Overthinking / Anxiety?

Assalamualaikum semua, aku K umur 24 tahun, perempuan dan sudah berkahwin.

Aku terus bekerja setelah tamat belajar, dulu aku kerja dekat syarikat dekat Kg aku selama 1 tahun setengah, sekarang aku bekerja di Ibu Kota lebih kurang 3 bulan.

Aku ceritakan sikit tentang syarikat sekarang, company ni company kecil sahaja ada 4 orang pekerja termasuk 2 orang bos, jadinya 2 staff sahaja dan aku seorang sahaja kerani.

Before this ada 2 orang termasuk aku tapi dia dah resign after aku masuk selama 1 bulan (kiranya aku gantikan tempat dia la), satu lagi staff tu bukan kerani dia jawatan lain yang aku tak nak mention dalam cerita ni.

So after 1 week aku kerja dekat sini, the previous clerk tu start buka cerita tentang dark side company dan bos dekat sini, which mean buat aku takut (yelah aku first time kerja di ibu kota, belajar pon dekat Kg sahaja, ni first time duduk luar negeri).

Previous clerk tu bagitahu bos sini manipulative, dan akan selalu marah dan cari salah staff (boss aku dua2 chinese dan mereka husb and wife).

Korang bayangkan lah apa perasaan aku, aku tak kena marah lagi tapi macam2 dah aku fikir, aku jadi overthinking dan takut setiap kali buat kerja.

So dipendekkan cerita previous clerk tu dah berhenti dan sekarang aku bekerja berdua sahaja dengan another staff (bukan clerk). So sebelum ni aku ada buat beberapa mistake dan aku jadi shaking gila sebab takut kena marah.

And sekarang aku rasa diri aku jadi semakin teruk, setiap kali bos bagi kerja aku akan shaking dan berpeluh, bila aku penat sikit aku rasa nak nangis dan ada sekali tu aku penat sangat sampai nangis dalam kereta masa otw balik rumah.

Setiap kali aku nak pergi kerja aku akan takut, bila fikir kerja je rasa takut. Korang rasa aku anxiety ke? ke aku just overthinking?

Korang ada tak tips supaya aku boleh lebih tenang, sebab sebelum kerja aku dah baca surat ayat berdoa dan even sebelum kerja aku baca quran. Kalau korang boleh bagi tips bagi yang pernah alami macam aku alami ni. Terima kasih tau..

Kawan aku suruh aku cari kerja lain, tapi zaman sekarang cari kerja pon susah dan aku bukan orang senang yang nk resign tanpa backup plan.

– Ms k (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *