Assalamualaikum, nama aku, Gadis Kecil. Kat sini aku nak share tentang Raja yang selalu bertahta dalam hati kami sekeluarga. Lepas baca kisah wahai ayah tadi.. aku teringat segala kenangan yang ayah tinggalkan untuk kami.
Ayah aku bukan lah seorang yang bising. Banyak mulut, tapi ayah aku sangat2 romantik. Aku adalah anak bongsu dari 12 beradik. 11 perempuan sorang lelaki. Romantik macam mana? Meh ak cerita.
Ayah aku seorang penjaja ikan, yang masuk2 ke kampung dengan bahan2 basah, motor yang ada tong kat belakang tu. Keluarga kami hidup sangat lah sederhana kami tak mewah tapi cukup bahagia.
Mak aku seorang guru quran yang tak meminta upah, alhamdulillah sehingga kini mak aku masih mengajar orang mengaji dari yang kecil sehingga yang dah berusia.
Ayah aku juga merupakan seorang bilal di kampung surau kami. Suara ayah merdu sangat2. Kadang2 lepas habis kerja ayah akan menyanyikan lagu P.Ramlee buat bonda. Tua2 masih romantik.
Aku teringat kisah waktu aku berumur 5 tahun, aku pernah menangis di tengah malam sebab mimpi buruk. Ayah dan bonda belum tidur masih menyiapkan masakan untuk esok harinya. Bonda jual nasi minyak dalam jajaan motor ayah. So masih ada beberapa bahan untuk disediakan.
Ayah yang nampak aku menangis-nangis angkut aku naik motor pergi beli bahan untuk bonda, ayah ambilkan gula-gula untuk aku, nak suruh berhenti nangis kan.
Sampai di rumah, ayah mintakkan aku berikan bahan masakan untuk bonda, lepastu dia dodoi kan aku tidur dengan suara alunan quran yang merdu.
Wallahi tiada suara yang sama seperti suara ayah. Setiap malam sebelum kami masuk tidur itulah rutin ayah. Mengaji untuk anak2 sambil main cuping telinga nak bagi lena.
Sampailah aku darjah 2, aku kena tidur dengan kakak. Pukul 9 ayah dan bonda mesti tunggu kami di ruang tamu untuk bersalam sebelum masuk tidur. Sampailah umur aku darjah 6 aku dimasukkan ke mahaad berasrama penuh.
Setiap jumaat ayah pasti akan datang dengan bonda untuk mendengar kuliah dhuha di situ. Setiap minggu maahad itulah tempat keluarga kami berkumpul.
Ada satu hari aku mengajuk dengan ayah sbb ambil aku lambat. Macam aku kata ayah tak reti memujuk. Lepas aku masuk kereta bersalam dengan ayah, aku senyap je.
Ayah hentikan kereta di tepi kedai, ayah masuk kereta dengan bawak setangkai bunga mawar untuk aku. Ya. Inilah cara ayah memujuk kami.
Kenapa aku mengajuk? Seabb ayah aku ni jenis yang tak akan pernah buat anak dia nantikan dia. Ayah ada satu prinsip “let me waiting for you princess, not you”. Inilah ayah aku.
Disaat kakak2 aku pulang dari kolej ayah.. Akan tunggu di stesen bas sebelum anak dia tiba, setiap 30 minit ayah akan call “dah sampai mana?”.
Walaupun kakak aku kata bas lambat sikit ni ayah, kena delay. Ayah aku tetap akan tunggu sampailah dia nampak wajah anaknya di depan matanya.
Bonda aku kata bonda pun tak boleh nak cam anak dia dari jauh. Tapi ayah.. Daripada jauh dia dah tahu itu anak dia. Macam mana? Daripada cara kami berjalan. Sampailah umur aku masuk 15 tahun, ayah dah kurang sihat.
Tahun 2020, ayah ulang alik dari hospital kadang kena tahan wad. Yer lah ayah aku ada masalah jantung. Aku pulang dari maahad pun bukan lagi ayah yang jemput. Kakak aku yang jemput.
Sampailah satu hari, aku diminta untuk pulang, sebab sakit ayah dah semakin teruk. Ayah yang dulu selalu menunggu kepulangan si anak di kerusi luar rumah kini berbaring di katil tanpa kudrat. Suara ayah yang selalu memanggil nama aku hanya sunyi yang tinggal.
Aku menatap ayah disisi katil, dengan oksigen yang menekup di wajahnya hanya mampu menatap. Adik beradik yang jauh semua ada dirumah. Anak buah aku, semua ditinggalkan di rumah kaklong. Kami bergilir-gilir menjaga ayah.
Tidak pernah sekali pun kami tinggalkan ayah dengan bacaan quran. Quran dibaca bergilir-gilir oleh kami 12 beradik. Mandi, bersihkan ayah. Wuduk untuk ayah solat. Alunan azan setiap kali masuk waktu.
Sehinggalah satu hari di hari selasa, kaklang aku tarik satu2 tangan adiknya masuk ke bilik. Kaklang aku kata “ayah pernah berdoa nak meninggal di hari jumaat disaat semua ank2 ada disisi”.
Kami adik beradik membuat persediaan untuk ayah. Dari kain kafan dan segalanya.. Hari khamis malam jumaat, adalah malam yang sangat tenang. Mengantuk lain macam, betullah org kata. Kalau rasa mengantuk sangat2 bermakna org terdekat akan meninggal.
Pada hari jumaat 14/08/2020, jam 12 tengahhari ayah aku dijemput ilahi. Hari tu cuaca bumi redup je. Seperti memahami isi hati kami kala itu.
Pergilah ayah, Raja hati kami.. sungguh tiada gantimu. Kau buatkan aku tidak ingin menganal mana2 lelaki, sungguh ayah.. engkau lah satu2 nya lelaki yang sejati buat kami sekeluarga.
Wallahi, Wahai Allah, aku bersyukur Kau berikan aku seorang ayah yang baik. Terima kasih Ya Allah.
– Gadis Kecil (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sedih story awk ni tapi mendamaikan..semoga Allah ampunkan dosa ayah awk dan ayah sy..dan menempatkan mereka di syurga firdaus..rindu yang tak berpenghujung 🤍