Abai Anak

Hari tu kecoh pasal akta abai anak. Masing-masing bagi pandangan pendapat. Aku mula-mula sekadar baca gitu-gitu je tentang hal ini sampailah aku jumpa satu luahan ibu tunggal.

Aku cuba ringkaskan situasi si ibu tunggal. Soalan dia kemukakan tentang tinggal anak-anak tanpa pengawasan orang dewasa di rumah?

Kesnya bila ada cuti mengejut ke sekolah buat online kelas ke, dia memang terpaksa tinggal anak-anak dia dekat rumah bila dia pergi kerja.

Adalah beberapa netizen yang kecam tak faham situasi sebenar dan ada yang senasib dengan ibu tunggal tersebut yang berfikiran positif tentang hal ini.

Soalan pertama yang terlintas di fikiran aku ialah boleh atau tidak boleh tinggal anak-anak bersendirian tanpa pantauan ini?

Kalau boleh, peringkat umur yang macam mana yang dibolehkan? Apakah ciri-ciri keselamatan yang patut dititikberatkan? And the list goes on. Lagi banyak persoalan bermain di fikiran aku. Seharian aku termenung berfikir.

Aku tak boleh nak assume semua orang macam aku. Aku ada support system, boleh wfh anytime as long as boss bagi approval, sekolah dan office pun both near dengan rumah. Memang tak pernah terfikir langsung selama ini mengenai hal seperti ini.

Tapi, untuk ibu tunggal yang sendirian membesarkan anak-anak tanpa support system, terbeban dengan masalah kewangan, beban yang kita tak tahu apa yang dia hadap maybe kes mahkamah yang tak settle lagi ke.

Sometimes kena juga lah letak kan diri aku dalam situasi seperti ini untuk aku bantu alert dengan persekitaran sekeliling aku.

Jangan tanya soalan kenapa tak hantar anak dekat nursery, transit, pengasuh whatever tempat penjagaan kanak-kanak. Semua ini berkaitan dengan duit.

Anak sorang mungkin boleh pejam mata hantar tapi kalau ada 2, 3 anak yang masih sekolah rendah bawah 12 tahun mungkin akan jadi bebanan buat mereka.

Jangan bandingkan zaman dulu dan sekarang. Dulu anak umur 7 tahun boleh duduk rumah sorang diri boleh handle diri sendiri buat kerja rumah jaga adik-adik yang ramai pun mampu. NO! Jangan! Zaman sudah berubah banyak.

Aku scroll komen netizen untuk cari jawapan untuk persoalan aku. Dan ini jawapan yang aku rasa logik untuk aku terima.

Ada netizen yang bagi pendapat, tak payah pening kepala. Anak kita hak kita macam mana pun untuk menjaganya. Fikir yang baik-baik untuk anak-anak. Jangan overthinking dan over stress benda yang tak jadi lagi dan tak mungkin akan terjadi.

Korang para pembaca fikir-fikirkanlah isu ini. Sebagai seorang ibu, memang aku nak telan aje ayat positif netizen untuk sedapkan hati tapi tak boleh.

Aku terfikir panjang dan aku rasa patut aku ketengahkan isu ini untuk dibincangkan dengan para pembaca IIUM Confession.

Sama-samalah kita bantu cari solution untuk golongan yang dalam dilema untuk tinggal anak-anak di rumah kerana keluar mencari nafkah dan menjalankan kewajipan yang lain.

– Mim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *