Assalamualaikum semua. Tujuan saya menulis confesion ini bukan untuk mengaibkan diri sendiri atau mana-mana pihak.cukup la sekadar menjadi pengajaran dan pedoman kepada kita semua.
ceritanya bermula apabila aku seorang penuntut di sebuah Ipta(alhamdulillah sekarang aku dah grad). Apa salah aku sehingga aku tidak mampu study
macam orang laen. Jauh di sudut hati
aku seringkali menangis. Aku
seringkali di uji dengan kesakitan yang
luar biasa.
Setiap kali aku nak pergi ke kelas aku akan mengalami sakit dalam perut. Aku seringkali pengsan dan tidak sedarkan diri, meracau racau sehingga keluar bahasa siam.
Puas sudah aku berubat.Aku hampir
give up. Aku baru nak study, locker aku berbunyi, aku seringkali mendengar
bisikan di telinga, malah aku seringkali nampak benda halus tido sebelah aku.
Aku tak mampu nak luah kepada siapa
pun melainkan Allah.
Dipendekkan cerita, aku dah lebih 100x berubat dengan perubatan islam sebab bila aku pergi ke hospital semua ujian darah aku normal.Sehingga satu hari aku pernah berubat secara perubatan islam dan keluar serbuk kaca halus dalam perut aku.Ya Allah aku rasa sungguh besar ujian buat aku.
Aku tahu aku dianiayai, aku tahu aku dikhianati, aku tahu aku dizalimi. Tiada kekuatan dan daya aku untuk melawan melainkan hanya bergantung harap pada Allah.
Masa yang aku ada di universiti banyak aku habiskan untuk mencari Allah.Pada mulanya aku ingin mengetahui dengan lebih mendalam punca kesakitan.Namun, aku terkedu apabila salah seorang ustaz pernah bagitahu aku bahawa” kamu la insan yang dipilih oleh Allah, redhakan hatimu atas segala ujian yang menimpa dan maafkanla orang yang menzalimi awak kerana ujian ini mendekatkan awak dengan pencipta”. Mengalir air mata aku mendengar kata kata seorang murabbi.
Dari situ aku mula mencari Allah.Kerana aku tahu apabila aku meletakkan kepercayaan kepada manusia, aku dikhianati, kerana aku meletakkan kebaikan kepada manusia aku dizalimi.
Apa yang aku nak kongsikan ini hanyalah pengajaran untuk kita semua agar kita semua berada dalam redha Allah. Aku menghabiskan rutin rutin di universiti dengan mendekati dan mencari ilmu agama.setiap hari aku kena pastikan diri aku dilengkapi dengan surah yasin,yasin mubin, al mathurat, surah al-waqiah, surah ar-rahman, ayat ayat ruqyah, zikir harian, selawat syifa, selawat tobibiyyah, selawat tafrijiyyah, bacaan ayat-ayat al manzil. Setelah lengkap dengan persiapan diri barula aku mampu menjadi seperti pelajar lain yang boleh dengan baik.
Tidak banyak yang aku habiskan masa untuk study kerana boleh dikatakan hampir setiap sem aku sakit.namun, kuasa Allah itu Maha Agung Maha Tinggi apabila Allah sentiasa bagi aku dapat dekan setiap semester. Sedangkan aku belajar sehari tak pernah sampai 5 jam pun.Kadang kadang aku tak mampu belajar langsung.Aku masih ingat saat aku nak final exam, aku terpaksa gunakan ear phone yang ada ayat ayat al quran.phone aku tak banyak lagu jiwang, lagu rock.sebab aku sedar diri aku sakit, aku tak boleh ‘lagha’. Pernah sekali aku tido dengan ayat ruqyah, dan phone aku stop dengan sendiri, katil aku bergoyang goyang dan esok nya aku ada test.Allahurabbi
Kepada sahabat di luar sana yang pernah mengalami kesakitan luar biasa macam aku sehingga dilabel mental dan sebagainya, ketahui lah bahawa Allah tak pernah tinggalkan kita sendirian.Aku bersyukur akhirnya aku berjaya grad dengan kelas pertama dan anugerah naib canselor serta mendapat banyak tawaran kerja di sektor kerajaan. Allah itu Menguji namun ujian itu mendekatkan kita pada Allah. Walau kita dizalimi, dikhianati,namun yakinlah nyawa, rezeki semua dalam genggaman Allah. Ujian itu indah bagi mereka yang memilih untuk menerima ujian sebagai rahmat Allah.
– rahsia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit