Tiada Yang Sudi

Assalamualaikum,

Mohon hide nama.

Sebagaimana yang semua maklum sekarang dah mula semester baru. Aku pun dah mula tahun pertama degree minngu terakhir ogos haritu. (29/08).
Di sebuah negara asing yg tidak menggunakan bahasa Inggeris. Tapi aku bukan pelajar tajaan ( sebab aku tau ada pelajar tajaan kat negara ni). Aku dtg atas tajaan ibu bapa aku selepas menghabiskan A-levels dan menghabiskan sedikit masa mempelajari bahasa mereka.

Di Uni aku x ramai perempuan dan dlm tutorial aku, aku seorang je perempuan. Dan sebab negara ni x ramai sgt Muslims, aku seorang je Muslimah. ( Muslimin x sure, bukan pakai tudung ke apa nak tau kan )

Bahahian yg sedihnya, aku dahlah x pandai sgt berbahasa mereka ( bercakap boleh tahan tapi dari segi perkataan sains semua tu tak seberapa ) dan aku seorang perempuan pemalu yang dikelilingi ratusan rakan kuliah lelaki. Waktu kuliah dan tutorial, aku sentiasa datang awal dan duduk di row yang agak bagus view nya. Maknanya jika orang lain dtg, mesti ada yg nak duduk row tu. Tapi tiada seorang pun nak duduk sebelah aku, baik di dewan kuliah mahupun semasa tutorial. Jadi bila ada perkataan yg aku tak berapa nak faham, atau ada kerja yg aku x reti sgt, atau kerja kumpulan pun, aku sentiasa sorang2 dan takda tempat untuk bertanya. Dahlah rakan2 kuliah dan tutorial pandai2 belaka. Sedih sangat2.

Bukan aku x cuba, malahan aku banyak kali mencuba even dengan bahasa yang x berapa sempurna pun sebab aku nk berkomunikasi tapi x diendahkan sgt. Prof pun pandang aku pelik sebab yelah loner lah katakan. Aku adalah jugak ckp sikit dgn rakan tutorial haritu, tapi waktu kuliah kena ignore mcm apa entah. Bayangkan kawan tutorial aku boleh tinggalakan 5 seat lebih kurang kiri kanan aku dalam deawn kuliah. Jadi aku end up mcm highlighted sorang2 bak ada spotlight ke apa walaupun dewan kuliah penuh yang amat sgt tapi nak elak aku punya pasal mereka sanggup duduk seat tak berapa jelas pun.. Pastu aku dengarlah orang bisik2 ckp aku loner depan belakang aku. In between classes pun aku senyap je sebab semua borak (even if duduk sekeliling aku) and x hiraukan existence aku. Bila aku bercakap, dorg pandang pelik mcm ‘budak ni reti bercakap ke?’. Lagilah aku demotivated.

Aku jadi depressed sgt2. Duduk apartment sorang2, kelas sorang2. Takda tempat mengadu takda tempat bercakap. Aku cuba nk berkawan dgn perempuan lain tapi dorang dah gang so xnak layan aku sgt walaupun aku tegur2 dorang try nak borak.

Aku sedar yg kat uni takda sesiapa pun boleh berjaya tanpa sokongan rakan dan bersendirian. Jadi aku mintak pendapat korang, apakah yg perlu aku lakukan? Diorang takut dgn aku ke? (Sebab aku Muslim bertudung mungkin)
Macam mana nk berkawan dgn kawan2 tutorial? ( Walaupun aku dah cuba banyak kali. Aku ingatkan guys mcm friendly tapi lagi sombong adalah).

Dan kalau anda ada tips berjaya menghadapi uni life secara solo dan bisu seribu bahasa mcm aku ni, aku mohon sgt tolong kongsi. Sebab even if takda kawan, aku naklah merasa graduate. Dan tips belajar jugak. Aku rasa cara aku ulangkaji ni teruk (last minute) sebab dgn kekangan bahasa jadi mcm domino<s effect bila tak faham.

Thanks in advance.

– L

– L

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit