Zuriat dan Perkahwinan

Saya di usia awal 30-an dan sudah berkahwin 5 tahun, diagnose PCOS sejak sebelum kahwin.

Period sangat tidak teratur sejak zaman uni lagi dan pernah sampai setahun tak period. Berat badan makin naik dan naik sehingga mencapai 100kg.

Pernah ke klinik dan clomid 3 kali, turunkan badan banyak kali dah on off tapi kalini saya join program diet, saya cuba untuk follow betul2 menu yang diberikan.

Semuanya kerana selain nak kurus dan sihat, suami saya ada bertanya saya, apa yang perlu dia buat? dia buntu. Saya ajak untuk ke klinik sebab sebelum ni saya pergi ke klinik sorang dan duit rawatan saya tanggung sendiri.

Suami hanya kata “turunkan berat badan”. Dia belikan saya treadmill birthday saya tahun lepas. Mungkin dia support dari segi itu.

Saya dah tak pergi klinik dan hampir putus asa tapi untuk pertama kalinya suami meluahkan perasaan, dia tanya saya “kalau Tuhan memang tak bagi anak macam mana?”

Saya pujuk dia ke klinik, buat rawatan jumpa ustaz dan sebagainya tapi dia kata belum ada masa lagi. Saya malas nak paksa dia lagi. Dia cakap turunkan berat badan sampai tahun depan, kita pergi klinik. Tengok macam mana.

Saya bagitau dia ada beberapa options sama ada

1. Tunggu dan sama2 usaha (jaga makan & klinik)

2. ⁠Ambil anak angkat

3. Nak kawen lain?

Yang pasti, dia tak setuju untuk ambil anak angkat. Saya rasa tak selamat dan insecure, bila dia kata takkan nak tunggu sampai 10 tahun

Dia tanya apa pilihan yang dia ada dan dia tanya saya “ takkan dia nak kahwin dua?” sebab dia tak mampu dari segi ekonomi. Rumah sewa pun kongsi separuh. Gaji saya pun tak banyak sangat, sama je lebih kurang macam dia tapi saya share je dari awal kahwin sehingga sekarang.

Apa yang tak cukup dalam rumah tu, saya cukupkan. Beli perabot dan hias rumah. Dia kata dia tahu, dia sayang saya. Saya kata baru 5 tahun, kita usahakan sama2.

Saya luahkan juga yang saya rasa saya berjuang sendiri je selama ini. Beribu habis ke klinik dan beli segala supplemen. Saya tak pernah minta dia 1 sen pun. Hanya nafkah je saya terima sebanyak RM50 sebulan.

Jika dia dapat bonus, ada la. merasa setahun sekali. Tapi bukan duit yang saya kisahkan. Saya sedih dia tak sanggup nak tunggu. Saya sedang berusaha. Diet, jaga makan, jogging. Semoga ada sinar untuk saya dan suami.

Dari segi komunikasi pun sangat kurang, saya dulu selalu meroyan bila tengok handphone dia. Dia tak curang tapi ada la perkara yang dia tengok buat saya sedih dan kecewa. Saya perli dan sindir dia. Saya tahu cara teguran saya salah tapi dia hanya berdiam diri dan buat saya geram.

Dia dah rahsiakan password handphone dia sekarang. Mula2 saya rasa sedih dan meronta nak tahu apa yang dibuat dan sebagainya tapi lama2 saya berdamai dengan takdir. Saya dah tak tengok dah phone dia. Tipulah kalau tak overthinking, dia keluar saya tengok location dia kat mana.

Dia selalu cakap saya tak bagi kebebasan kat dia sedangkan dia bagi je saya pergi ke mana2. Bukan saya tak bagi, tapi jangan balik lambat sangat 2-3 pagi. Saya tak boleh tidur selagi dia tak balik rumah.

Dulu bila dia balik lambat sangat saya akan call dia tapi sekarang saya cuba ubah diri saya. Buatlah apa2 pun, kemas rumah, main handphone, tengok tv, treadmill sampai dia balik.

Banyak isu rumah tangga kami hingga menjejaskan komunikasi kami. Saya cuba ubah dari jadi isteri yang selalu cari pasal tentang sesuatu kepada isteri yang berdiam diri dan cuba untuk bertenang. Of course, saya menangis bila sorang dan duduk sendiri.

Setakat ini, saya hargai suami sudah luahkan perasaan sebab apa2 yang dihadapi jarang dia luahkan pada saya. Saya pun segan dah nak luah apa2 kat dia takut bebankan dia.

Saya tak nak sampai berpisah sebab tiada zuriat. Harap semua pembaca doakan saya dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Dia nak anak lelaki, saya nak perempuan tapi sekarang dah tak kisah dah. Janji dapat zuriat yang sihat yang boleh menyatukan cinta kami inshaAllah, aamiin..

– Naura Nad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *