Realiti Sebenar Alam Perkahwinan Yang Ramai Tidak Tahu II

Hai semua.

Macam-macam komen yang aku dah baca. Tujuan aku menulis part ii ni sebab ramai yang nak tau maksud aku kahwin kerana Allah tu benda apa. Maaf korang kalau aku tak bagi penjelasan betul-betul. Ada jugak yang cakap aku menulis ikut emosi la, sempitkan pemikiran korang la.. Ok lah aku bagi pencerahan sikit. Kalau tak cerah sila ambillah torchlight dan suluh lah ia. Insyaallah. Cerah.

Berkenaan niat. Sebelum kahwin, soalan-soalan yang bermain di fikiran kami ialah, nak kahwin sebab apa? Sebab cinta? Nafsu? Kalau sebab cinta, maka cinta akan pudar. Kalau sebab nafsu, maka nafsu akan layu. Cantik/kacak? Duit? Atau sebab agama kah? Maka kami berpendapat kalau untuk agama, eloklah diniatkan kerana Allah. Mudah-mudahan ia menjadi ibadat. Aku mulakan topik aku dengan niat sebab aku betul-betul nak kan korang semua bahagia dengan pasangan masing-masing. Tak nak sampai cerai-berai.

1. Niat kerana Allah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Itu je maksud aku. Redha Allah ni sangat-sangat la penting sebab aku pernah dengar hadis, “Tidak masuk syurga seseorang itu melainkan dengan redha dan rahmat Allah”. Betulkan aku kalau aku silap. Memang betul jugak point-point yang korang hightlightkan, tapi, kan ke lebih elok kalau sebelum melakukan sesuatu tu kita niatkan kerana Allah? Mudah-mudahan ia menjadi ibadat. Kita pun dapat pahala. Kan? Korang jangan fikir lebih dari konteks yang aku cakap ni. Tak payah pening-pening fikir complicated sangat. Simple je aku bagi. Niat kerana Allah supaya Allah redha ke atas kita. Dah.

2. Bila kita niat kerana Allah, sekurang-kurangnya kita dah letak satu pergantungan lebih kepada Allah dari Manusia. Bhai, dalam perkahwinan macam-macam boleh berlaku. Kita tak tau ujian apa yang akan menimpa perkahwinan kita. Kita tak tau perkahwinan kita ni bertahan setakat mana. Entah esok lusa kita diuji dengan kematian/sakit/ujian anak dsb. Kebahagian tu bila-bila masa je Allah boleh tarik. Semua ni pinjaman je. Sekurang-kurangnya, bila dah jadi benda yang tak terduga ini, kita dah ada satu mindset. Oleh sebab itu, aku cuba niatkan untuk kahwin kerana Allah. Jadi sekarang bila apa-apa jadi aku cuba redha denagn semua ni.. Doakan aku jugak ya!Aku pun sama-sama doakan untuk korang. Supaya nanti kita lebih redha dengan apa yang berlaku di masa akan datang. Untuk kita lebih kuat.

3. Ini sekadar peringatan bersama. Aku tengok banyak pasangan yang baru berkahwin ramai sangat yang niat tak nak anak lagi. Kemudian la. Honeymoon puas-puas dulu, bagi stabil dulu kewangan baru anak. Ok. Contoh macam ni, korang kahwin. Korang cakap kat orang yang korang memang tak nak anak lagi. Kata lah, seandainya selepas itu korang betul-betul nak anak, tapi.. tak dapat. Allah makbulkan niat korang yang tak nak anak tu. Kita tak tau bila kita bercakap ni, entah-entah pada masa tu waktu mustajab berdoa ke… Tiba-tiba malaikat pulak amin kan. Tak ke niaya tu.. Jadi, kita bercakapla benda yang elok-elok, baik-baik. Kan? Kalau orang tanya bila nak ada anak, sebutlah Insyaallah, dengan izin Allah. Anak ni kan rezeki. Sedih dia kalau dia tau ibu dan bapa dia tak nak dengan kehadiran dia.

4. Untuk pasangan yang dah lama kahwin, malah lebih lama dari aku tapi takde anak. Maafkan aku atas penulisan tempoh hari. Aku tak maksudkan korang pun. Sikit pun tak tuju ke korang sebab aku paham isu anak ni sangat sensitive bagi korang. Siapala yang tak nak anak kan. Aku tau korang dah berusaha tapi rezeki tu Allah tak bagi lagi kat korang. Jadi, aku minta korang ambik mana- mana side positif yang aku cakap. Jangan jadikan ia sesuatu yang negatif.

Ok pindah part lain pulak. Ada antara korang yang cakap aku ni menyusahkan konsep perkahwinan. Buat orang takut nak berkahwin. Betul la kahwin ni punca rezeki. Punca segala rezeki. Dulu kurus sekarang dah tembun. Dulu sado sekarang dah boncit. Dulu kacak sekarang bertambah handsome. Dulu cantik sekarang bertambah jelita. Ada aku cakap kahwin ni tak seronok? Gila kau tak seronok! Seronok kot!! Aku tegur ni ha.. budak-budak baru nak up ni.. anak-anak gadis dengan isteri-isteri yang syok sangat layan drama pukul 7 tu. Aku pernah ditanya ,” seronok tak kahwin? Ada dukung-dukung tak?” I was like.. apa? Kau ingat kahwin ni dukung-dukung macam dalam tv eh?

Aku tak rasa dia sorang je fikir camtu. Raaamaaii anak-anak gadis, isteri-isteri lain yang fikir SEMUA LELAKI romantik, bagi bunga, kad, hadiah, barang kemas, buat surprise, pujuk korang bila merajuk, dukung korang, buka pintu kereta, bayarkan barang, tolong bawak korang shopping, sanggup berhujan berpanas bagai, candle light dinner.. macam-macam lagi lah. Sampai ada yang bergaduhla suami isteri kerana drama pukul 7.. Abang ni tak begitu begini begitu begini. Tolongggla.. tolongla asingkan benda fantasi dengan realiti tu boleh tak?? Karang bila dah kahwin realiti kahwin tu “tak semanis mimpi” atau “tak seindah impian” atau “indah khabar dari rupa” dah tak pasal-pasal bercerai pulak.. Aku tak nak lah korang ni antara penyumbang kepada statistik penceraian yang makin meningkat kat Malaysia ni..

Aku tau aku tak layak pun untuk bagi nasihat mengenai perkahwinan. Sebab aku pun baru takat 5 tahun kahwin. Apalah sangat pengalaman yang aku ada berbanding orang yang makan garam lebih lama dari aku. Sebab tu aku tak share tips-tips kebahagiaan rumah tangga dalam post lepas. Tapi aku nak bagi 1 amalan yang mungkin korang boleh amalkan sebab aku rasa yang 1 ni perlu untuk dikongsi:

Dari hari pertama aku bernikah, sampai sekarang tiap-tiap malam sebelum tidur, aku akan bersalam, cium tangan suami aku. Dan dia akan cium dahi aku. Salam cium tangan adalah sebagai tanda aku minta maaf atas segala kesalahan aku kepada suami pada hari itu, dan cium dahi adalah sebagai tanda yang suami aku redha ke atas aku pada hari itu. Aku tak sesempurna Muti’ah sahabiah Nabi yang hari-hari tunggu kepulangan suami dia, minta dirotan. Tapi sekurang-kurangnya aku nak tutup hari aku (tidur) dalam keadaan suami aku redha dekat aku. Aku tak nak la tidur dalam keadaan suami aku marah dekat aku sebab aku takut mana la tau malaikat laknat aku.. niaya kot.

Kepada korang-korang yang mendoakan aku, terima kasih sangat-sangat! Aku dan suami sangat menghargainya. Aku tau aku pun tak la baik mana. Dulu jahil, sekarang masih dalam proses untuk aku dan suami cuba berubah menjadikan kami orang yang lebih baik. Mana nasihat yang baik kita ambil, nasihat kurang elok abaikan. Lagi sekali aku mohon maaf seandainya penulisan dulu menimbulkan banyak isu yang tidak memuaskan hati, terguris hati, tersentuh hati.

– Cik Puan Awet Muda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit