Aku nak kongsi satu cerita. Seorang sahabat.
kawan aku ni baik orangnya, tak pernah kacau orang. Tak pernah cakap bukan-bukan. Orangnya pendiam. Kekurangannya dia tak pandai berkomunikasi, hanya senyuman berbicara.
Dia tak banyak kawan. Memang susah la nak tenggok dia keluar jalan-jalan dengan kawan. Sebab dia di kawal oleh umi dia. Dia nak keluar pasar malam dengan kawan-kawan pun dia akan mesej umi dia. Dia dah terbiasa macam tu walau dia tinggal asrama jauh dari mak ayah dia.
Aku tenggok dia rasa rimas. Sikit-sikit mak. Aku pula stress tenggok dia yang dikawal umi dia macam tu. Kalau aku memang aku berdegil. Kalau ayah tak kasi, aku tetap juga nak keluar. Tak pun, aku keluar diam-diam.
Tapi kawan aku ni memang anak yang taat. Dia boleh saja menipu. Dia boleh sahaja keluar diam-diam. Dah tinggal jauh dari mak ayah, mana diorang nak tahu mana dia nak pergi. Tapi dia ni taat. Dia tetap mesej minta izin. kalau mak ayah tak izinkan, tak pernah pun dia soal kenapa. Dia turut ja.
Aku dan kawan-kawan ajak pergi bercuti pun, susah. Memang mak ayah dia tak benarkan dia pergi jauh-jauh. Di sebabkan itulah kawan-kawan lain pingirkan dia. Ye la dah ajak keluar semua tak boleh.
Satu hari aku tanya dia. Kenapa dia turut sangat cakap mak ayah?
Jawab dia
Dia anak yang Allah beri untuk mak ayah dia. Selain hamba yang dimiliki oleh Allah, di dunia ni dia milik mak ayah.
Dia boleh keluar secara diam-diam atau tetap berdegil keluar walau di larang. Tapi sudah mesti mak ayah dia tak redha. Dah pasti dia keluar pada ketika itu dalam keadaan tidak di redhai mak ayah dia. Dia takut kalau masa tu dia mati, dia tak sempat minta ampun mak ayah.
Dia nak gembirakan hati mak ayah. Mak ayah memberi tanpa meminta, mak ayah memberi tanpa menolak, mak ayah jaga dia sangat baik. Dia tak mampu menolak kerana bagi dia, larangan keluar dan di kawal tu terlalu sikit nak di bandingkan dengan jasa dan kasih sayang mak ayah.
Biar orang gelar dia anak mak. Biar orang gelar dia budak manja. Dia tak kisah. Selagi mak ayah masih ada, dia nak usaha gembirakan mereka.
kat sini aku faham satu benda. Bila tenggok ada kawan kaki balik rumah jangan la kutuk, boleh jadi dia balik kerana menjalankan tangunggjawab dia sebagai anak. Bila tenggok kawan selalu kena kawal dengan mak ayah dan diorang ikut je cakap mak ayah. Sekurangnya diorang adalah anak yang dah menyenangkan hati mak ayah mereka.
Aku tak pandai bercerita. Aku harap ada pengajaran yang korang dapat. Kalau korang dengar kata-kata yang keluar dari mulut kawan aku tu, aku pasti korang pun sentap. Rasa nak nangis. Masa aku dengar kata-kata dia, aku terus tepon mak ayah.
Maaf aku tak pandai nak bercerita. Moga korang dapat pengajaran.
– Adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit