Assalamualaikum, nama aku N. Aku dalam lingkungan usia 20an dan telah berkahwin dengan suami aku paad bulan Julai tahun lepas.
Sehingga sekarang, perkahwinan aku dan suami masih bahagia ditambah pula dengan berita yang aku sudah mengandung 3 bulan.
Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah sekitar 2 bulan lepas kawan baik suamiku telah datang untuk bekerja di kedai kami. (Aku pun berkenalan dengan suamiku kerana bekerja di kedai itu di mana suami aku adalah pemiliknya).
Suamiku berkata kawan baiknya seorang yang sangat baik dan dia akan menjaga kawannya kerana kawannya keseorangan (ibu bapa telah meninggal dan tiada ahli keluarga). Kawan baiknya jauh lebih tua daripada kami, mungkin sudah lebih 40 tahun.
Aku tidak berasa apa-apa cuma kadang2 aku perasan bahawa kawan baiknya hanya akan membuat kerja dengan bersungguh-sungguh bila suamiku ada sahaja.
Bila suamiku keluar kebiasaannya aku yang akan membereskan tugas2 tersebut (mungkin aku berfikir terlalu negatif tapi perasaan aku tak boleh dielak).
Berdosalah aku kalau dia tak berniat pun macam tu tapi aku dah selalu rasa macam tu. Terpulang kepada pembaca nak menilai macam mana tapi jangan la percaya 100% takut apa yang aku cakap ni tak betul sangat.
Berbalik kepada cerita suamiku dengan kawan baiknya, aku makan hati apabila suamiku merancang untuk pergi ke luar negara untuk melancong tetapi dia tak ajak aku. Dia ajak kawan baiknya itu.
Aku berfikir bahawa aku ini isterinya ditambah pula sedang mengandung anaknya tetapi sanggup dia nk meninggalkan aku keseorangan menguruskan kedai (bila 2 orang pergi bercuti tak cukup tenaga la nanti, mesti aku akan jadi lebih penat kerana bekerja lebih).
Aku sangat terasa hati kerana dia lebih memilih untuk meluangkan masa-masa gembiranya bersama kawan baiknya itu berbanding aku isterinya sendiri.
Aku memanglah belum sarat mengandung tapi kalau aku terlampau letih kadang2 perut aku akan berasa sakit dan aku takut perkara ini akan berlaku apabila dia bercuti nanti.
Beberapa hari lepas aku berpura2 merajuk kerana aku ingin pergi bercuti sekali. Aku seorang yang suka travel tapi aku sedih apabila suami aku lebih memilih kawan baiknya untuk diajak bercuti.
Suamiku kemudian berkata kalau aku nak pergi sekali boleh tapi bayar tiket sendiri. Nanti duit passport semua dia tanggung (aku masih belum ada passport).
Aku setuju tapi hari ni nampaknya cakap tak serupa bikin sahaja apabila dia suruh aku memohon visa secara online bagi pihak kawan baiknya itu. Jika dia ingin aku pergi sekali mesti dia dah suruh aku pergi buat passport.
Jujur, aku sangat terasa hati. Yang lebih menyakitkan hati aku apabila dia sponsor semua bayaran visa dan tiket flight kawan baiknya itu. Aku hanya mampu menangis dalam hati.
Sampai hati dia menyuruh aku bayar tiket sendiri tapi dia sanggup sponsor semua perbelanjaan untuk membolehkan kawan baiknya itu pergi travel. Aku sensitif sangat ke pembaca?
Aku faham dia dah kawan lama dengan kawan baiknya itu tapi dalam situasi ni aku rasa macam aku ni tak penting dalam hidup dia. Seolah-olah kalau aku dan kawan baiknya lemas dia akan memilih untuk menyelamatkan kawan baiknya.
Hal kedua yang membuatkan aku tak puas hati adalah kami akan berpindah pada bulan Mac tahu depan ke rumah baru. Suamiku memutuskan untuk mengajak kawan baiknya tinggal bersama kami.
Aku tak pasti apa yang bermain di benak fikirannya. Nak tolong kawan kerana kasihan pun perlu la berpada-pada. Kawan baiknya mampu untuk menyewa tetapi dia tetap berdegil.
Aku bukan gadis yang lantang bersuara. Apalah sangat yang mampu aku katakan. Aku hanya berdiam diri sehingga sekarang.
Normal ke kalau bawa lelaki bukan muhrim tinggal sekali dengan perempuan. Aku pasti tidak. Adakah normal pembaca?
Secara keseluruhannya, aku tau masalah aku cuma masalah kecil. Bagaimanapun, kawan baiknya seorang yang baik pada pendapatku. Cuma mungkin aku yang terlampau sensitif dalam semua perkara.
Aku tidak berniat nak memburukkan sesiapa. Aku hanya nak share cerita aku. Apa pendapat pembaca?
Kalau korang nak kecam atau bagi nasihat dipersilakan sebab aku nak tau pendapat orang ramai macam mana.
– N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kawan baik dia tu laki ke??gay ke apa deme berdua