Keluarga Sangka Saya Lebihkan Kawan-Kawan

Selama ni, keluarga ingat saya tak participate aktiviti family sebab saya sibuk dengan kawan2…

Hi semua. Saya menulis kerana saya masih terasa dengan tuduhan dan sangka buruk ahli keluarga saya.

Saya berusia 40an, tiada anak walaupun dah lama berumah tangga. Kami dah mencuba, tapi tiada rezeki jadi sampai satu tempoh, saya tidak mahu berusaha lagi.

Saya ubah mindset, hidup untuk diri sendiri dan keluarga. Selama saya remaja, saya banyak menolong keluarga. Tapi, saya tak pernah mengungkit kerana saya cuma ada mereka.

Bila berkahwin, saya ditakdirkan punya suami yang sangat introvert. Sampai kadang2 naik stress juga dibuatnya! Nak ke kenduri, tak pernah bergaul dengan orang.

Tapi bila dah lama berkahwin, saya sedar, suami yang introvert bukan la teruk sangat. Bila dengan orang yang dia selesa, dia akan bersikap terbuka. Dan saya gembira bila dia pndai memilih kawan, lebih mengutamakan rumah tangga berbanding hal2 lain dan tak suka berpeleseran.

Sejak saya remaja, saya sentiasa bekerja keras untuk keluarga. Sentiasa mengerti yang keluarga saya serba sederhana. Saya tak kisah tak keluar dengan kawan2. Bowling, wayang? Apa tu? Haha.

Saya hanya masuk ke tempat2 begitu bila saya dah dewasa n punya duit sendiri. Bercuti hanya dengan keluarga. Hanya 2x mengikut rombongan sekolah yang mana saya sendiri cari duit dan pergi bila dah berbincang dengan keluarga sehabis baik.

Saya habiskan banyak masa dengan kerja sambilan, sekolah dan menjaga adik saya yang jarak umur agak jauh dari saya, kerana mak bekerja sambilan juga dan untuk menghantar pengasuh, kami tak mampu. Jadi, kerana inilah saya tak ada kawan2.

Berbanding kakak saya yang popular di tempat belajar, sentiasa membawa kawan2 ke rumah, even pernah bawak boyfriends dia datang berjumpa keluarga. Saya tak pernah judge dia, itu life dia. Dan dia selesa keluarga tahu siapa kawan2 dia.

Saya pula memilih untuk menapis kawan2. Itu semua gara2 sikap saya yang agak sukar menilai orang. Kawan2 saya hanya la orang2 yang dipersetujui oleh keluarga saya. Boyfriends pon sama. Kalau parents tak suka, saya akan putus serta merta. Saya yakin mata mak ayah lebih arif menilai. Dan saya akur.

Dan sejak itu juga saya tak ramai kawan. Tak pernah bercuti atau sleepover, walaupun dah diajak banyak2 kali. Sampai sekarang saya begitu. Saya ada 2,3 orang yang rapat, cuma kami bertemu sesekali, sethn sekali ke macam tu. And that’s it.

My life tbh is all boring. Kerja, rumah, and that’s it. Kadang2 ada tapi bukan hari2. Tak ada kawan datang rumah, dan banyak habiskn masa melepak dengan suami saya. Kami ke mana2 smada bersama, atau meseg2.

Saya boleh makan sendirian di kedai makan tanpa kawan2. Itu la life saya; less drama, more self-centred and taking care of myself after taking care of others for so long. Saya tak pernah rasa kekurangan, even kadang2 saya sunyi. Tapi saya okay aje.

Masalah berlaku bila saya selalu menolak untuk melepak dengan keluarga. Ayah saya suka bercuti, dan setiap kali, dia menghrapkan anak2 akan ikut sekali.

Masalahnya, waktu bercuti dia tak sesuai dengan jadual saya. Dia suka bercuti pada hari bekerja, alasannya kurang sesak kalau bukan waktu cuti sekolah. Adik beradik saya pula suka keluar tengah malam melepak dan ada mengajak saya sama.

