Ibu Ku Yang Unik

Salam. Terima kasih admin kerana sudi siarkan luahan aku ni. Hai semua. Sebenarnya luahan aku ni tidaklah apa2 sangat pun. Sekadar luahan dan harapkan pandangan dari kalian. Begini kisahnya.

Tentang ibu aku. Ibu aku ada sejenis tabiat unik yang aku yakin jarang ibu2 lain buat. Calling her daughter almost 10 times per day. Sebagai anak yang faham perangai ibu ni, aku melayankan jelah panggilan ibu. Sejak dari kecil hingga aku dah bekerja kini, habit ibu tak pernah berubah. Setiap hari wajib call. Segala kisah yang berlaku pada ibu hari tersebut, ibu akan cerita pada aku. Kadang2 tu cerita yang sama berulang hampir 7-8 kali.

Dalam masa yang sama, ibu akan mendesak aku untuk share kisah aku hari tersebut. Masa kecik2 iye lah aku share kan. Bila sudah menginjak dewasa ni, takde perasaan lagi untuk aku nak replay balik aktiviti2 harian lagi. Pagi masuk ofis, pum pang pum pang meeting itu ini, audit itu ini, report itu ini, balik dari ofis aku taknak fikir dah. Bila ibu mendesak paksa, aku akan cerita sikit. Tapi memandangkan dia tak paham terms yang aku share, buatkan aku pening untuk explain. Last2 aku decide, kalau ibu tanya, aku akan jawab, “kerja harini okay je”. Korang rasa kejam tak? Huhu

Ada masa aku tak jawab call. Tengah meeting, tidur, mandi, ada program or etc. Kalau panggilan tak terjawab, ibu akan melatah. Ibu akan call semua orang di sekeliling aku, tanya aku di mana. Kesian kawan2 aku, menggelabah jugak diorg bila ibu aku gelabah2 call diorg. Ya rabbi.. Ibu, fahamilah anakmu ini.

Kenapa setiap kali aku balik kampung, takde pulak ibu cerita sakan sampai 10 times per day. Ibu banyak tidur bila aku balik kampung, katanya penat. Tapi bila jauh, waktu aku bekerja waktu itu juga lah ibu call nak cerita itu ini.

Adakala aku cuba bersabar, tanamkan dalam hati.. dialah satu2nya ibu aku. Yang menjagaku dari kecil. Kalau dia sudah tiada, siapa lagi yang mahu bercerita denganku. Tapi kadang2 tak dapat nak bersabar jugaak.

Aku tak tahu macam mana nak atasi perkara ni. Korang rasa apa patut aku lakukan? Kalau korang suggest kan supaya slow talk, it doesnt work. Ibu merajuk dengan aku sedih sambil cakap, sampai hati aku taknak layan dia. So slow talk method tidak berkesan.

Bukan lah maksud aku untuk taknak dia call aku langsung. Maksud aku, kalau boleh contact lah dalam seminggu 2 -3 kali ke. Ataupun biar aku je yang contact ibu, sonang lagi hati den ni hah.

Aku terfikir. Macam mana lah kalau aku sudah berkahwin nanti. Agak2 ibu akan call aku macam biasa jugak ke. Lagi lah aku tak menyempat nak melayan ibu.

Biasanya anak2 yang berkerjaya akan rajin call parents nya. Tapi situasi aku ni, ibu aku yang rajin call anaknya hm. Terbalik kan eheh. Agaknya Ibu sayang angat angat kat anaknya ni sampai wajib call setiap hari. Aku pun sayang ibu. Huhu

– Mawar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit