerja sebagai seorang executive untuk handle projek, cukup sekadar itu sahaja untuk dimaklumkan.
Okey tahun pertama dikatakan bagus, confirmation staff ade peningkatan gaji dan tahun pertama ade kenaikan gaji tahunan. Tapi cukup setakat itu sahaja.
Dulu aku handle project banyak sekaligus dalam 10/12 projek, namun hari makin hari projek pon dah selesai tinggallah tahun lepas dalam 3 projek sahaja berjalan. Masa ni company dah start downsize.
Aku plak dah kena buat pertambahan kerja. Buat bukan kerja job scope aku belajar itu ini, bagi aku tak apa untuk tambah pengalaman untuk tambah ilmu pengetahuan. Sebelum ini berpuluh orang keluar masuk dalam office ni.
Kemuncaknya ialah management bagitahu nak cut gaji sebab company tak boleh nak operation dah. Pada masa yang sama aku mintak budi bicara company untuk off sabtu sebab suami aku sambung belajar dan aku nak kena jaga anak.
Total up sebulan sehari jelah sebab alternate sabtu-contoh minggu 1 dan ke tiga (separuh hari je kerja). Masa ni management kata nak potong gaji. Aku kata nak potong berapa gaji? Sebab bukan banyak total aku gaji, tak sampai 3k pon dah 4 tahun kerja.
Amount die nak tolak agak besar total up sama amount dengan kenaikan dan confirmation aku. Dan aku diberi pilihan tolak gaji atau berhenti.
Masa ni aku tak ada pilihan. Aku terpaksa hadap dan terimalah sebab dengan keadaan dengan suami nak sambung belajar lagi nak guna duit semua tu. Terduduk aku.
Inilah dugaan yang aku kena tempuh, sekarang sudah hampir 8 bulan gaji aku kena tolak. Amount bukan sikit, mungkin sikitlah bagi mangement tapi besar bagi aku. Dan aku dah pergi 11 ke 12 interview untuk aku cari kerja lain.
Aku baru request mintak balik apa yang depa tolak tapi depa tolak mentah mentah permintaan aku, HR kata kalau ade projek jalan baru akan bagi balik gaji aku. Aku just mintak apa hak aku sahaja bukan aku mintak naik gaji.
Pernah sekali HR ade tanya sebab aku banyak termenung, aku fikir duit mana yang patut aku dahulukan. Aku direct cakap saya fikir pasal duit, duit tak cukup untuk pusing sampai bulan depan. HR boleh cakap u nak berhenti ka? Saya jawab kalau ada pilihan saya pergi.
HR boleh cakap u pergi mana pon gaji u akan sama sahaja. Terkedu aku dengar. 4 tahun aku bekerja tiada nilai.
Banyak yang aku pergi IV, semua takot ambil, sebab depa takot aku demand gaji. Sebab dalam bidang handle projek sahaja dah 6 tahun pengalaman aku dan depa terkejut dengan nilai gaji aku sekarang.
Banyak kali depa tnya expected salary aku, aku cuma demand extra RM200 dari gaji aku sekarang, tapi mungkin bukan rezeki aku. Kadang kadang pengalaman aku lagi tinggi dari jawatan yang diberi.
Sakit memang sakit. Macam macam aku buat, aku cut cost. Tak makan luar, masak setiap hari, weekend berniaga kecil kecilan buat sedaya habis.
Mungkin tertanya laki aku, laki aku ade, tapi kerja kerajaan pangkat pon biasa sahaja die pon buat dua kerja repair kereta kawan-kawan, buat duet poket untuk makan. Yela duk je bandar tapi kami laki bini pon gaji tak sampai 4k.
Perbelanjaan anak pula, pengasuh dan insurans dua beradik pon dah 1k belum, kira rumah dengan kereta. Kadang kesian tengok laki aku mintak maaf dekat aku, sebab tak mampu bagi banyak nafkah untuk aku, tapi dia usaha jugak bagi.
Aku terkilan dengan management company aku ni, aku dah kerja 4 tahun, kenaikan hanya sekali. Selama ni aku tak demand pon gaji semua. Tapi bila aku ade masaalah depa pandang macam aku takda nilai.
Aku kerja dengan nilai yang sama. Langsung tiada improvement dari segi gaji, ilmu. Ilmu ni sebab dah 4 tahun aku kerja tak pernah pergi mana-mana krusus anjuran atau dibayar company. Semua kalau pergi pon sendiri bayar.
Aku cuma nak luahkan apa yang terbuku di hati. Terkilan jasa kita sumbangan kita langsung tak diendahkan langsung tak dihargai. Terkilan lantik orang baru gaji lebih tinggi tapi tak pandai buat kerja alih alih kita jugak kena buat, HR nampak tapi buat buat tak nampak.
Korang semua yang mana baca doakan aku ya dapat kerja lain, aku cuma nak beri yang terbaik untuk anak anak. Doakan aku dipermudhakan urusan dimurahkan rezeki selalu. Insyaallah.
Salam sayang dari saya untuk semua,
– Milo Cincau. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga Allah murahkan dan tambahkan rezeki kamu sekeluarga, teruskan usaha dan berdoa, jgn putus harapan dari Allah, pada masa yg sama teruskan usaha cari keja lain, rezeki Allah ni luas
Akak doakan adik dapat kerja dan gaji yg lebih baik lepas ni.
saje lah nak berkongsi cerita, akak dah kerja 22 tahun, suami pula dah kerja 28 tahun. kami bekerja di syrikat yg sama. tp gaji kami kalau digabungkan baru 5k. masih ada ank kecil yg minum susu dan pakai pampes juga.
apa pun, hidup perlu diteruskan, jika kita rasa kita perit, kita susah, ada yg lbih susah hidupnya dari kita. harungilah dgn tabah dan syukur.. moga allah permudahkan segala urusan kita semua