Tapi bayangkn la, mereka ada yang kerja shift, jadi esok pagi mungkin tak ada kerja dan boleh bangun lambat. Saya bekerja awal pagi, dan bangun awal untuk menguruskn rumah. Dan pada hujung minggu saya akan memilih berehat setelah kepenatan sepanjang minggu.

Tetapi mereka mengajak saya keluar, macam saya tak bekerja dan tak ada rumah untuk diuruskan. Jadi saya memilih menolak dengan baik.

Sejak hari tu, tak ada yang mengajak keluar lagi. Saya tak kisah kerana saya rasa mereka berhak untuk bersuka ria setelah bekerja. Dan tak pernah berbekas di hati bila melihat gambar mereka bercuti.

Saya like dan berkongsi kegembiraan percutian mereka. Saya tenang dengan kehidupan saya. Dan sementelah suami saya mula tidak sihat, saya tak berani meninggalkan dia sendirian di rumah.

Beberapa hari lalu, saya berbual dengan keluarga. Ayah tiba2 bersuara meminta saya melebihkan keluarga lebih dari kawan2. Saya terkejut mendengar kata2 dia.

Saya cakap, ayah kena ingatkan adik saya yang selalu keluar dengan kawan2, bercuti bersama dan banyak lagi benda yang memang nyata dia kadang2 melebihkan kawan2 dari keluarga.

Dia tiba2 menyinga, mengungkit segala aktiviti saya dengan kawan2 yang pada saya tak sebanyak dan jauh seperti dia. Saya tenang dan biarkan saja dia mengamuk. Kemudian, bila semua sudah habis bercakap, saya pon berterus terang dengan mereka.

Selama saya tak join aktiviti keluarga, saya tak pernah keluar dengan sesiapa kecuali sendirian. Duduk rumah, tengok nxxflix, pergi kedai makan sendirian atau tengok yt video kpop.

Saya tak pernah melebihkan kawan2 kerana saya tak ada kawan yang ada di sini, mereka semua tinggal jauh. Saya hanya berjumpa setahun sekali dan itu sahaja. Saya memasak untuk kawan2 pejabat sebagai tanda penghargaan kerana sentiasa membantu saya.

Itu pon boleh dibilang dengan jri, sekali dua sahaja. Kadang2 bukan tiap tahun. Tak pernah bercuti dengan kawan2, tak pernah tinggalkan rumah semata2 nak duduk dengan kawan2. Saya pon tak pernah sebut langsung nak tinggal dengan kawan2, tak brani nak lukakan hati mak ayah.

Selama saya jadi anak, saya tak pernah dan tak mahu menyusahkn keluarga. Bila suami masuk hospital, saya hadap sendirian. Ayah mak merayu untuk tolong tapi saya tak sampai hati n menyusahkan mereka seabb mereka dah tua.

Saya beli rumah sendiri, kereta sendiri, berbanding adik beradik yang suka meminjam duit dengan mak ayah. Saya tak pernah buat semua tu.

Hanya kerana saya selalu tak ada masa mereka berkumpul, bukan sentiasa saya tak melawat. Saya selalu balik ke rumah dan jumpa mak. Bukan saya buang mereka terus.

Saya sedih bila ayah cakap begitu. Saya tak tau nak cakap apa lagi. Adakah selama ni diorang nak saya sentiasa bergantung harap pada diorang? Nak saya sentiasa pinjam duit? Nak saya join bercuti dan habiskan duit diorang?

Adakah selama ni yang saya melawat setiap hari tu tak beri apa erti pada diorang? Nak saya pindah duduk dengan mereka ke? Saya cuma tak mau join bercuti dan kadang2 skip perjumpaan keluarga saja, dan saya dianggap tidak rapat dengan keluarga?

Apa yang mereka nak sebenarnya? Nak anak yang sentiasa melepek dan menyusahkan mereka ke?

Entahlah. Saya pon dah kehabisan pikiran..

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *